Friday 22 April 2011

KALAU CINA BOLEH BERSATU MENGAPA MELAYU TAK BOLEH?

Presiden Perkasa, Dato' Ibrahim Ali.

Itu kolumnis Utusan Malaysia, Zaini Hassan menilai keputusan Pilihanraya Sarawak sebagai bukti orang Cina telah bersatu sejak lama dulu. Kesannya orang Cina melalui  DAP yang meletakkan 15 calonnya menang 13 di semua kawasan majoriti pengundi Cina. Menurut kolumnis ini orang Cina di Malaysia telah menguasai bidang eokonomi. Yang belum hanya bidang politik. Kini mereka sedang mengatur strategi dengan DAP sebagai peneraju utama menuju pencapaian sasaran menguasai bidang politik. 

Kata Zaini, " Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia. Slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina. Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihanraya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini."

Walaupun kolumnis ini menyanjungi dan menghormati orang Cina tetapi di sebalik tulisan itu tergambar rasa musykil dalam kalangan orang Melayu sendiri malah dalam hati kolumnis ini juga bahawa kenapakah  orang Melayu masih belum sedar daripada bermimpi di siang hari. Atau sepatah kata orang Indonesia "masih ngelamun terus."

Orang Melayu sebenarnya telah lama berpecah, sejak PAS ditubuhkan daripada tulang rusuk UMNO awal tahun 1950an dulu. Hari ini Melayu pecah lagi dengan tertubuhnya PKR ketika bermulanya slogan Reformasi ciptaan pemimpin de-factonya DS Anwar Ibrahim.

Dalam UMNO sendiri pun, belum ada kesepakatan yang menyeluruh. Masih ramai belum mahu berubah dan nampak gaynya seperti yang diterjemhkan Perdana Menteri DS Najib Tun Rzak, kalau UMNO tak berubah UMNO akan diubah. Sentimen perkauman semakin membimbangkan di kalangn bukan Melayu. Dalam pada itu, Melayu UMNO, terutamanya, masih lagi leka dan berfikir bahawa semuanya akan selamat kerana kononnya takkan hilang Melayu di dunia. Tidak ada kudrat mahu benar-benar berubah. Jangan terkejut dalam tempoh tak sampai satu dekad lagi negara ini akan terlepas daripada pegngan politik orang Melayu. Pada masa itu sebuah lagi Singapura mungkin menjadi kenyataan. 

Strategi PAP Singapura (baca: Lee Kuan Yew) mengubah lanskap politik negara pulau itu cukup halus dan meresap. Hari ini lanskap kependudukannya hampir bersifat homogenous (Melayu cuma tinggal  13% berbanding Cina lebih 70%). Kerajaan PAP menguasai segala-galanya. Baagaimana ya dengan perkembangan parti Melayu Singapura (Singapore?) yang dinamakan Parti Kebangsaan Melayu Singapore itu?

Pulau Pinang kini dikuasai DAP. Persepsi kebanyakan orang Melayu Pulu Pinang sudah mula menampakkan strategi PAP yang semakin mengena. Tak tahulah sama ada pemimpin Melayu daripada dua pihak  (kerajaan dan pembangkang) sedar atau tidak. Tetapi  keputusan pilihanraya Sarawak baru-baru ini ibarat mimpi ngeri orang Melayu dan rakyat pribumi. 

Baik Najib, baik Dato Seri Abdul Hadi Awang, baik Anwar Ibrahim, baik Datin Seri Wan Azizah, fikir-fikirkanlah. Ketepikanlah  agenda dan strategi politik masing-masing. Mulakanlah apa yang ingin dislogankan Perkasa, sebuah pertubuhan Melayu - 1 Melayu, 1 Bumi. Ketepikanlah ego kepartian.

Pemimpin Melayu, Najib terutamanya janganlah terlalu  obses dengan projek transformasinya. Berikanlah juga perhatian kepada anak-anak buah Melayunya yang mengendalikan potfolio penting dalam kabinet. Hentikanlah anak-anak buah bercakap kosong seperti "tidak teragak-agak akan mengambil tindakan". Please walk the talk! Jangan dok asyik mengeluarkan kata-kata "amaran" sahaja tanpa tindakan susulan. Jangan jadi macam gula-gula coklat, sekejap ada sekejap tak ada.

Thursday 14 April 2011

NAJIB'S TOUGHEST ELECTION BATTLE IN SARAWAK

DS Njib Tun Razak: toughest Sarawak Election yet.

DAP's Secretary General, Lim Guan Eng having a good time campaigning in Sarawak?

KUCHING, April 13 — Datuk Seri Najib Razak has talked down Barisan Nasional’s (BN) chances of winning two-thirds of the seats being contested in this Saturday’s Sarawak elections.
Instead, he said BN’s most immediate target was to win a simple majority to form the next state government.
“Our target is to form a government. That is the minimum. Two-thirds majority is a bonus,” said Najib today after campaigning in the outskirts of the state capital here.
Najib also admitted that BN faced an uphill battle in urban areas and that the April 16 vote was “probably the toughest in the history of Sarawak.”
“We cannot deny that the urban seats are areas where we are tested the most,” the prime minister said.
He called for BN to work harder in urban areas because its candidates were of high calibre and asked voters not to reject them.
With three days of the campaign left, positive reports continue to stream in for Pakatan Rakyat (PR) from across the state and all three parties believe they can improve on their 2006 haul.
According to observers, BN’s campaign has been lacklustre despite the deployment of senior federal government leaders and the entire state cabinet to help in the polls.
At events headlined by Najib himself, turnout has paled in comparison with those of PR’s, which has seen crowds of up to 10,000 in attendance.
Sensing that the opposition has gained support by exploiting the anti-Taib sentiment, Najib has even moved to assure voters that the state leader, accused of widespread corruption, would step down soon.
He has also scheduled a meeting with church leaders, hoping to quell the Christian community’s dissent over the ongoing Alkitab bible row ahead of the polls where nearly a million people are eligible to vote. The Star 13 April 2011).

Comment:
It indeed is. Sarawak politics is reminiscent of Arab politics. The only difference is that Sarawakians are more multi-racial while in the Arab lands, the people are more homogeneous.

Sarawak politicians should and must learn from Barack Obama's campaign strategy for Change and not Transformation, which may just mean cosmetic in nature. One glaring example of why change is seriusly advocated is the succession plan for the Sarawak current government is not being highlighted agressive enough . Vey rarely that the people in Sarawak, especially among the BN politicians hear such phrases like political liability, overstay your welcome or the gut to change.

The current government only advises the long awaited announcement of the Chief Minister, Tan Sri Taib Mahmud to name his successor or step down for someone younger. Taib has been at the top for 30 years, similar to that of Husni Mubarah of Egypt or Muammar Gadhafi of Libya. And Pakatan Rakyat, DAP in particular, has made good in their campaign strategy to attack the government. Sarawak for Change has been very effective as well as receptive and Sarawak might see many of the urban seats tumble like pinbowl come Election this Saturday.

Probably this is the main reason why Najib says two-third majority will be a bonus for BN in this election when he said,"The immediate target is to win a simple majority." Najib's toughest Sarawak election in his politicl career yet.

Tuesday 12 April 2011

POLITIK PPSMI MENJELANG PRU KE-13?

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi


KEPUTUSAN kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ibarat pepatah api padam, puntung berasap.

Di sebalik keputusan itu, golongan yang taksub dengan mitos bahasa Inggeris sebagai bahasa sains dan matematik tidak mengenal penat untuk ‘mendesak’ kerajaan kembali kepada dasar terbabit dengan apa saja cara termasuk memberi pilihan kepada ibu bapa.

Mereka menggunakan apa saja alasan termasuk dengan memetik tinjauan Newsweek tentang 100 negara terbaik di dunia pada tahun lalu yang menyenaraikan Finland, Korea Selatan, Kanada, Singapura, Jepun, Switzerland, Estonia, United Kingdom, Ireland dan Belanda sebagai 10 terbaik dalam konteks pendidikan.

Ironinya, hanya Singapura yang tidak menggunakan bahasa ibunda, manakala sembilan negara lain adalah negara yang berpegang teguh dengan konsep pendidikan berlandaskan bahasa ibunda seperti ditegaskan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Desakan mereka itu juga turut disiarkan dalam akhbar bahasa Inggeris dari semasa ke semasa seolah-olah menjadi pandangan umum, sedangkan PPSMI dimansuhkan sebelum ini adalah kehendak majoriti rakyat yang menggunakan pelbagai cara termasuk seminar dan memorandum.

Mantan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Datuk (Dr) Baharudin Zainal atau lebih dikenali sebagai Baha Zain berkata, pihak yang melakukan desakan itu mahu memerangkap Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri yang bakal berdepan dengan pilihan raya.

“Mereka melihat tindak-tanduk pemimpin politik khususnya UMNO yang terpaksa mengambil hati pelbagai kelompok termasuk pengundi atas pagar. Golongan elit ini mengambil kesempatan daripada situasi dan realiti politik baru untuk membuat desakan berbentuk ugutan secara tersirat ini,” katanya kepada Sastera di kediamannya di Gombak, baru-baru ini.

Pada masa sama, Baha Zain turut menyelar pihak terbabit kerana mendesak kerajaan memberi pilihan dalam pelaksanaan PPSMI yang secara tidak langsung menunjukkan sikap memandang mudah kepada sistem pendidikan dan perkara main-main yang boleh diubah sesuka hati. (Baca seterusnya dalam http://bharian.com.my tulisan Nazmi Yaakub 11 April 2011)

Komen:
Ternyata belum pun sempat PPSMI dimansuhkan telah kedengaran suara-suara yang mahu PPSMI diteruskan. Tidak kira bagaimana caranya. Yang penting kedua-dua mata pelajaran itu akan diajar dalam bahasa Inggeris. Banyak pejuang bahasa sudah mengagak bahawa belum pun sampai waktunya memansuhkan PPSMI akan ada suara-suara begini. Dan suara ini semkin meningkat momentumnya. Dan adalah dirasakan orang yang pertama akan berbesar hati melihat penerusan PPSMI ini tak lain dan tak bukan advokatornya mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu BERNAMA hari ini melaporkan dari Besut bahawa Pakar dan pendidik bahasa Melayu membantah sebarang usaha untuk melaksanakan semula Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China Beijing, Profesor Dr Awang Sariyan berkata kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak sewajarnya berganjak daripada keputusan yang telah diambil pada tahun 2009 untuk memansuhkan PPSMI.

"Keputusan itu bertepatan dengan hasrat mengembalikan martabat dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara seperti yang telah diasaskan oleh Jawatankuasa Razak 1956 dan kemudian menjadi undang-undang negara dalam Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya dalam pindaan Akta Pendidikan 1996.

"Langkah kembali kepada sistem dua aliran (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) meskipun dalam subjek-subjek bidang Sains dan Matematik, hanya meruncingkan keadaan dan kedudukan Dasar Bahasa Kebangsaan yang menjadi salah satu asas kenegaraan dan pembinaan negara," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata peningkatan penguasaan bahasa Inggeris sebagaimana yang telah berkali-kali ditegaskan oleh ahli bahasa dan ahli pendidikan yang mendukung perjuangan bahasa kebangsaan tidak akan dapat diatasi dengan pelaksanaan PPSMI.

"Usaha itu hanya boleh dilakukan melalui peningkatan dalam pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri dan bukan melalui PPSMI," tegasnya.

Katanya Kementerian Pelajaran sendiri telah mengumumkan program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan rancangan itu perlu dilaksanakan dengan berkesan tanpa mengganggu perancangan memartabatkan bahasa Melayu.

Presiden Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM), Profesor Madya Dr Hashim Othman pula berkata tidak perlu PPSMI diadakan semula semata-mata berdasarkan desakan sesetengah pihak.

Katanya PPBMM menyokong bahasa Inggeris diajar kepada pelajar sekolah dan pernah mendesak agar mata pelajaran itu diwajibkan lulus dalam peperiksaan awam di negara ini.

Bagaimanapun katanya, usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar tidak patut dilakukan dengan mengorbankan kedudukan bahasa Melayu dengan perlaksanaan PPSMI.

Menurutnya, PPBMM secara tegas membantah sebarang usaha bagi mengembalikan PPSMI tanpa kompromi.

"Kita harap kerajaan memikirkan secara mendalam sebelum melayani desakan golongan tertentu untuk mengembalikan semula PPSMI kerana ia boleh membawa banyak implikasi buruk kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu," katanya. (BERNAMA 14 April 2011)

Beginilah nasib bahasa Melayu yang kononnya adalah bahasa kebangsaan di negara ini. Ada sahaja masalahnya. Ada sahaja halangannya untuk dimartabatkan. Barangkali ia dikaitkan dengan jumlah dan sikap penutur bahasa itu yang tidak sepenuhnya diamalkan seperti halnya bahassa Indonesia di Indonesia.

Malaysia memiliki bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tersergam indah 30 tingkat tingginya di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Tetapi nampaknya ia hanyalah satu bangunan yang tidak memberi makna apa-apa kepada pemartabtan bahasa Melayu. Ia malah menjadi mainan politik pelbagai lapisan orang politik yang mempunyai
agenda sendiri-sendiri, terutama oleh lapisan yang masih mendewakan bahasa Inggeris. Laporan Newsweek di atas menarik perhatian.

Monday 4 April 2011

MATLAMAT MMM DENGAN NUJ: ADA APA-APA PERBEZAAN?

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute, Dato' Chamil Wariya.

Malaysian Press Institute (Institut Akhbar Malaysia).


Ketua Pegawai Eksekutif Institiut Akhbar Malaysia, Dato' Chamil Wariya menulis tentang peranan majlis media jika ditubuhkan nanti. Chamil menjelaskan sejarah penubuhan majlis seumpama itu di Britain dan Eropah yang menurutnya sehingga "banyak negara semacam berlumba-lumba untuk menubuhkan majlis media masing-masing dengan pelbagai nama, macamlah kalau tidak ada satu majlis serupa itu, industri media di negara berkenaan menjadi tempang dan tidak dapat berfungsi dengan baik."

Chamil memberi contoh tentng sejarah penubuhan Press Complaint Commission atau Suruhanjaya Aduan Akbhar (PCC). Menurut Chamil PCC "adalah sebuah entiti self-regulatory khusus untuk mengawal selia media cetak iaitu akhbar dan majalah." Edisi dalam talian akhbar dan majalah juga tertakluk kepada kawal selia PCC.
Bagaimanapun bidang penyiaran iaitu radio dan televisyen dikawal selia oleh OfCom (Office of Communication), barangkali menyerupai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di negara ini. Industri pengiklanan pula terletak di bawah the Advertising Standards Authority." Untuk keterangan lanjut baca tulisan Chamil Wariya dalam Utusan Malaysia http://www.utusan.com.my bertarikh 3 April 2011.

Di akhir tulisannya Chamil berpendapat setelah Majlis Media Malaysia (MMM) ditubuhkan ia tidak bermakna seperti halnya PCC, individu yang memikirkan dirinya sudah menjadi mangsa akhbar dan majalah, tidak boleh menggunakan mahkamah untuk mendapatkan pembelaan atau keadilan. Dalam kes fitnah yang besar, ada yang menggunakan mahkamah untuk mendapatkan keadilan kerana individu itu tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan oleh PCC yang tidak mempunyai kuasa perundang-undangan.

Misalnya kata Chamil "PCC tidak boleh mengenakan hukuman mendenda atau memenjarakan wartawan kalaupun terbukti mereka melanggar Kod Etika Editor. Hukuman yang boleh dikuatkuasakan hanyalah berunding bagi mendapatkan pembetulan yang dipersetujui bersama antara pengadu dan pihak penerbitan. Ini termasuklah meminta akhbar atau majalah memohon maaf, menerbitkan pembetulan, menulis surat amaran kepada editor, merujuk editor supaya dikenakan tindakan kepada penerbit atau pemilik.

Hukuman paling keras yang boleh dikenakan PCC hanyalah mengeluarkan adjudikasi (pengadilan) terhadap sebuah akhbar atau majalah atau secara terbuka mencela penerbitan berkenaan. Tindakan ini dianggap boleh mengaibkan penerbitan berkenaan sebagai tidak mematuhi kod etika kerana mengamalkan nilai kewartawanan yang rendah.
Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia."

Demikianlah bakal penubuhan MMM di Malaysia nanti akan ada kaitannya dengan kod etika yang mengawal tugas dan kerja wartawan. Bagaimanapun jika diperhatikan setiap wartawan yang menjadi anggota Kesatuan Wartawan kelompok ektniknya telah juga dikawal berdasarkan tempat wartawan itu bekerja. Jadi wartawan yang bertugas tidak terlepas bebas daripada pengawasan. Dengan begitu apalah gunanya MMM, kalau ianya hanya dianggap sebagai pimai pimai tang tu sahaja (redundant). Hanya sahaja MMM akan turut melibatkan pihak kerajaan.

Dan seperti yang dijelaskan Menteri Komunikasi, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato' Seri Dr. Rais Yatim baru-nbaru ini bahawa MMM hanya akn ditubuhkan setelah mendapat persetujuan semua pihak. Apakah yang difikirkan oleh menteri itu tidak sukar ditebak, iaitu pembentukn MMM bukannya satu yang menjadi keutamaan. Memang tidak penting pun sebenarnya. Seperti kata seorang mantan wartawan yang sudah lama bersara, kalau nak tambah masalah, baik jangan adakan MMM. Kalau ia hanya hanya hendak menghabihkan boreh sajo.Cukuplah wartawan diletakkan di bawah kod etikanya sendiri seperti yang digubal oleh NUJ. Malah NUJ lebih memberi erti kerana ia bukan sahja menyentuh soal etika tetapi juga soal kebajikan dan masa depan ekonomi wartawan.

Kalau ia ditubuhkan hanya untuk mengikut negara-negara Barat, belum tentu juga ia memberi manfaat. Lihat sahajalah wartawn di Barat. Mereka kebanyakannya tidak peduli apa yang dinamakan lunas-lunas dan ciri-ciri kewartawanan (5W + 1H) tetapi majoritinya menulis berdasarkan persepsi dan kemahuan majikan yang menggaji mereka. Anda mungkin sudah terbiasa dengan laporan wartawan di CNN, BBC atau Aljazeera yang setiap detik anda tonton melalui TV. Dengarkanlah mereka bercakap tentang kebebasan bersuara, demokrasi dan hak asasi kemanusiaan. Bagi pihak siapa mereka bercakap? Mereka kebanyakannya ibarat burung kakak tua yang diajar bersuara seperti suara majikannya. Titik!

Friday 1 April 2011

KENAPA SALAHKAN MELAYU DALAM "THE HARD TRUTHS" LEE KUAN YEW?

Menteri Kanan Singapura, En. Lee Kuan Yew dan ceritanya dalam The Hard Truths.

Surat Faris Osman Abdat "Open (Long) Letter to LKY Over Hard truths" ini disiarkan dalam The Temasek Review, edisi 21 Mac 2011 yang antara lain berbunyi:

Dear MM Lee
It is indeed encouraging that you have offered a correction on the statements you had made about the Muslim community and our national integration in your latest book ” Lee Kuan Yew : Some Hard Truths to Keep Singapore Going”.

Certainly, your statements had enveloped our nation for the last few weeks with a suffocating air of silent unpleasantness and uncertainty. It was a situation which had required an urgent and genuine remedy since our racial and religious cohesion was obviously at stake. Your statements have the dangerous potential of loosening the threads which bind our nation together and it is heartening therefore to observe you acting to restrain the situation by acknowledging the fallaciousness of your statements.

Hence my letter today, written in the same spirit.
It is out of my concern, my deepest concern, for our national cohesion that I see the need to revisit your statements.
Your statements in your own words are -

a ) “I would say today, we can integrate all religions and races except Islam.”
b ) ” I think we were progressing very nicely until the surge of Islam came and if you asked me for my observations, the other communities have easier integration — friends, intermarriages and so on……than Muslims”
c ) ” Muslims socially do not cause any trouble, but they are distinct and separate. ”

d ) That Muslims should “be less strict on Islamic observances.”
It is an easily observable fact that the core of your statements were directed at Islam. Therefore even though your statements were about the Muslim community and its supposed failure to integrate, it is Islam which was the target for your blame and castigation.

What make these statements extremely significant is because this is not the first time you have made similar comments about Islam. There is a pattern, a trend, indeed a tradition. It is obvious that you carry a specific point of view about Islam - a viewpoint which I as a Singaporean Muslim consider necessary to address, expound and explore since that viewpoint is unhealthy in the context of our multi-racial and multi-religious nation.

Therefore despite admitting that the Muslim community is indeed integrating, a serious problem still remains and that problem is not solved by you having stood corrected. The danger of your specific comments about Islam, past and present, to our integration process cannot be underestimated, much less ignored, whether those comments are made in the context of our national integration or otherwise.

Bangunan Parlimen Singapura.

Certainly I’m not suggesting that your statements about Islam by themselves are enough to endanger our racial and religious harmony. That would be ridiculous. Rather the fact is your statements occur in a situation where the non-Muslim majority of our nation has been bombarded almost daily by our local mass media including the Straits Times, Today and Channelnewsasia with frightening images of Islam, images which are completely questionable in their authenticity.
Therefore your statements about Islam dangerously reinforce, or making true, those images of Islam which are exploding from the pages and screens of our mass media.
Having said that, least the reason for my objection is misunderstood, let me make it plain and clear now that my objection of your statements about Islam, past and present, does not arise from a sense of indignation of having Islam fairly criticised or accurately depicted. Indeed, as a Muslim I do not have a problem with criticisms made against Islam as long as those criticisms are supported by facts.
Rather my objection comes from the fact that your statements about Islam, past and present, contained not a single drop of truth..." Read more in http://www.temasekreview.com 21 March 2011

Comment:
Melayu Islam di Singapura telah tidak mendapat layanan sewajarnya sejak negara itu mencapai kemerdekan lebih 46 tahun yang lalu. Baru sekarang Menteri Kanannya merangkap mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew terasa begitu. Kenapa ya baru sekarang? Untuk mengetahui isi hati menteri itu, bacalah Some Hard Truths To Keep Singapore Going.)

Semuanya sudah berlaku dan berlalu. Orang Melayu, satu kumpulan minoriti dalam negara pulau yang satu ketika milik Melayu yng bernama Temasek, kini berada di persimpangan jalan akibat salah tafsir pemimpin yang mengendlikan kerajaan. Salah tafsir ini juga memberi tamparan hebat kepada kelompok masyarakat Melayu yang memuji-muja kerajaan sejak sekian lama. Tugas Melayu sekarang mungkin berdepan dengan kesukaran memperbetul persepsi kurang tepat kerajaan pimpinan PAP dan kembali mencari jalan keluar supaya Melayu tidak lagi terpinggir terus ibarat melukut di tepi gantang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGER'S CORNER

POLITICIAN GAZEBO

INTERACTIVE