Wednesday, 17 August 2011

Nampaknya Rakyat "Akan Kena Main Lagi" Mengenai Isu PPSMI!


Tak perlulah kita banyak cakap. Tunggu sajalah PRU 13. Majoriti rakyat buat perhitungan sekali lagi. Kalau dalam PRU 12 kerajaan Persekutuan kehilangan suara dua pertiga dalam Parlimen apa kata dalam PRU 13 rakyat beri mandat bari dengan menjadikan Kerajaan Perekutuan yang sekarang  "juara pembangkang pula." Lagi pun dah lama sangat kerajaan begini berada di tampuk kuasa" dan ia tidak mahu belajar dari apa yang dialami ketika tsunami politik tahun 2008.Terlalu ramai pemimpinnya yang masih mahu mempertahankan politik "flip-flop" dan mempermainkan "rakyat."

Di bawah ini saya salin semula surat  Timbalan Presiden PLM tentang isu PPSMI yang diflip-flopkan oleh menteri yang berkaitan.PPSMI. Janjinya PPSMI mahu diganti. Belum pun apa-apa menteri ini nak fikir semula.. Agaknya siapalah tangan-tangan hitam di balik tabir sehingga menteri Tan Sri kita ini mahu mengubah pendirian.

Surat kepada bh 17 ogos 2011 ttg ppsmi dan mahyuddin
KAMAL SHUKRI BIN ABDULLAH SANI
TEL: 012-2002811
TIMBALAN PRESIDEN
PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA
----- Forwarded Message -----
From: adriana hani
To: "bhsurat@bharian.com.my" ; zaino
Cc: utusanketueeditor ; "termuzi@dbp.gov.my" ; awang ; "shima@ukm.my"
Sent: Wednesday, August 17, 2011 11:19 AM
Subject:
17 Ogos 2011.
Assalamualaikum,
Tuan Pengarang,

Merujuk kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam akhbar hari ini tentang pilihan bahasa oleh sekolah untuk mengajar sains dan matematik PLM berharap kerajaan dan Kementerian Pendidikan bertegas menolak sebarang usaha menghidupkan semula PPSMI seperti dalam "bentuk" kebenaran untuk mengajar Sains dan Matematik dan mata pelajaran yang bersekutu dengannya menggunakan dua bahasa iaitu sekolah tertentu diizin menggunakan bahasa Inggeris manakala sekolah lain menggunakan bahasa Melayu.  PLM tetap berpegang dengan janji Timbalan Perdana Menteri menghentikan PPSMI yang selama ini telah membantutkan perkembangan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi di negara ini selama kira-kira 6 tahun.  Segala usaha membina tamadun ilmu berbahasa Melayu seperti penulisan dan penerbitan ilmu sains dan teknologi terencat dengan serta-merta akibat PPSMI tersebut.  Masa yang panjang perlu diambil untuk membangun tamadun tersebut atau menebus kembali masa 6 tahun itu yang telah hilang tetapi untuk meruntuhkan tamadun tersebut cukup dengan hanya membuat satu keputusan dan dalam sekelip mata sahaja.  Kesannya mungkin tidak nampak segera di depan mata bagi kebanyakan daripada kita.  Tetapi fenomena antara dua darjat seperti terpapar dalam filem P.Ramlee akan wujud dan seterusnya dalam jangka pendek sahaja dapat dijangka bahawa bahasa Melayu akan terus terpinggir buat selama-lamanya kerana kecenderungan rakyat Malaysia yang lebih terpesona dengan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.  Hal ini berlaku kerana jati diri anak muda kini (termasuk mereka yang mindanya masih terjajah) banyak yang rapuh dan lebih mudah terpengaruh dengan unsur asing atau luar berbanding budaya sendiri.  Akhirnya sekolah "bersains dan matematik" dalam bahasa Inggeris akan menjadi kelas pertama dan rebutan berbanding sekolah "bersains dan matematik" dalam bahasa Melayu yang akan terus dipinggir.  Ibarat diberi betis hendakkan paha, ibu bapa dan anak-anak akan berkejar-kejar ke sekolah sana dan akhirnya permintaan akan bertambah dan tinggallah sekumpulan kecil sahaja sekolah berbahasa Melayu.   Sejarah negara sebelum merdeka dan zaman awal merdeka akan berulang kembali seolah-olah kita tidak mengambil sebarang pengajaran tentang hal tersebut.

Semasa sains, matematik dan teknologi diajar dalam bahasa Melayu di sekolah hingga di universiti sejak 1972 hingga tahun 2002 tiada sebarang masalah pun yang sangat kronik sehingga menggendalakan kemajuan negara ini. Kira-kira 5.5 juta pelajar mengikutinya.  Malah puluhan ribu jurutera, doktor serta profesional lain yang terdiri daripada pelbagai bangsa di Malaysia dilahirkan oleh universiti tempatan dan juga mereka yang lulus dari luar negara sedangkan mereka berpendidikan dalam bahasa Melayu.  PLM berharap hasil murni selama ini yang selaras dengan acuan dan jati diri negara ini tidak dihancurkan buat kali kedua yang kesannya dalam jangka panjang akan lebih parah daripada segi membangun modal insan yang mempunyai roh dan jiwa Malaysia yang sejati.  Kita tidak perlu hanyut dalam arus globalisasi sehingga kehilangan segala-galanya.  Berbaloikah jika untung secupak tetapi ruginya segantang? Tentang bahasa Melayu pun, masih banyak rakyat negara ini yang tidak fasih dan tidak ambil pusing, tetapi anehnya tidak pula dijadikan isu oleh mana-mana pihak.  Ingatlah antara lain akan pesan ahli strategi terkenal, Kenichi Ohmae bahawa kita perlu berhati-hati dalam dunia tanpa sempadan ini.



KAMAL SHUKRI BIN ABDULLAH SANI
TEL: 012-2002811
TIMBALAN PRESIDEN
PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

BLOGGER'S CORNER

POLITICIAN GAZEBO

INTERACTIVE