Wednesday 23 February 2011

JAWATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA CUKUP LAPAN TAHUN SAHAJA?

Di Amerika Syarikat tempoh seorang presidennya hanya lapan tahun atau dua panggal.Dikatakan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad setuju dengan cadangan tempoh jawatan perdana menteri (PM) Malaysia cukup dua panggal, atau lapan tahun sahaja. Satu cadangan yang baik, kata ramai orang. Malah khabarnya Parti Keadilan Rakyat pun pernah menyuarakan pandangan yang sama.


Setidak-tidaknya jawatan itu tidaklah disandang begitu lama, seperti yang disandang Mahathir selama 22 tahun (1981-2003). Atau tidak pula terlalu singkat seperti yang disandang mantan Perdana Menteri Allahyarham Tun Hussein Onn selama lima tahun sahaja (1976-1981).

Mengapa Mahathir setuju dengan cadangan menghadkan tempoh jawatan perdana menteri ini tidak pula dijelaskan dengan panjang lebar. Ada yang kata mungkin sudah sampai masanya Malaysia mengamalkan sistem penggiliran jawatan dlam tempoh begini. Mahathir mungkin setuju kerana pengalaman 22 tahunnya dahulu banyak memberi asam garam dalam hidup berpolitiknya, terutama ketika berada di puncak kuasa.

Ada pula cakap-cakap politik yang mengaitkan usia Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kalau Najib terus memimpin selagai BN mampu menguasai Kerajaan Pusat, bilakah masanya Muhyiddin berpeluang menjadi perdana Menteri? Usia Najib baru 58 tahun, masih di tahap aktif-segar-segaknya, manakala Muhyiddin kini berusia 64 tahun. Jadi, untuk memberi peluang kepada Muhyiddin, maka tempoh jawatan perdana menteri perlu disingkatkan. Jika faktor lapan tahun diambil kira, maka Muhyiddin berpeluang menjadi perdana menteri ketika usianya 72 tahun. Boleh lagi kot? Mahathir ketika berusia 72 tahun masih berada di puncak jayanya sebagai perdana menteri.

Yang lebih penting Mahathir mungkin mahu Malaysia tidak mahu mengalami nasib yang sama seperti sesetengah Negara Arab di Timur Tengah dan Afrika Utara. Barangkali juga Mahathir terasa hati kerana ramai perdana menteri atau presiden di Negara-negara terbabit sudah bercekul di puncak kuasa lebih dua setengah dekad, malah ada yang lebih tiga dekad. Bekas Presiden Mesir Husni Mubarak berkuasa lebih tiga dekad. Dan sekarang Libya sedang dilanda krisis politik dengan Muammar Qadafi sudah berada di puncak kuasa lebih empat dekad.

Hanya sahaja, di Malaysia kelompok parti politik yang berkuasa masih yang itu-itu juga, iaitu Barisan Nasional (sebelumnya dengan nama Perikatan). Sudah lebih 54 tahun kelompok parti ini memerintah. Belum ada satu kelompok parti alternatif yang sekompetitif BN. Kelompok parti yang dinamakan Pakatan Rakyat (PKR-DAP-PAS) masih terlalu longgar untuk menjadi sebuah kelompok parti yang mampu memberi saingan kerana mereka wujud atas ideologi dan agenda perjuangan yang berbeza-beza.

Sudah lima perdana menteri memimpin Malaysia sejak merdeka tahun 1957. Semuanya daripada kalangan parti terbesar UMNO. Almarhum Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri selama 13 tahun (1957-1970. Sebelumnya selama dua tahun pula menjadi Ketua Menteri Malaya (1955-1957). Allahyarham Tun Abd. Razak Hussein memimpin selama enam tahun (1970-1976); Allahyarham Tun Hussein Onn pula memimpin selama lima tahun (1976-19810), tempoh yang paling singkat bagi seorang perdana menteri). Tun Mahathir Mohamad memimpin Selama 22 tahun (1981-2003), tempoh yang paling lama bagi seorang perdana menteri , Tun Abdullah Ahmad Badawi memimpin selama enam tahun (2003-2009), setahun lebih lama berbanding Tun Hussein. Dan Dato’ Seri Abd. Najib Tun Razak baru masuk dua tahun.

Tak pasti berapa lama pula Najib akan memimpin kerajaan. Dengan gerakan pembaharuan transformasinya yang baru berjalan sekarang tidak mungkin Najib mahu berundur dalam masa enam tahun ini kecuali cadangan yang disetujui Mahathir itu diterima UMNO dan parti-parti komponen yang lain dalam BN.

Dan jika cadangan tempoh dua panggal seperti yang diterima baik Mahathir dilaksanakan, maka Najib akan memimpin kabinetnya sehingga tahun 2017. Ini bererti Najib tidak akan melihat Malaysia mencapai status Negara maju menjelang tahun 2020. Najib hanya akan menyaksikan dalam kapasitinya bukan sebagai perdana menteri.

Ikut logik, Muhyiddin , sekarang Timbalan Perdana Menteri akan menjadi perdana menteri pada tahun 2017, ketika usianya 72 tahun. Boleh lagi kot? Tetapi apa halnya dengan naib presiden UMNO yang masih muda-muda dan mempunyai cita-cita mahu “naik pangkat”. Apatah lagi seorang naib-presiden yang ada sekarang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Najib. Juga perlu diketahui kedua-dua timbalan presiden dan seorang daripada tiga naib presiden UMNO adalah tokoh dari Johor.

Dalam pada itu Pakatan Rakyat pula tidak akan berdiam diri untuk berusaha menawan Putjaya sebagai kerajaan alternatif kepada BN. Cuma kelompok parti ini perlu berfikiran matang untuk mewajarkan kemampuan mereka menjadi kerajaan alternatif. Jadilah seperti Parti Demokrat di Amerika Syarikat manakala BN terus pula dengan julukan GOPnya (Grand Old Party), iaitu seperti Parti Republikan di Negara Uncle Sam itu.

Jika kematangan berpolitik begini dapat dicapai barulah setiap warga yang layak mengundi seronok menjadi pengundi di Malaysia. Warga yang layak mengundi ketika itu diberi pilihan , mengangkat mana-mana kelompok parti yang mampu memberi sumbangan yang lebih baik kepada rakyat terbanyak.

Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat?

Tuesday 15 February 2011

PROGRAM BANDUNG PENGAMAL MEDIA MALAYSIA-INDONESIA: APA HASILNYA?

Tidak berapa lama dahulu puluhan pengamal media di Malaysia yang dipimpin Dato' Chamil Wariya daripada MPI berkunjung ke Bandung, Indonesia bertemu rakan-rakan sejawat mereka dari Indonesia. Khabarnya pelbagai program diadakan. Menariknya program bersama pengamal media dua negara serumpun ini dirasmikan seorang menteri dari Malaysia. Tidak jelas pula mengapa mesti menteri dari Malaysia yang merasmikan program dan tidak pula dari menteri dari Indonesia sendiri.

Walaupun yang hadir terdiri daripada pengamal media, tetapi tak banyak berita atau komentar yang disiarkan. Baik di Malsyaia mahupun di Indonesia. Barangkli belum tersiar kot kerana "saking' banyaknya berita yang menurut istilah Indonesia "lagi ngantri" dalam media masing-masing. Juga tidak pula dipastikan adakah turut hadir dosen dan pensyarah institusi pengajian tinggia dari kedua-dua negara dalam program Bandung itu.

Ramai juga ingin tahu apakah rumusan yang telah dicapai daripada program Bandung itu? Selama ini rakyat kedua-dua negara sering diberitakan tentang hubungan kurang selesa antara kedua-dua negara. Pengamal media a.k.a wartawan di kedua-dua negara dikatakan tidak begitu sensitif dan peka terhadap keinginan dan hasrat serta citarasa rakyat masing-masing. Apatah lagi pihak media sering sahaja menulis yang kurang serasi dengan keinginan rakyat masing-masing. Isu-isu "spele" atau remeh diperbesar-perbesar. Manakala isu yang sepatutnya diberikan tempat dipinggirkn.

Adakah isu-isu seperti ini dibangkitkan dalam program Bandung itu? Atau para peserta hanya menunggu program selesai untuk kemudian berebut-rebut ke tempat-tempat wisata atau ke Pasar Baru untuk membeli-belah. Harap sangat pengamal media yang hadir merancakkan rogram Bandung itu akan bertindak menyiarkan isu-isu yang positif demi keharmaonian dua negara serumpun. Terlalu banyak isu yang perlu dirangkum. Terlalu banyak isu yang perlu pembenahan pemerintahan kedua-dua negara. Dan ini hanya dapat dipertimbangkan kalau pengamal media memainkan peranannya masing-masing.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGER'S CORNER

POLITICIAN GAZEBO

INTERACTIVE