Tuesday, 24 May 2011

HARGA RON 95 PATUT TURUN JIKA HARGA MINYAK NAIK. RASIONALNYA?


Menteri Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabry Yaakob.  
 Apabila membuat perbandingan harga minyak petrol antara Malaysia dengan beberapa negara pengeluar di Tinur Tengah, ada sesuatu yang tak kena dengan dasar kepenggunaan negara ini. Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan, Dato’ Ismail Sabry Yaakob mengingatkan orang ramai untuk menerima kemungkinan harga minyak RON 95 akan diselaraskan. Tidak pasti apakah penyelarasan itu akan menuju kepada  penurunan harga atau penaikan harga minyak petrol RON 95.

Menteri berkenaan lebih daripada maklum bahawa minyak adalah penentu harga terutama barang-barang perlu. Sedikit sahaja harga dinaikkan semua harga barang keperluan akan mendadak naik. Minyak merupakan  pendorong kenaikan.  Kerajaan sepatutnya sudah lama memikirkan supaya mencari mekanisme kekal yang membantu agar rakyat tidak dibebankan.

Dan kenaikan harga dan bentuan subsidi biasanya berjalan seiiring. Naik harga minyak, maka naiklah subsidi. Ini tidak dapat dielakkan. Jadi kalau harga minyak naik maka rakyat mesti dibantu dengan meningkatkan jumlah subsidi selaras dengan kenaikan harga. Bukan subsidi diturunkan seperti cerita yang dibawa yang berhormat menteri berkenaan.

Alasan jika harga minyak naik, pendapatan yang bertambah itu boleh digunakan untuk misalnya membantu mengurangkjan jumlah rakyat yang miskin tegar. Ini cerita lama. Soalnya mengapa mesti dilencongkan duit tambahan hasil minyak itu? Duit tambahan itu sepatutnya didituku kepada jumlah subsidi yang telah meningkat. Bukankah dengan mengambil peruntukan subsidi  itu akan menambah beban rakyat kerana mereka terpaksa membeli barangan yang harganya telah dinaikkan.

Kemudian bukankah dalam bajet tahunan sudah ada peruntukan seperti projek membasmi jumlah rakyat miskin tegar, misalnya? Bukankah telah menjadi asam garam kerajaan yang memerintah untuk membantu takyat  Bukankah ini matlamat 1 Malaysia kerajaan untuk menyempurnakan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan? Jadi mengapa perlu diambil daripada dana minyak sedangkan itu sepatutnya difokuskan kepada penyelarasan jika terjadi kenaikan harga minyak.

Aneh juga ya, negara dikatakan pengeksport minyak tetapi bila harga minyak naik, Malaysia pun turut naikkan harga minyak runcitnya. Apa manfaat yang boleh digapai rakyat kalau subsidi  kenaikan harga pun mahu dilencongkan ke tempat lain? Di negara-negara pengeluar minyak harga minyak eceran jarang yang melebih harga seringgit.

Malaysia adalah negera pengekspott bersih. Sepatutnya harga minyak eceran seperti RON 95 tidak melebih RM1. Kalau Mesir dan Qatar, Oman dan Iran boleh  membantu rakyatnya melalui harga minyak yang relatif jauh rendah mengapa kita tidak boleh? Kerajaan suka sangat membandingkan harga minyak negara-negara jiran yang bukan poengeksport minyak seperti Singapura, Filipina dan Thailand. Kalau pun Malaysia mengimport minyak mentah untuk kegunaan dalam negeri, gunakanlah pendapatan tambahan akibat kenaikan harga minyak itu untuk subsidi harga runcit minyak seperti yang dilakukan kepada RON 95. Berapoa jumlahnya bukan menjadi persoalan kerana semuanya sudah ditampung oleh pendapatan yang bertambah?

Tak perlulah sebut subsidi akan meningkat dua kali ganda kalau harga minyak naik. Yang penting jangan diusik subsidi minyak. Kerana komoditi minyak itu sudah punya sumbernya sendiri jika berlaku kenaikan harga. Jika ini dapat dilakukan barulah kerajaan dikatakan serius dalam mmenangani masalah beban rakyat. Dan sepatutnya rakyat berhak mendapat bantuan subsidi  minyak, atau lebih baik jika harga runcit minyak RON 95 ditutunkan. Sebab orang ramai yakin kalau harga minyak turun, belum tentu harga barang tidak akan naik?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGER'S CORNER

POLITICIAN GAZEBO

INTERACTIVE