Monday 30 May 2011

HELO TNB! UNTUNG BERBILION RINGGIT TAPI KADAR ELEKTRIK NAIK JUGA. .APA PUNYA CERITA DAH!!

 Bangunan Ibupejabat TNB di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. 


Terlebih dahulu saya minta maaf banyak-banyak kerana saya menggunakan perkataan yang kasar-kasar dalam tulisan ini. Saya sudah tidak boleh sabar. Sudah lama saya geram dengan syarikat haram jadah itu.

Mulai 1 Jun nanti tarif eletrik akan naik sebanyak 7.12 %. Kata menteri yang bakal kalah di parlimen Miri dalam PRU akan datang, kenaikan tersebut tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus penduduk yang menggunakan kurang daripada 300 kw sebulan

Jumlah 300 kw itu untuk pengguna yang membayar bil eletrik RM 85.80 sebulan.

Mereka berkata kenaikan 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Harga gas naik maka TNB pun mulalah hendak naikkan harga dan kos itu diletakkan ke atas bahu pelanggan mereka. Bagi mereka untung tak boleh kurang. Waktu gas murah pernahkah mereka turunkan harga ?

Itulah pemikiran kepala otak sial bos-bos TNB haram jadah. Mereka buat syarikat itu seperti tok nenek mereka yang punya . Sedangkan ianya sebuah GLC.

Setahun mereka untung berbilion-bilion kerana syarikat itu menjalankan perniagaan secara monopoli. Tapi mereka tak boleh korban sedikit keuntungan mereka kepada orang ramai. Yang mereka tahu untung mereka tak boleh kurang. Itulah pasal saya namakan mereka sialan dan dajalan.

Walaupun dalam keadaan kenaikan kos gas asli, bulan Febuary lepas TNB masih lagi mencatat untung bersih sebanyak RM 1.34 bilion untuk tempoh 6 bulan pertama. Itu baru 6 bulan. Kalau setahun dah RM 2.68 bilion. Itu dalam keadaan kenaikan kos gas asli, mereka masih lagi dapat mencatat untung sebanyak itu. Sebelum kenaikan kos gas asli sudah pastilah mereka untung lebih daripada itu. Lihat di sini
Kalau syarikat mereka rugi atau untung tak cukup , kita tak kisah sangat. Untung berbilion-bilion tapi nak tekan pelanggan lagi. Sial !

Halo Che Khalib, duit itu bukan tok nyang hang yang punya. Tolong jangan buat macam harta sendiri. Apa salahnya jika duit berbilion-bilion itu digunakan untuk menampung kenaikan harga gas. Nak pendapatan lebih carilah berniaga lain. Kau kena ingat TNB itu GLC, tolong rakyat bukannya nak kaut untung berbilion-bilion kemudian simpan seperti harta sendiri.

Setiap kali harga gula atau minyak naik kerajaan selalu pesan kepada para peniaga agar jangan menaikkan harga barangan. Tetapi apabila kos gas asli naik, kerajaan benarkan pula TNB naikkan harga eletrik. Siap menteri lagi yang umum. Dimanakah keadilan untuk peniaga-peniaga lain yang tak untung berbilion-bilion ?

Kalau kerajaan nak peniaga-peniaga lain berjalan betul, maka kerajaan janganlah berjalan senget sebelah. Kerajaan perlu tegas dengan TNB. Jangan layan permintaan mereka.

Inilah masalahnya apabila sesuatu perniagaan dimonoli oleh sebuah syarikat sahaja. Mereka boleh buat apa yang mereka suka. Nampaknya kita perlu ada 3-4 syarikat lagi yang membekal eletrik di negara ini, barulah rakyat akan mendapat harga yang murah.

Lihat contoh dalam sektor komunikasi. Dahulu kita hanya ada Telekom Malaysia sahaja. Mereka punya harga mak oiiiii..... Dulu orang nak pakai telefon pun takut kerana mahal. Apabila muncul telefon bimbit dan pelbagai syarikat telco wujud, rakyat dapat menggunakannya dengan harga begitu murah sekali.

Begitu juga dengan harga beras dan gula sekarang. Oleh kerana satu dan dua syarikat sahaja yang dibenarkan mengimport beras dan gula , maka harganya mahal. Cuba kerajaan beri kepada sesiapa sahaja permit mengimport beras dan gula biar ianya melambak di pasaran , maka sudah tentu harga akan menjadi murah.

Monopoli TNB harus dipecahkan, jangan biarkan mereka terus bermaharajalela. Itu dalam bab kenaikan harga eletrik, belum dalam hal bacaan bil eletrik. Sejak mereka menggunakan sistem bacaan anggaran dan bacaan sebenar ramai orang telah berkata berlaku silap mata dalam pengiraan bil bulanan. Perkara itu tidak pernah dijawab atau dijelaskan oleh TNB kepada pelanggan-pelanggan mereka. CEO gaji berpuluh ribu sebulan duduk atas kerusi empuk buat besarkan punggung sahaja. Nak jawab kekeliruan orang ramai pun tak boleh. Kerana dia punya pasal, bahana BN yang tanggung.

Jangan salahkan orang ramai kalau kes-kes mencuri eletrik makin tinggi selepas ini. Semuanya kerana sikap TNB sendiri yang suka menekan pelanggan-pelanggan mereka sendiri.

Kalau ikutkan hati panas saya dan kalau negara ini tiada undang-undang rasanya nak bakar sahaja pejabat TNB malam ini. Makin lama mereka makin melampau, mentang-mentanglah hanya mereka sahaja yang boleh membekalkan eletrik di rumah kita. (Dengan ehsan Bloger RBF Online, 30 Mei 2011).

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGER'S CORNER

POLITICIAN GAZEBO

INTERACTIVE