Thursday 30 December 2010

AYO KALAHKAN MALINGSIA DI STADIUM BUNG KARNO!


Poster di Stadium Bung Karno di Jakarta ini menunjukkan segala-galanya tentang semangat kesukanan penonton Indonesia.

Poster yang dipamerkan penonton Indonesia ketika berlagsungnya pusingan kedua Final Bola Sepak Piala Suzuki 29 Disember lalu di Stadium Bung Karno, Jakarta menunjukkan segala-galanya. Sepeti tidak ada seikit pun sikap kesukanan dan adab ssusila seperti yang diharapkan Presidennya, Susilo Bambang Yudhiyono ( SBY).

Poster yang memaparkan "Ayo .....kita kalahkan "Malingsia" jelas menghina. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang kurang mengerti kata "maling" itu pasti tersentak apabila mengetahui ia bermaksud "pencuri dari Malaysia."

Rakyat Malaysia kini berdepan dengan dua tetangga yang kurang akrab dari sudut persahabatan. Singapura di hujung tanah dan Indonesia jauh ke selatan. Apatah lagi Indonesia, terutamanya yang dianggap Malaysia dua bangsa serumpun dan berbudaya sama. Bahasanya mirip, budayanya mirip. Orang Indonesia makan nasi, orang Malaysia pun makan nasi. Orang Indonesia makan tempe, orang Malaysia pun makan tempe. Orang Indonesia majoritinya beragama Islam. Orang malaysia pun majoritinya beragama Islam.

Mengapa begini jadinya. Sejarah menunjukkan Malaysia dan Indonesia pada satu ketika di bawah naungan satu kesultanan Melayu. Bagi pelajar-pelajar Malaysia yang pernah menuntut di sana, mungkin susah mahu melupakan cara mereka diejek, terutama sewaktu tamatnya konfrontasi Ganyang Malaysia oleh Indonesia pada zaman Soekarno. Dikatakan Soekarno, presiden pertama Indonesai begitu dipengaruhi Pati Komunis Indonesia, pimpinan D.N. Aidit. Masih ingat era konfrontasi 1963 - 1965?

Bekas-bekas pelajar Malaysia yang kini sudah dikenali di Malayia, seperti Yahya Ismail, Dato' Baharuddin Zainal, Dato' M. Noor Azam, Tan Sri Mohamad Rahmat, Dato' Seri Dr. Sulaiman Mphamad atau yang sama waktu dengannya tidak begitu mudah melupakan kata-kata ejekan seperti "Rumah Sakit Korban Lelaki" (untuk hospital beralin) dan lain-lain. Tak sedap sangat bunyinya kalau mahu ditulis semua kata ejekan itu.

Dan apabila poster ini dibentangkan dalam stadium Bung Karno malam itu, apakah implikasinya kepada seluruh dua bangsa serumpun ini? Inikah semangat yang diinginkan SBY. Dan baru sahaja rakyat Malaysia dikejutkan dengan aksi baling najis di Kedutaan Malaysia di Jakarta tidak berapa lama dulu. Ini belum lagi reaksi rakyat Indonesia yang menuduh banyak amak rakyat mereka di dedera di negeri ini.

tetapi mahu dikatakan apa? Bukankah orang Malaysia terkenal dengan sikap mengalahnya, "Tak apalah, apa orang lain kata." Orang Malaysia juga kan terkenal dengan sikap "tolak ansur"nya. Apa sudah hubungan kerjasama akrab antara persatuan wartawan Indonesia dengan persatuan wartawan Malaysiahanya indah di atas kertas sahaja? Pengarah eksekutif The New Straits Time, Dato' Ahmad Talib mungkin ada jawapannya.

Monday 27 December 2010

JOM DENGAR PENYIAR TV BACA BERITA PILIHAN AKHBAR HARIAN SELEPAS SUBUH!

Seronok juga, selepas solat subuh kita dihidangkan dengan suara dari akhbar harian. Maksudnya penyiar media elektronik TV membacakan laporan berita pilihan yang termuat dalam pelbagai akhbar harian.

TV3, sebuah TV swasta menyiarkan berita terpilih-pilih dari jam 6.30 -7.00, dan disambung selepas buletin pagi setiap hari kerja. TV1 pula setiap hari mulai 7.00 pagi. Berita yang disiarkan terpilih-pilih. TV3 cenderung memberi keutamaan kepada akhbar-akhbar dari kumpulan yang sama, iaitu Berita harian, The New Straits Times dan Harian Metro. Manakala TV1 memberi liputan terpilih-pilih dari semua akhbar haria, terutama Utusan Malaysia dan Kosmo. Turut dipilih berita dari The Star dan Sinar Harian.

Bersasarkan pola pemiihan berita, ternyata TV1 cenderung menyentuh berita-berita politik, sementara TV3 mengelak daripada bercerita tentang politik, kecuali perlu. Mungkin pemilihan berita ini ada kaitannya dengan arahan pihak atasan. Menariknya, penyiar TV3 membaca berita pilhan sambil mengulas. TV1 hanya membaca laporan seperti yang ditulis tanpa tanpa ulasan. Sebarang ulasan dibuat di akhir laporan.

TV1 lazimnya membaca berita pilihan dalam bahasa Kebangsaan, tidak kira berita itu daripada akhbar berbahasa Inggeris, Cina atau Tamil. TV3 pula lain ceritanya. Kalau berita itu daripada akhbar berbahasa Inggeris, maka penyiar akan membacanya dalam bahasa Inggeris, mengikut bahasa akhbar. Kadang-kadang kedengaran janggal pula penggunan bahasa Inggerisnya. Ada kalanya penyiar seperti berlomba-lomba mahu tunjuk bahasa Inggeris siapa yang lebih Inggeris.

Bukankah elok rasanya ikut sahaja cara penyiar TV1 membaca berita pilihannya langsung dalam bahasa kebangsaan. Tidklah janggal sangat bunyinya kalau penyiar kurang petah berbahasa Inggeris. Atau kalau mahu juga membacanya ikut bahasa akhbar itu, pilihlah penyiar yang lebih petah bertutur. Tak ada slang, tak ada twang. Apatah lagi kalau slangnya seperti orang sedang bercakap Melayu saja.

Elakkanlah daripada penonton menjadi bosan mahu mengikuti laporan daripada akhbar. Bukan ramai suka "sarapan pagi" dengan juadah berita akhbar selepas solat subuh!

Saturday 25 December 2010

SEMOGA SLOGAN 1MALAYSIA TAK TINGGAL SLOGAN SAJA!


Dato' Seri Najib Tun Razak (tengah) dalam satu sidang media.


Laporan AFP menyebut hampir 2/3 rakyat Malaysia menentang cadangan membina 100 tingkat menara mega, membuatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak semakin pening kepala. Inilah hasil kajian Pusat Merdeka yang bebas. Daripada 1,005 reponden yang ditemui, 65% berpuas hati dengan pencapaian Najib, berbanding 72% Mei lalu. Jatuh 7%.


Barangkali prestasi menurun Najib ini disebabkan kerajaan memotong subsidi petrol dan gula. Najib pula tetap mahu meneruskan projek Warisan Merdeka. Tun Mahathir Muhamad, mantan perdana menteri pun tak setutu projek menara itu diteruskan. Sebabnya tak pasti, baik tersurat mahupun tersirat.


Ada cakap-cakap bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah mula bersikap cakap tak serupa bikin. Satu ketika yang belum lama, kerajaan berjanji tidak akan naikkan harga petrol hingga akhir tahun. Tiba-tiba belum pun berakhir tahun 2010 harga petrol pun naik. Harga gula pun naik. Kata kerajaan kenaikan tidak memebebankan dan seperti biasa kerajaan membuat perbandingan harga dengan beberapa negara jiran. Alasan yang sudah dijangkakan. Apalah lima sen dan apalah 20 sen! Bukankah kepada rakyat wang 5 atau 20 sen itu besar ertinya.


Rakyat lebih suka kalau wang sebesar yang akan dibelanjakan itu digunakan untuk mengekal atau menaikkan subsidi. Iru akan lebih memberi manfaat kepada rakyat terbanyak. Di samping wang itu boleh digunakan untuk tujuan pendidikan, kesihatan dan pengangkutan awam. Bukankah itu akan lebih menguntungkan rakyat. Sedangkan lebih banyak wang keluar, lebih cenderung orang melakukan rasuah.


Baru sahaja rakyat disajikan dengan konsep 1Malaysia, ciptaan Najib. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Harap-harap ia tidak tinggal konsep sahaja. Masih ingat konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang diperkenalkan kerajaan gandingan Tun Mahathir dan Tun Musa Hitam pada awal tahun 1980 dahulu?

Thursday 23 December 2010

KENAPA SINGAPURA TERUS MEMPERLEKEH MALAYSIA

Rencana ini dipetik sepenuhnya daripada akhbar Berita Harian, 23 Disember 2010.

Kenapa Singapura terus memperlekeh Malaysia
Bersama Rejal Arbee

2010/12/23
Perwatakan Melayu dianggap sering beralah memakan diri

APAKAH masalahnya dengan kepemimpinan negara jiran kita, Singapura dan sesetengah rakyatnya berterusan memperlekeh negara ini. Terakhir ialah pandangan yang sungguh mencemuhkan kita, khususnya oleh pimpinan agungnya, Lee Kuan Yew, mahu pun tiga diplomat kanannya yang sedikit pun tidak menunjukkan perangai sebagai diplomat.

Pendedahan oleh WikiLeaks awal bulan ini memberi gambaran bagaimana jeleknya pandangan ketiga-ketiga diplomat kanan republik itu terhadap kita dan juga beberapa negara lain, termasuk Jepun dan India. Mereka terdiri daripada Peter Ho (bekas Setiausaha Tetap Kementerian Luarnya), Bilahari Kausikan (Setiausaha Tetap Kementerian itu), kebetulan berada di sini sekarang mengetuai perwakilan republik itu dalam rundingan lanjut mengenai tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di republik itu) dan duta kelananya, Tommy Koh. Mereka semua diberitakan berpandangan begitu rendah sekali terhadap kita dan pimpinan negara seperti Thailand, India, Jepun. Apakah agaknya dalam pemikiran mereka sehingga menunjukkan bahawa bongkak dan angkuhnya mereka terhadap kita dan beberapa negara lain itu.

Begitu menghina sekali pandangan Kausikan terhadap kita yang dianggapnya sebagai ‘keliru dan berbahaya’ dengan ‘kemungkinan besar tercetus pertelingkahan kaum yang boleh membawa kepada penghijrahan beramai-ramai rakyat berketurunan Cina ke Singapura hingga menenggelaminya.’ Kausikan menambah lagi: “ketandusan pimpinan yang cekap adalah satu masalah benar yang dihadapinya”.

Beginilah pandangan seorang diplomat kanan republik itu terhadap negara ini dan pimpinan kita dan kini sibuk mengepalai rombongan untuk berunding mengenai tanah kepunyaan KTM. Saya tidak hairan pimpinan ulung mereka, Kuan Yew bersikap kiasu dan memandang rendah terhadap negara ini dan rakyatnya, khususnya orang Melayu serta pimpinan beberapa negara lain seperti Myanmar yang dianggapnya bodoh dan Korea Utara katanya sebagai tidak berfikiran waras dengan mempunyai seorang pemimpin tua menggeleber dan gilakan sanjungan.


Menteri Mentor Singapura, En. Lee Kuan Yew (kiri) dengan Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Aziz Nik Mat dalam satu pertemuan.

Walaupun sudah lebih 45 tahun Singapura dikeluarkan dari Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada 1965, tetapi, Kuan Yew masih tidak boleh melupakan peristiwa yang amat pahit baginya.

Tunku ketika itu berterusan tidak mahu melayan usahanya supaya beliau mengetepikan MCA yang dipimpin Tun Tan Siew Sin yang diremehkan Kuan Yew sebagai seorang yang bukannya boleh mewakili orang Cina sebab tidak boleh berucap dalam bahasa Cina.

Baginya hanya parti pimpinannya, PAP sajalah yang boleh mewakili orang Cina. Ini adalah daripada ketaksuban kebolehannya bahawa Singapura adalah terlalu kecil bagi seorang yang ‘geliga’ sepertinya.

Sememangnya ketika negara ini diwujudkan pada 1963 dengan gabungan tiga negeri baru, Singapura, Sabah dan Sarawak, Lee mempunyai harapan menjadikan negara yang baru wujud itu sebagai landasan baginya berperanan besar pada peringkat Pusat.

Oleh itu, pada Pilihan Raya Umum 1964 partinya PAP bertanding bermati-matian memainkan soal perkauman dengan laungan ‘Malaysian Malaysianya’ untuk mempengaruhi pengundi Cina memaling sokongan daripada MCA kepada partinya.
Alangkah terkejutnya apabila PAP hanya memenangi satu kerusi saja di Bangsar ketika itu dengan orang kuatnya, Devan Nair berjaya dipilih.

Saya masih teringat bagaimana dia keluar dari biliknya di Pesuruhjaya Singapura di Jalan Tun Razak (ketika itu Jalan Pekeliling) bersebelahan Kelab Golf Diraja untuk menemui kami (pemberita) pada pagi hari selepas keputusan menunjukkan rakyat Malaysia menolak partinya.

Mukanya merah padam dan jelas sekali dia tidak dapat menerima penolakan partinya oleh rakyat Malaysia, khususnya pengundi Cina yang terus menyokong MCA. Walaupun rakyat negara ini menolaknya, dia masih meneruskan dengan laungan ‘Malaysian Malaysia’ hingga mewujudkan suasana yang amat cemas hingga Tunku membuat keputusan mengeluarkan republik itu dari Malaysia.

Inilah suatu hal yang tidak dapat diterimanya, khususnya daripada pimpinan Melayu dan dengan itu berterusan berusaha meremehkan negara ini dalam serba-serbi rundingan untuk menyelesaikan pelbagai masalah akibat daripada perpisahan pulau itu dari Malaysia pada 1965.

Sebenarnya, Malaysia nampaknya sudah banyak mengalah dengan Singapura dalam berbagai-bagai hal, termasuk perpecahan MSA (Malaysia-Singapore Airlines) menjadi dua syarikat penerbangan dengan penubuhan Singapore Airlines dan MAS – Malaysia Airlines System yang mana jelas Singapura mendapat yang terbaik, termasuk semua hak penerbangan ke luar negara dengan MAS hanya mempertahankan hak penerbangan dalam negara saja.

Bahkan hingga sekarang ini masalah bekalan air Johor ke republik itu dan kemahuannya supaya kita membenarkan jet pejuangnya berlatih di ruang Johor, misalnya masih berlarutan tanpa penyelesaian hanya kerana mereka ini begitu bongkak dan tidak mahu beralah dengan pemimpin Melayu.

Masalahnya ialah perwatakan Melayu yang sering saja beralah kerana tidak mahu menimbulkan perasaan tidak selesa dengan puak yang mereka berbalah atau berunding. Tempias pandangan yang begitu rendah terhadap kebolehan pemimpin negara ini, khususnya orang Melayu juga mempengaruhi pemimpinnya yang lain, termasuk rakyatnya.

Maka tidak menghairankan anggapan rakyatnya terhadap negara ini sebagai sebuah negara ‘gila’ oleh sekumpulan rakyatnya. Peristiwa jelek ini diceritakan rakyat Malaysia, Lim Chai Heng dari Batu Pahat yang ‘menemui’ sekumpulan rakyat negara itu ketika beliau melancong ke Taiwan pada November lalu.

Apa yang dihadapinya dihuraikan dalam tulisannya kepada The New Sunday Times, Ahad lalu. Beliau hairan dengan anggapan tidak bersopan itu bahawa Malaysia adalah sebuah negara tidak siuman. Lim dengan megahnya berkata: “Saya berbangga datang dari Malaysia ‘gila’ ini”. Syabas kita ucapkan kepada Lim. Penulis ialah Felo Kanan UKM

Komen: Rasanya tak perlu komen apa-apa.Kecuali mungkin tindakan Syed Jaafar Albar, Singa UMNO dan Ketua Pemuda UMNO ketika itu marahkan Tunku sebab mengeluarkan Singapura daripada Malaysia. Mahu tahu lebih lanjut cerita kemarahan Syed Jaafar ini sila rujuk sejarah perpisahan Malaysia-Singapura

Wednesday 22 December 2010

DATO' ABDULLAH HUSSEIN, KAWAN-KAWAN DAN INTERLOK

Kasihan novel Interlok karya Dato' Abdullah Hussein (Bung Dollah). Entah kenpa tiba-tiba novel ini dikatakan bermesejkan perkauman. Padahal, novel ini telah begitu lama diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Apabila nak jadi buku teks ada pula masalahnya. dengar cerita nak kena tarik balik. Walaupun ada yang nafikan penarikan balik itu, tetapi novel itu telah masuk karya yang tak diingini dalam sistem pendidikan negara.

Siapa yang kenal dengan Bung Dollah pasti akan kecewa dengan sikap pihak yang membuat keputusan itu. Sudahkah disemak kandungan ceritanya sejak awal-awal lagi? Bila dah terpilih kabarnya akan ditarik balik. Apakah ada agenda tertentu oleh pihak yanG tak sukakan novel ini jadi buku teks di sekolah-sekolah?


Dato' Abdullah Husein (Bung Dollah) serius orangnya ketika bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka. Tak terlintas pula karyanya Interlok berunsur perkauman.

Satu ketika dahulu, dalam awal tahun 1970-an, semasa bertugas sama-sama di DBP, kawan-kawan sekerja yang bertugas di bilik majalah dan bersebelahan dengan bilik kerja Bung Dollah kenal sangat siapa beliau. Masih kami ingat, kawan-kawan sekerja seperti Wijaya Mala, Awam Il-Sarkan, Karim Abdullah, Dharmawijaya, Shamsuddin Jaafar dan Kemala berbual-bual, bercerita tentang sastera. Sesekali datang Cikgu Buyong Adil dari Bahagian Buku Pelajaran.

Cikgu Buyong selalu sahaja mengusik kami sambil bergurau. Katanya, " Apalah kamu semua ini, mereka cerita angan-angan? Cerita dalam sastera itu bukankah cerita daripada angan-angan. Tak berpijak di bumi nyata?"

Gurauan Cikgu Buyong kita tak ambil kisah sangat. Kami tahu Cikgu Buyong orang sejarah. Beliau menulis tentang sejarah setiap negeri di Malaysia. Itu tugasnya. Barangkali untuk mencari hiburan beliau turun ke Bahagian kami untuk menenangkan fikiran. Kami pun rasa terhibur.

Bung Dollah sering menjadi sasaran Cikgu Buyong. Saleh Daud yang duduk berdepan dengan Bung Dollah yang tak banyak cakap hanya senyum mendengar Cikgu Buyong menyindir Bung Dollah. . Dan di bilik satu lagi, Usman Awang sibuk dengan tugasnya, dengan fail-fail sastera di atas mejanya. Kadang-kadang terdengar suara Awam il-Sarkam (kami panggilnya Pak Awam) mengarahkan muncungnya kepada Usman, "Kita lihat Dol Keropok sebelah. Sibuk memanjang."

Dan dalam keadaan yang begitu tiba-tiba pintu bilik terbuka dan menjengah Wijaya Mala sambil bersuara dengan ketawa, "Assalamualaikum Haji Tahir!" Kepada siapa ditujukan salam itu, kami kurang pasti. Kepada Pak Awam kah? Atau Bung Dollah kah? Aau kami semua? Begitulah suasana.

Tak pernah pula kami dengar Bung Dollah bercerita tentang kaum dan perkauman. telah banyak juga novel dilahirkan Bung Dollah. Ada yang kami baca. Ada yang tidak. Mungkin juga apa yang kami baca itu tidak kami nilai daripada sudut politiknya atau unsur perkaumannya. Maka kami mungkin tak sedar.

Apapun jua, suasana di bilik majalah itu memang ceria. Walaupun Bung Dollah tak banyak cakap tetapi apabila bersama-sama kami, beliau tumpang bersembang dalam suasana santai. Malah Saleh Daud yang juga pendiam orangnya tumpang semangkuk. Bung Dollah dan Cikgu Buyong, duo yang kami anggap serius dalam tugas, sempat berjenaka tentang cerita yang mereka berdua alami kononya semasa di Singapura yang dikaitkan dengan bintang-bintang filem Jalan Ampas.

Bung Dollah tentu masih ingat cerita dan gurauannya bersama Cikgu Buyong. Dan bayangkan ada di kalangan kawan-kawan yang betul-betul percaya cerita dua tokoh ini. Tak pasti siapa yang berangan-angan membuat cerita: Cikgu Buyong atau Bung Dollah? Cikgu Buyong kata orang sastera suka berangan-angan bikin cerita dan katanya Bung Dollah memang tukang cerita! Namun tidak pula kita dengar Bung Dollah ada menyelitkan unsur perkauman dalam ceritanya!

Tuesday 21 December 2010

MENJENGUK PERANAN WANITA PERTAMA SEKARANG BERBANDING TERDAHULU

Bercerita tentang wanita pertama Malaysia, kita tak dapat lari daripada membincangkan kegiatan wanita pertamanya, yang juga isteri perdana menteri.. Baik dahulu mahupun sekarang. Sejak merdeka pada tahun 1957, Malaysia telah mempunyai enam wanita pertama secara silih berganti.Ini kerana isteri perdana menteri dianggap wanita pertama.

Wanita pertama apabila kita merdeka ialah isteri Tunku, Sharifah Radziah. Kemudian Apabila Tun Razak Hussein menjadi perdana menteri wanita pertamanya Toh Puan Rahah Mohd Noh. Wanita pertama kemudian diambil alih oleh isteri Tun Hussein Onn, Toh Puan Suhaila Mohd Noh. Kemudian sampai pula giliran isteri Tun Mahathir, Tun Dr. Asmah Ali menjadi wanita pertama.

Datang pula isteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Kak Endon dan sesudah itu Toh Puan Jeane Abdullah. Sekarang wanita pertama ialah isteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Dato' Seri Rosmah Mansor, bukan lagi Datin Seri kerana beliau baru sahaja dianugerah bintang kebesaran dengan gelaran Dato' Seri oleh Melaka.

Kebanyakan rakyat akar umbi nak tahu juga tugas seorang wanita pertama di Malaysia ini di samping mendampingi suami semasa bertugas. Apakah kegiatan mereka sekadar menjadi "juruiring" atau pendamping suami semta-mata? Menarik untuk direnungkan.

Diyakini ramai dalam kalangan rakyat akar umbi mampu menilai apa yang dikerjakan wanita pertama Malaysia. Bukankah kerja mendampingi suami itu agak membosankan juga?
Dikatakan, kegiatan wanita pertama di zaman Tunku, di zaman Tun Razak, di zaman Tun Hussein kurang dan tidak begitu signifikan. Mereka gamaknya berpuas hati menjadi pendamping suami sepenuh masa.

Tetapi peranan wanita pertama ini sedikit berubah di zaman Tun Mahathir. Kegiatan lebih kerap dan tersusun. Mungkin ketika itu wanita pertama seorang doktor perubatan dan menjadi doktor peribadi kepada jawatan perdana menteri. Baguslah juga kerana beliau menjaga kesihatan perdana menteri.

Di zaman Tun Abdullah pun kegiatan halnya. Banyak kerja kebajikan diusahakan wanita pertamanya. Begiulah Endon (Kak Endon) dan kemudian Jeane Abdullah. Di zaman Najib, kegiatan wanita pertamanya, Rosmah Mansor, malah lebih teratur dan kerap kegiatannya. Dilaporkan, ada cakap-cakap dalam kalangan anggota Parlimen bahawa wanita pertama hari ini mempunyai bajet tersendiri.

Ada projek Permata dan dengar kabar akan ada cadangan besar lain yang sedang dalam perancangan. Ada staf yang membantu. Perdana menteri pun kata, staf yang ada hanya dipinjamkan dari Jabatan Perdana Menteri. Tapi maksudnya samalah, adalah juga staf yang membantu wanita pertama. Sebabnya wanita pertama mempunyai terlalu banyak tugas untuk dilaksanakan. Tidk lagi semata-mata menjadi pendamping suami.

Ini juga bererti peranan wanita pertama hari ini jauh berbeza dengan peranan wanita pertama terdahulu. Baguslah begitu, kurang jugalah beban suami yang pening memikirkan hal negara. Dan jangan lupa kegiatan wanita pertama hari ini kerap dilaporkan dalam media perdana, tidak ketinggalan rangkaian TV swasta. Laporannya kadang-kadang menempati waktu perdana siaran

Tak jelas sama ada liputan seumpama ini diperolehi juga oleh wanita pertama negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Peranchis, Indonesia, Jepun atau Korea. Harap-harap begitu jugalah kiranya! Hanya rakyat di Malaysia, terutama di akar umbi, jarang dapat mendengar atau menonton media perdana negara-negara berkenaan.

Sunday 19 December 2010

DASAR PELAJARAN MALAYSIA MACAM COKLAT: SEKEJAP ADA SEKEJAP TAK ADA!


Prof. Khoo Kay Kim: Ketokohnnya dalam bidang sejarah usah dipersiakan!
Beberapa orang tokoh pejuang bangsa yang sudah masuk usia veteran terutamanya lulusan Maktab Perguruan Tanjung Malim (sekarang UPSI) mula menyuarakan raasa gusar terhadap lanskap politik Malaysia hari ini. Sikap berpuak-puak dn cauvinis setiap kaum terbesar semakin meningkat dan mencemaskan. Orang Melayu dengan sikap kemelayuannya, orang Cina dengan sikap kecinaannya, orang India dengan sikap keindiaannya. Di Sabah mula mucul parti baru yang diushakan Dr. Jefry Kitingan dengan slogan Sabah dan Sarawak untuk rakyat Borneonya.


Datuk Wira Borhan Yaman: Lulusan MPSI punya semangat naasionalis yang tak luntur-luntur.

Mahu ke mana dibawa negara ini ? Apakah kalangan bijak pandai dalam politik (pemimpin politik) semua parti tidak memikirkn akibat daripada bersikap cauvinistik begini? Barangkali mereka tahu dan faham tetapi kepeningan dan agenda tertentu menguasai fikiran.

TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran nampaknya coba berbuat sesuatu untuk mengurangi sikap cauvinis ini dengan mewajibkan pelajaran Sejarah di sekolah. Sepatutnya ini sudah dilakukan lama dahulu, sejak tahun 1957 lagi. Masalahnya, dalam sistem politik negara, berganti menteri yang bertanggung jawab maka berganti pula dasar yang hendak diubah. Masih ingat dasar pelajaran ketika Dato' Seri Hishamuddin Tun Husein menjadi Menteri Pelajaran dulu ?


Tan Sri Abdul Aziz Tapa: Seorang lagi pejuang nasionalis luluan MPSI paling konsisten dalam semangat dan tindakannya.

Misalnya Hishamuddin tak mahu dasar PPSMI yang dilaksanakan di zaman mantan PM, Tun Mahathir Mohammad dihentikan. Sekarang Muhyiddin mahu menghentikannya dan diusahakan dasar yang kembali memperkasa bahasa Melayu di samping meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Di samping itu Muhyiddin sarankan supaya Sejarah dijadikan mata pelajaran teras dan wajib lulus.

Golongan veteran yang tinggal beberapa kerat lagi itu mahu kerajaan bertindak tegas. Tidak hanya lip service. Akuilah bahawa selama ini dasar pelajaran telah gagal menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Jangan buat dasar yang sekejap ada sekejap tak ada. Jangan ubah setiap kali menterinya berubah.

Yang penting bagaimana caranya menyatukan rakyat dlam satu kesatuan yang utuh sehingga setiap suku boleh berfikir dalam satu bahasa dan satu minda. Kalau boleh saran warga veteran ini perkenalkan juga mata pelajaran Rukunegara dan Tatanegara.

Dalam hal ini eloklah belajar cara rakyat negara asing menyatukan rakyat yang berbilang bangsa. Liat sahaja Amerika Syarikat, Peranchis, malah Indonesia sekalipun. Ambil iktibar daripada kejayaan negara-negara itu menyatukan rakyatnya. Misalnya di Indonesia pemimpinnya bersatu dalam tekad da numpah Pemuda Tahun 1928nya. Satu Bahasa, Satu Bangsa dan Satu Negara.
Dunia boleh melihat bagaimana rakyat Indoneisa begitu patriotik dan bersemangatnya mereka terutama dalam mempertahankan negaranya. Masih ingat protes dan demonstrasi sebilangan rakyatnya membaling najis manusia di pintu kedutaan Malaysia di InJakarta tak lama dulu?

Jangan takut untuk melaksanakan dasar begini di Malaysia. Bukan sahaja mata pelajaran sejarah patut diwajibkan kandungannya perlu pula disesuaikan dengan reliti sejarah itu sendiri. Jangan jadi seperti sebuah negara jiran yang mempastikan sejarah negara itu bermula dari kemasukan penjajah dan menidakkan fakta sebelumnya.

Menerapkan nilai dan semangat cintakan negara ini memanglah sukar terutama kepada rakyat berbilang kaum seperti di Malaysia. tetapi kalau Amerika Syarikat boleh, Peranchis boleh, Indonesia boleh, takkanlah Malaysia tak boleh! Soalnya apakah pemimpin politik negara ini mempunya azam politik dan kekuatan semangat untuk menjana integrasi dan kesatuan bangsa Bak kata mat saleh: If there is a will there is a way!

Wednesday 15 December 2010

RPK BERUBAH HATI ATAU....?!

Kenapa tiba-tiba sahaja Raja Putra Kamaruddin (RPK) berubah hati? Bukankah selama ini beliau sentiasa bersama di pihak Pembangkang? Masih ingat kami ketika menziarahi Allahyarham Rustam Sani di rumahnya di Gombak, ramai yang terserempak dengan RPK dengan beberapa kawannya. Juga kami terserempak dengan YB dari Telok Kemang, Dato' Kamarul Bahrin Abbas dan beberapa tokoh politik yang lain. Kami kira kedua-dua tokoh ini daripada parti yang bukan dalam kerajaan.

Selama ini pandangan RPK melalui bolognya Malaysia Today memang ditunggu-tunggu oleh kawan dan lawan. Menarik dan teruja. "Sikat habis" kata anak-anak muda. Atau dalam bahasa Inggerisnya "No stones unturned". Kami senang membacanya. Kami kira majoriti pengunjung blognya senang.

Sekarang RPK seperti pusing u-turn habis. Baguslah! Paling-paling para pengunjung dan peminat Malaysia Today boleh membaca pula apa yang terurat dan tersirat dalam benak RPK tentang situasi sekarang, terutama dalam politik tanah air. Nak dengar juga pandangan dan komen beliau. Yang pasti ada parti-parti yang tak senang duduk membacanya dan ada pula parti yang bertepuk gembira.

Soalnya sekarang apa dan siapakah yang membuatkan RPK pusing 360 darjah?. Apakah beliau berhasrat nak tunjuk sikap patrioismenya kepada negara dan dah bosan tinggil mengasingkan diri di negeri orang atau RPK mulai sedar bahawa "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri" lebih baik lagi negeri sendiri. Atau ada deal tentang kesnya di mahkamah yang belum selesai. Agaknyalah.

Sama-sama kita tunggu perkembangan seterusnya tentang nama RPK yang semakin terohor dalam dunia blog hari ini. Ini satu penghijrahan, kata sesetengah orang. Harap-harap "penghijrahan" RPK ini akan bertahan! Untuk siapa dan untuk apa terserah mereka yang mengenali tulisan RPK dalam Malaysia Today.

Tuesday 14 December 2010

HUBAYA, HUBAYA TSUNAMI POLITIK PRU-KE13 MUNGKIN KEMBALI MELANDA!

Pada saya ini kesan dan akibat apabila melantik menteri-menteri dari kalangan tokoh korporat untuk mengendalikan kewangan negara. Bagi mereka apalah kenaikan 20 sen harga gula dan 5 sen harga petrol. Dulu mereka pernah kata harga petrok RON 95 takkan naik sehingga akhir tahun. Nmpaknya rakyat terpaksa terima kenaikan walaupun akhir tahun hanya akan tamat dua minggu lagi. Kepada menteri yang terlibat memutuskan kenaikan harga, beliau tentunya kenaikan yang tak membawa kesan.

Malah ada menterinya yang kata "harga di sini lebih murah jika dibandingkan dengan harga di negara-negara jiran. Soalnya mengapa perlu buat perbandingan dengan negara jiran? Apakah itu kayu ukur kerajaan untuk menentukan harga? Itu bukan caranya untuk menyedapkan hati rakyat. rakyat mahu dibantu dari sudut wang dalam kocek masing-masing.
Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir mohamad tak setuju PNB bina bangunan 100 tingkat. Katanya belum perlu lagi waktu ini.

Yang tanggung beban adalah rakyat. Bagi mereka duit 20 sen atau 5 sen besar ertinya. Nampaknya kerajaan belum lagi serik dengan penangan tsunami politik yang melanda tahun 2008. Maka jangan terkejut kalau tsunami kedua akan berlaku dalam PRU ke-13 nanti.

Masih ingat janji kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol tahun ini. Apa sudah jadi dengan janji itu. Atau penyakit :cakap tak serupa bikin" dah menjangkit kepada kerajaan.

Kemudian, dalam bajet baru-baru ini ada cadangan nak bangunkan menara warisan 100 tingkat. Kosnya dalam jumlah bilion, bukan ratusan juta lagi. Bukankah lebih baik wang itu , paling-paling dapt menampung kos kenaikan gula, atau petrol dan lain-lain. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhamad pun pernah komen bangunan setinggi itu belum perlu. Lebih baik orang-orang di Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang yakin mampu membangunkan menara itu fikir banyak kali.

Inilah reaksi teman-teman di Kuala Lumpur setelah membaca e-mel yang dikirimkan Prof. Dr. Awang Sariyan dari Beijing tentang kenaikan harga ini. Awang mengirimkan laporan (barangkali terjemahan) dari akhbar China Press yang bertajuk"Tiupan Angin Inflasi Rakyat Tidak Tahan Menanggungnya." Antara lain akhbar itu melaporkan: " Apabila pihak kerajaan cuba kurangkan harga subsidi barangan dan kenaikan harga gula minyak masak. Walaupun harga gula dikatakan naik 20 sen dan minyak petrol naik 5 sen yang dikategorikan kenaikan sedikit sahaja. Tetapi jika dihimpunkan segala macam barangan jualan yang lain, pasti akan berlaku tindak balas yang berantai, secara langsung ia menjejaskan industri pengangkutan, industri makanan bermasak dan pelbagai aktiviti perniagaan.


Dr. Awang Sariyan emelkan laporan China Press kepada teman-teman di Malaysia.

" Pihak kerajaan keluarkan duit sebanyak 66 juta ringgit tubuhkan NKRA dan KPI di Jabatan Perdana Menteri, kita masih belum nampak ada perkembangan yang positik untuk membantu dalam perubahan ekonomi Negara. Rakyat yang sebelum ini mendapat subsidi kini subsidi yang sedia ada semakin dikurangkan, ia hanya menjejaskan orang-orang yang berpendapatan rendah yang sangat membebankan mereka yang dirasai tidak terhingga pedihnya!"

Akhbar itu mengakhiri laporannya, "Sebuah projek perubahan ekonomi, perlu ada ketelusan dan penjelasan yang kukuh serta adil dan berkesan dalam menyahut perubahan itu. Sebelum pihak kerajaan ubah harga barangan, sepatutnya buat soal selidik pada semua lapisan masyarakat terlebih dahulu, agar apabila dilaksanakan tidak membebankan rakyat. Tsunami politik pada tahun 2008 itu sebenarnya kemarahan rakyat dan teriakan dari rakyat, kerana mereka telah tertakan selama beberapa tahu, rakyat telah beri amaran yang diumpama seperti “gunung berapi yang sedang tidur”, mungkin ia akan berlaku sekali lagi membawa kemusnahan secara besar-besaran nanti."

Fikirkan dan renungkanlah baik-baik!!

Monday 13 December 2010

PENDEDAHAN WIKILEAKS: SEJAK BILA PULA SINGAPURA DAN MALAYSIA AKRAB DALAM POLITIK?

Apa nak dihairankan kalau WikiLeaks dedahkan maklumat sulit tentang laporan perisikan global begini.Laporan itu adalah untuk konsumsi Amerika Syarikat, dalam strateginya "menakluki" dunia.

Dalam laporan Wikiaaleks tentang hubungan Malaysia-Singapura,kita kena tanya: Kalaulah laporan itu benar, sejak bila pula para pemimpin Singapura pernah bersikap berbaik sangka dengan Malaysia? Malah ketika Singapura berada dalam Malaysia selama tiga tahun (1963-65) dulu tak pernah satu detik pun pemimpin Singapura di yang di bawah pimpinan PAP (Peoples' Action Party) mempunyai sikap dan persepsi ikhlas dan jujur terhadap kerajaan Malaysia. Baik dulu, baik sekarang. Sejak dari kerajaan Malaysia dipimpi Tunku Abdul Rahman sehinggalah kepada ia dipimpin DS Najib Tun Razak.

Selang beberapa hari setelah WikiLeaks buat pendedahan, Menteri Luar Singapura, George Yeo kata apa yang dilaporkan WikiLEaks itu hanyalah hasil daripada cokctail talks atau istilah kasarnya cerita kedai kopi dalam kalangan orang diplomat. Kalau betul cerita kedai kopi takkanlah Amerika Syarikat memandang serius sehingga mahu membawa orang yang bertanggungjawab mendedahkan rahsia sulit itu ke muka pengadilan.Kata Menteri Luar Singapura, sega;la apa yang dilaporkan itu hendaklah dihormati semua pihak.Memang dah jadi adat.

Tapi kasihan juga kepada orang Malaysia pertama yang terkena bahang maklumat WikiLeaks ini, iaitu DS Anwar Ibrahim. Nampaknya Anwar dianggap melakukan perkara yang kesnya sedang didengar di mahkamah. Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, percaya.


Buku The Singapore Story karangan Lee Kuan Yew, Menteri Mentor Singapura

Dan dua mantan perdana menteri Malaysia tetap dapat mengelak daripada disentuh Kementerian Luar Singapura itu. Dikatakan mantan PM Tun Mahathir baling batu kepada mantan Tun Abdullah Ahmad Badawi memksa Tun Abdullah berundur akhirnya.

Anehnya laporan itu hanya menyebut empat negara Asia , iaitu Malaysia, Thailand, Jepun dan India, yang dikatakan bermasalah itu ia tidak pula menyebut tentang jiran terdekatnya di selatan, iaitu Indonesia atau Brunei. Mungkin belum lagi kot! Atau dua negara itu kawan akrab Singapura. Ada motif ekonomi mungkin demi survival Singapura dalam jangka panjang. Maklumlah wang panas dua negara itu barangkali banyak mengalir masuk ke pulau republik itu.

Demi kelangsungan hidup Singapura mesti berlagak negara serba sempurna dan para pemimpinya serba tahu. Tak ada cacat celanya!Hebat!

Sunday 12 December 2010

BILA LAGI MAJALAH DEWAN BAHASA HENDAK ONLINE!!??


Ketua Pengarah DBP, Datuk Hj, Termuzi Abd. Aziz.





Sudah lebih 50 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diwujudkan, sejak tahun 1956 lagi. Pengarah pertamanya Prof. Diraja Ungku Aiziz masih bernafas. Barangkali beliau masih teringat pengalamannya membentuk organisasi Dewan Bahasa ketika di Johor Bahru lagi.

Hari ini beliau mungkin ingin melihat buku dan majalah-majalah yang diterbitkan Dewan Bahasa disebarkan seluas mungkin di seluruh Malaysia. Majalah sahaja, misalnya, sekarang sudah terbit dalam pelbagai bidang dan nama antaranya Dewan Bahasa, kemudian Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Siswa, Dewan Ekonomi dan majalah-majalah lain.



Prof. Diraja Ungku Aziz, mantan Pengarah DBP mungkin menginginkan DBP punya majalah online! Gambar akhbar The Star

Tetapi berapa ramaikah pembeli dan pembaca majalah-majalah ini. Khabarnya majalah Dewan Masyarakat yang paling banyak dicetak. Angka terakhir menunjukkan jumlah cetakan tak sampai 30,000 naskhah lagi. Dewan Sastera lebih sedikit, tak sampai 6,000 naskhah. Pada hal pada satu ketika dulu jumlah cetakan Dewan Masyarakat hampir mencecah 100,000 naskhah. Itu zaman Dato' Johan Jaafar menjadi Ketua Bahagian Majalah. Dan majalah itu menerima suntikan baru dari segi layout dan kandungan ketika Dato' M. Noor Azam menjadi Ketua Pengarangnya dalam tahun 1974.


Bangunan lama DBP bersebelahan bangunan baru Menara DBP setinggi 33 tingkat.

Mungkin berdetik dalam fikiran Ungku Aziz dan juga mantan Pengarah dan Ketua Pengarah DBP yang lain supaya semua majalahDBP diterbitkan secara online. Maksudnya kandungan majalah dapat dijangkau oleh orang ramai melalui internet (bagi yang mempunyai kemudahan). Pada zaman ini semuanya telah dikuasai internet secara global. Mustahil DBP tidak mengambil inisiatif menjadikan majalahnya online.

Di DBP ada Bahagian Multi Medianya. Katanya ia mempunyai kemudahan dan peralatan moden dan canggih. Pemasaran bukunya oleh DAWAMA sudah dalam online. Takkanlah majalah-majalahnya tak boleh dibuat online, terutama kandungannya. Percuma sahaja ada alat multi media canggih tapi tak dimanfaatkan.

Khabarnya, usaha ke arah itu sedang dipersiapkan.tapi tak tahu bila. Tahun depan kot? Kalau ada usaha begitu eloklah disegerakan supaya kandungan majalah DBP dapat diakses oleh jutaan pembaca seluruh dunia, Tidak hanya tertumpu kepada pembaca dalam negeri yang jumlahnya boleh dikira dengan jari.

Kalau RTM boleh menyebarkan Radio Klasik Nasionalnya dalam internet sehingga boleh diakses oleh dunia, takkanlah Dewan Bahasa tak teringin nak berbuat demikian. Ketua Pengarah DBP, Datuk Hj. Termuzi Abd. Aziz bolehlah fikir-fikirkan. DBP adalah institusi memperkasa bahasa, sastera ilmu dan persuratan itu hendaklah bertindak sederap dengan perubahan zaman.


Dato' M. Noor Azam Ketua Pengarang Dewan Masyarakat yang membuat perubahan dari segi kandungan dan layoutnya dalam tahun 1974.

Kalau penjualan buku DBP telah dibuat online oleh pengedarnya DAWAMA, maka majalah juga boleh, bukan setakat majalahnya tetapi kandungannya sekali. Kalau akhbar-akhbar perdana dan pembangkang telah boleh diakses melalui online, majalah DBP pun boleh!. Kalau ada slogan Malaysia boleh sudah DBP pun punya slogan Dewan Bahasa boleh!

Ungku Aziz mungkin senyum dan menunggu-nunggu lahirnya majalah DBP online!

Wednesday 8 December 2010

SISTEM DINASTI DAN KELUARGA DALAM POLITIK MALAYSIA. BN DAN PR SAMA SAJA!

Pola percaturan parti politik di Malaysia sudah semakin jelas sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pahun 1957. Teraju kepimpinan parti diwarisi. Maksudnya ketua parti mewariskan kepada ahli keluarga jawatan yang dipegangnya. Inilah pola politik berunsur dinasti dan ia bukan baru dalam politik di Malaysia. Sudah lebih 50 tahun. Tak kiralah sama ada parti-parti itu dari kerajaan yang memerintah atau dari parti-parti pembangkang.

Dalam UMNO, misalnya, wujud apa yang disebut Dinasti keluarga Tun Razak, perdana menteri kedua. Sekarang UMNO dipimpin Dato' Seri Najib, anak Tun Razak. Ada pula Dinasti keluarga Tun Hussein Onn. UMNO pernah dipimpin Dato' Onn Jaafar. UMNO kemudian pernah dipimpin Tun Hussein, Presiden UMNO keempat. Sekarang Dato' Seri Hishamuddin Tun Husein salah seorang naib presiden UMNO dan menurut logik politik UMNO Hishamuddin mewarisi kepimpinan UMNO masa depan.

Takkanlah Hishamuddin tidak berniat nak menjadi Presiden UMNO selepas Najib. Jika begitu niat Hishamuddin, apa halnya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sekarang menjadi Timbalan Presiden. Ikut logik politik UMNO juga , selepas Najib Muhyiddinlah pengganti presiden. Jika begitu ke mana pula Hishamuddin, yang sekarang salah seorang Naib Presiden, dianggap orang kanan dalam kabinet Najib. Seluruh dunia tahu Najib dan Hishamuddin sepupu. Takkanlah antara epupu tak ada niat untuk saling membantu.

Sekarang terdengar desas-desus mantan PM Tun Mahathir pun nak "persiapkan" anaknya Datuk Mukhriz ke jawatan penting dalam heirarki UMNO. Walapun Mukhriz kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO di tangan Khairy Jamaluddin, tapi itu tidak bermakna usaha Tun Mahathir berhenti di situ. Apa yang berlaku di belakang tabir politik UMNO tak dapat diramal kerana semua orang tahu Mahathir memainkan peranan penting semula dalam politik UMNO. Malah dalam blog rayat sudah timbul cakap-cakap yang mahukan Mukhriz dilantik Ketua Perhubungan UMNO Kedah, yang dianggap batu loncatan ke satu jawatan yang lebih tinggi dalam heirarki kepimpinan UMNO.

Nampaknya dalam Parti MCA, elemen dinasti ini belum nampak ketara. Begitu juga dengan MIC. Walaupun dalam MIC ada suara yang mahu anak Samy Vellu mahu bertanding jawatan Naib Presiden. Dalam Gerakan elemen ini belum juga jelas kecuali ada yang kata anak Tun Lim Keng Yik mahu meneruskan karier Lim.DI Sarawak, terdengar cerita Tan Sri Abdul Taib Mahmud mahu mewujudkan dinasti itu dalam PBB, tetapi kata orang sana itu cuma cakap-cakap sahaja.

Elemen dinasti ini lebih jelas dan tak dapat dielak dalam Pakatan Rakyat. Yang paling ketara parti DAP (Parti Tindakan Rakyat) dan PKR (Parti Keadilan Rakyat). Dalam PKR elemen ini wujud serentak bukan cara diwarisi seperti halnya Dinasti Tun Razak atau Dinasti Dato' Onn dalam UMNO. Misalnya, Dato' Seri Anwar Ibrahim, kini penasihat PKR. Isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail Presiden parti. Anak mereka, Nurul Izzah kini Naib Presiden. Nurul mendapat undi tertinggi dalam pemilihan PKR yang baru lalu. Manakala Azmin Ali, yang dianggap orang paling loyal kepada Anwar adalah timbalan presiden.

Dalam DAP, ada Karpal Singh pengerusi parti. Anaknya Gobinda Singh Deo yang sedang dipersiapkan sebagai pengganti Karpal kemudian hari. Ada pula Lim Kit Siang, sebagai penasihat parti dengan anaknya Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP. Dinasti serentak dalam DAP antara dua keluarga paling berpengaruh ini sedang "memancang " lebuhraya ke Putrajaya. Mereka mendapatkan kerjasama Parti PAS, sebuah lagi parti komponen PR yang dikatakan sedang diperalatkan. Sebabnya PAS dikatakan hanya boleh tidur sebantal tapi mimpi berlainan.

Dalam PAS elemen dinasti tak jelas malah belum wujud sejak zaman Dato' Mohd Asri atau Fadzil Nor lagi. Zaman Yusof Rawa pun tidak. Pendirian PAS untuk menawan Putrajaya pun berlainan berbanding PKR atau DAP.

Begitulah elemen dinasti dalam politik Malaysia hari ini. Dinasti ini semakin jelas dalam UMNO, PKR dan DAP, berbanding MCA, MIC, Gerakan atau PAS. Paling menarik ialah dinasti dalam UMNO yang elemen dinastinya diblakukan secara bergilir. Manakala elemen dinasti dalam PR berlaku secara serentak dan sama ada dinasti akan berpanjangan hanya masa menentukan.

Menarik lagi dalam UMNO, elemen dinasti itu saling silih berganti antara Johor, Kedah dan Pahang. Anak Kedah sudah dua kali dilantik Presiden UMNO (Tunku Abdul Rahman), Pahang pun dua (tun Razak dan Najib). Johor pun dua (Dato' Onn dan Tun Hussein). Kata orang akar umbi sistem dinasti kekeluargaan ini akan hanya memperkecilkan ruang lingkup kekuasaan dan mengekang konsep sama rasa sama adil secara menyeluruh kepada segelintir orang dalam memilih pemimpin. Tidak banyak bezanya dengan sistem beraja yang berasaskan warisan turun-temurun dari anak ke bapa .

Sunday 5 December 2010

MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU MAHU KEKEBALAN RAJA MELAYU DIKEMBALIKAN.

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Mesyuarat tergempar Majlis Perundingan Melayu (MPM) hari ini menggesa kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan kekebalan raja-raja Melayu dikembalikan semula.

Ini juga bagi menjamin institusi terbabit terus dihormati oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini.

...Salah seorang ahli jawatankuasa pengasas MPM, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, martabat dan kedaulatan raja-raja Melayu perlu diperkukuhkan dengan mengembalikan imuniti atau kekebalan raja-raja Melayu.

Menurut beliau, raja-raja Melayu adalah 'payung' kestabilan dan keharmonian negara kerana baginda adalah ketua bagi negara ini.

''Sewajarnya, kuasa diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu untuk memastikan kestabilan rakyat.

''Untuk itu, MPM akan berbincang dengan pakar-pakar perundangan untuk mengkaji Perlembagaan supaya kekebalan raja-raja Melayu dapat dikembalikan semula,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Mingguan Malaysia selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar itu yang dihadiri hampir keseluruhan pengerusi dan presiden 136 NGO Melayu yang bergabung dengan MPM. (Dipetik daripada Mingguan Malaysia, 5 disember 2010).

Komen:
Semakin gawat nampaknya isu Ketuanan Melayu yang mula dicetukan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Imail baru-baru ini. Laporan polis telah dibuat oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). komen daripada akhbar-akhbar perdana dan parti-parti politik bercampur-bercampur. Ada yang pro dan tak kurang pula yang kontra.

Majlis Perundingan Melayu (MPM), melalui ahli jawatankuaasa pengasasnya Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kacar mahu kerajaan bertindak meminda semula Perlembagaan yang akan mengembalikan kekebalan raja dan mempertahankan konsep ketuanan Melayu.

Rakyat, khusunya orang Melayu tentu masih ingat mantan perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad (ketika itu Dato' Seri) membentangkan cadangan untuk meminda Perlembagaan yang berkait dengan penghapusan kekebalan raja Melayu dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan melalui Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan(Pindaan) 1993. Cadangan pindaan ini dibentangkan pada 18 Januari 1993. Ucapan penuh Dr. Mahathir boleh dibaca dalam blog Putera Bugis strangerecoba-puterabugis.blogspot.com bersama komennya yang disiarkan pada 15 Februari 2009.

Beza ucapan Dr. Mahathir dengan ucapan Dr. Wan Azizah adalah dari segi isinya.Dr. Mahathir kata maksud pindaan itu adalah untuk mengukuhkan kedudukan raja Melayu, sementara Dr. wan Azizah pula mahukan ketuanan Melayu "ditinggalkan."

Wallaua'lam!

Saturday 4 December 2010

ANWAR IBRAHIM, RAHIM BAKAR DAN DEWAN BAHASA


Mantan Pengerusi DBP, Dato' Abd. Rahim Bakar (kiri) bersama mantan Ketua Pengarah DBP Dato' Dr. Firdaus Abdullah dalam satu majlis Bulan Bahasa di Pekan, Pahang, tiga tahun lalu.


Waktu itu, jawatan Pengerusi Lembaga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) masih kosong. Dato' Abdul Rahim Bakar (kini Allahyarham) baru beberapa bulan menjadi penganggur setelah melepaskan jawatannya sebagai menteri besar Pahang.


Dalam satu temubual dengannya pada Sabtu, 18 Februari 2006, Rahim Bakar bercerita tentang bagaimana dia ditawarkan menjadi pengerusi DBP oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, ketika itu Anwar Menteri Pendidikan dalam kabinet Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun).


Menurut Rahim Bakar, Anwar Ibrahim menelfonnya di rumah. " Rahim, aku nak lantik kami jadi Pengerusi DBP." Selama hidup menganggur itu Rahim berkata dia "saya dah start writing. Saya mencari-cari apa yang harus saya buat untuk hidup yang ada lagi. Jadi cuba menulis sesuatu yang saya tidak biasa. Tapi saya rasa saya boleh buat. Namun pilihan pada waktu itu tidak banyak, hanya tercari-cari. Bisnes pun tidak ada modal juga. Saya tidak membentuk asas masa dalam bidang politik, tidak mengumpul harta walaupun dari segi ilmu dan pendedahan kepada bisnes itu ada.


"Mu ini benar ke Anwar?" tanya Rahim Bakar terkejut.

"Yalah, aku nak bagi tempat lain tak ada. Yang nampak takkan aku nak bagi engkau. DBPlah," jawab Anwar Ibrahim.

Rahim kata dia tak minta (jawatan itu). Dia tak pernah buat bahasa dan intelektual kerana ia bukan bidangnya. Dia tak pernah berkecimpung dan tak pernah mendekati dunia itu.

"Suahlah aku nak cari benda lain." tukas Anwar lagi.


Rahim minta tempoh seminggu untuk memikirkannya. Cukup seminggu Rahim tak telfon Anwar, tapi Anwar yang telfon Rahim, "macam mana ni. Dah semnggu dah ni."

"Susahlah, Oklah, aya terima," jawab Rahim.


Menurut Rahim dua jam sesudah panggilan telfon itu "datang budak dengan motosikal serah surat pelantikan. tak ada tarikh mula, hanya sekadar surat itu melantik saya. Saya pergi jumpa Dato' Hassan (Ketua Pengarah DBP waktu itu) di pejabat. Jadi saya ceritalah tentang surat itu. Oleh kerana tarikh mula pelantikan tak ada jadi saya dilantik mengikut tarikh surat."


DBP ketika itu adalah di bawah naungan Kementerian Pendidikan. Jadi Anwar adalah bos DBP. Dan Anwar dan Rahim kawan rapat, setidak-tidaknya dalam politik. Kata Rahim, Anwar banyak bantu kawan-kawan, terutama yang dalam kesusahan. Itu baiknya Anwar. Satu ketika, Anwar pernah menerima jemputan Prsiden Kesatuan Pelajar Institut Teknologi MARA masa itu, Ibrahim Ali untuk merasmikan satu majlis bahasa dan sastera.


Demikianlah, DBP mendapatkan Pengerusi barunya setelah hampir beberapa bulan kosong. Rahim nampaknya boleh menyeuaikan irinya dengan cepat dan Anwar mungkin gembira orang pilihannya serasi di DBP.


Amat diayangkan kalaulah Anwar masih berada dalam kabinet dan tidak buat hal, agaknya bagaimanalah lanskap poitik Malaysia hari ini. Apakah mungkin Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) dan Dato' Seri Najib Tun Razak berada di tempatnya masing-masing memimpin Barian Nasional dalam kerajaan sekarang? (Petikan temubual dengan Rahim Bakar dengan Ahmad Fadzil Yassin, Sabtu, 18 Februari 2006).



Friday 3 December 2010

TEGANG-TEGANG TUAN MELAYU!


Buku Raja dan Rakyat Berpisah Tiada setebal 272 halaman ini diterbitkan oleh Dato' Halim Ibrahim, 2010


Atas sebab politik orang Melayu bertegang-tegang leher sekarang. Belum pernah terjadi orang Melayu bercakaran sesama sendiri. Melayu berpecah...berpecah...dan berpecah. Bak kata pepatah Melayu: "Jong pecah yu yang kenyang." masalahnya yu ini bukan Melayu. Yu ini entah siapa-siapa.

Tup...tup.. timbul sebuah buku berjudul Raja dan Rakyat Berpisah Tiada. Buku ini bercerita tentang persepsi rakyat, khususnya Melayu terhadap raja dan sebaliknya, raja terhadap rakyat. Banyak yang disentuh dan banyak tokoh yang diminta pandangannya. Baik daripada kalangan istana mahupun daripada kalangan rakyat awam. Buku ini khusus bercerita tentang persepsi orang Melayu dan orang istana terhadap Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.


Buku ini ditulis oleh Dato' Halim Ibrahim, salah seorang Orang Besar Berlapan istana Pahang. Kata Halim, "...arus kemodenan menyaksikan keutuhan institusi beraja yang menjadi paksi kekuatan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman tersentak seketika tatkala masyarakat di peringkat nasional sejak kebelakangan ini mula mempersoalkan kedaulatan dan kredibiliti raja-raja Melayu sekarang. Justeru, buku ini merungkai secara terperinci bagaimana raja-raja keseluruhannya termasuk peranan Sultan Ahmad Shah berjaya menyatupadukan rakyat di negara ini."



Setelah membaca buku ini, ada iktibar yang boleh diambil, terutama oleh bangsa yang mengaku dirinya Melayu di samping menghayati apa yang disebut konsep ketuanan Melayu. Siapa tak sayang bangsanya, siapa tak mahu mengaku dirinya Melayu. Sultan Selangor baru-baru ini berperi-peri mahu masyarakat Malaysia, khususnya Melayu belajar daripada sejarah bahawa penjajah pun mengiktiraf "kemelayuan" orang Melayu, mengiktiraf ketuanan Melayu.
Buku ini disunting oleh Dato' Yaakob Isa dan Mazlina Abdul Majid. Kajian dan penyelidikan dilakukan oleh Ahmad Fadzil Yassin.

Alangkah malangnya jika ada orang Melayu malu mengakui dirinya Melayu dan mahu meninggalkan ketuanan Melayunya. Bukankah ini bebal namanya.


Thursday 2 December 2010

MENARA WARISAN: JADI KE TAK?

Mantan Perdana Menteri (PM) Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan sebagai berkata Menara Warisan 100 tingkat di atas tapak antara Stadium Merdeka dan Stadium Negara tak perlu buat lagilah. Ini reaksi Tun Mahathir atas cadangan Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dalam bajetnya di Parlimen baru-baru ini untuk membina Menara Warisan itu. Tugas mmbinanya nanti terletak di bahu Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang dipimpin CEOnya Tan Sri Hamad Kama Piah, yang dikatakan mempunyai kemampuan.

Ekoran daripada reaksi mantan PM itu Najib memberi komennya bahawa Menara Warisan itu akan diteruskan jika ia berbaloi dan mendatangkan faedah kepada rakyat serta PNB mampu membinanya. Sekarang, telah kedengaran komen pro dan kontra. Ada yang kata mantan PM tidak mahu PM sekarang mengatasi legasi yang ditinggalkannya. Maksudnya jangan ada siapa yang bertindak melampaui apa yang telah dilakukannya terdahulu. Ada pula yang kata PM sekarang mahu mengusahakan sesuatu yang bakal meninggalkn satu legasi yang lebih hebat daripada mantan PM.

Secara tersiratnya pandangan kedua-dua PM ini sedikit bercanggah. Mantan PM kata tak perlu buat dan PM yang sekarang kata buatlah kalau berbaloi pada rakyat. Jadi, jika PNB kata ia buat buat kerana cukup sumber dan mampu pula dan PNB akan buktikan pembinaannya akan menguntungkan dan memang berbaloi buat rakyat. PNB mungkin telah menghayati konsep 1Malaysia " rakyat didaulukan pencapaian diutamakan."

Menariknya semasa mantan PM membina projek mega seperti Menara Berkembar Petronas, lapangan terbang KLIA dan pembangunan Putrajaya rakyat umumnya setuju belaka dan tidak ada pula komen yang projek-projek seumpama itu berbaloi buat rakyat. ." Yalah, ketika itu mana ada slogan 1Malaysia seperti sekarang.

Jadi apa kata ambil jalan selamat sahajalah. Biarlah PNB teruskan projeknya itu. Tunggu butiran terperincinya, terutama dari prospek kewangan dan kepentingan jangka pnjangnya kepada rakyat. Menara Warisan memang bagus dari segi perhubungan awam antarabangsa. Maklumlah ia pun bakal dibina di kawasan yang bersejarah, di tempat yang dahulunya PM pertama Almarhum Tunku Abd. Rahman menisytiharkan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957.

Barangkali akan ada yang "risau" Menara Warisan, jika jadi dibina, akan menjadi bangunan tertinggi melebihi ketinggian Menara Berkembar Petronas.

Wednesday 1 December 2010

BILA MELAYU DIGESA TINGGALKAN KETUANAN MELAYU

DYMM Sultan Selangor dukacita. Wira Perkasa buat laporan polis. Menteri Dalam Negeri Dato' Sri Hishamuddin Tun Hussein memberi komen negatif. Semuanya gara-gara sebuah pertubuhan politik mahu "kita meningglkan ketuanan Melayu."

Jelasnya kini sudah ada pemimpin Melayu mahu orang Melayu meninggalkan konsep ketuanan Melayu. Tetapi ketuanan Melayu itu apa sebenarnya? Tak perlulah bijak pandai menerangkannya. Kerana semuanya ada dihuraikan dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia membabitkan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan Hak Istimewa orang Melayu.

Tidak pasti apa tujuan pemimpin politik ini menyarankan orang Melayu tinggalkan ketuanan Melayu. Barangkali seperti dikatakan banyak orang pemimpin Melayu ini mahu mempengaruhi orang bukan Melayu. Hanya yang dibimbangi pemimpin yang majoriti partinya terdiri daripada orang Melayu akan meninggalkannya kerana marah dengan pernyataannya. Manalah tahu satu ketika nanti pemimpin Melayu ini seperti kata pepatah Melayu " yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran."


Hari ini, 30 November 2010 Dr. Awang Sariyan melalui emelnya menyatakan sikapnya dengan berpuisi seperti berikut:

Maaf Hamba Bertanya

Maaf hamba bertanya:

Masihkah tuan hamba percaya?
tamadun kita lebih dua alaf usianya
sudah terbina sistem pemerintahannya
Wilayah takluknya hingga ke Senggora dan Langkasuka
Berita kebesarannya dan hubungan akrabnya sampai di Sri Lanka
Bahasanya menjadi wahana pentadbiran
juga bahasa dagang antara mancabangsa
dan bahasa para pendeta mengaji agama

Maaf hamba bertanya:

Masihkah tuan hamba percaya?
tamadun kita sudah cemerlang, gemilang dan terbilang
pada zaman kesultanannya
di serata pelosok alam Melayu wujud kerajaan dengan daulatnya
hidup bersendikan adat, adat bersendikan syarak
- Samudera Pasai, Melaka, Aceh, Patani, Kalimantan, Riau-Johor-Lingga
Dagang dan santeri memakmurkan iktisad dan ilmu bangsa
Ulama', pujangga dan pencerita menghasilkan karya
- perihal agama wahyu, ilmu duniawi, undang-undang peraturan, ketatanegaraan, kisah dan ceritera
dalam prosa dan puisi bermutu
Bahasa Melayu masyhur hingga ke Turki dan Parsi
dipelajari dan dikuasai menjadi syarat mendatangi negeri
diperikan menyamai bahasa Latin dan Perancis di benua atas angin

Maaf hamba bertanya:

Masihkah tuan hamba percaya?
tamadun yang kita warisi daripada keutuhan sejarah
kita jadikan asas kenegaraan kala menuntut pembebasan
agama tonggak kehidupan
bahasa wahana pemikiran
budaya teras peradaban
hak peribumi dikembalikan
hak saudara senegara diperkongsikan
raja nan adil dipertuankan

Maaf hamba bertanya:

Masihkah semua itu tuan hamba pertahankan
dalam mengendalikan watan?

~ Awang Sariyan aka Kembara Bahasa ~
30 November 2010, 10.00 malam
Beijing Shi

Terpegun juga kita membacanya. Nasib orang Melayu hari ini telah diperkutak-katik oleh sesetengah pemimpin Melayu yang sanggup menggadaikan nama banganya sendiri. Terfikir juga apakah ini semuanya berpunca daripada sikap jati diri kita, lantas

"maafkan hamba menukilkan:
di manakah letaknya jati diri
atau ia hanya satu refleksi asas terjelma dari denyutan jantung semula jadi
dari orang yang tak mengerti di mana dia berada kini
atau ia cuma lakonan di pentas yang tak berwajah
yang mewarnai degup jantungnya
yang dipenuhi kulat siasah
yang kotor lagi mengaibkan."

afyassin
1 disember 2010

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGER'S CORNER

POLITICIAN GAZEBO

INTERACTIVE