Wednesday, 22 June 2011

LID Memperkasa Hubungan Malaysia-Afrika?


 
 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin

LID perlu diteruskan kerana cara terbaik promosi Malaysia Utusan Malaysia, 20 Jun 2011
DIALOG Antarabangsa Langkawi (LID) 2011 di Putrajaya merupakan julung-julung kali menjadi tempat pertemuan ketua-ketua kerajaan yang kebanyakannya dari Afrika untuk berkongsi pengalaman dalam bidang kerajaan, ekonomi dan sosiopolitik.
Kehadiran peserta dialog ini menunjukkan LID yang dimulakan pada 1995 belum malap.
Ia menjadi semakin penting dan bermakna apabila pelbagai isu berlaku ekoran daripada politik Afrika Utara dan Asia Barat, pemulihan perlahan krisis kewangan dunia serta bermacam-macam bencana alam.
LID 2011 menyediakan peluang yang sesuai bagi Malaysia, yang memulakan dialog berkenaan pada 1995, dan rakannya di Afrika dan Caribbean untuk menangani cabaran ini dan mencari penyelesaian untuk kebaikan secara bersama.
Penganjuran LID perlu diteruskan kerana kejayaannya bergantung kepada pelbagai aspek lain seperti kebudayaan, sistem nilai sejagat, ciri-ciri perniagaan dan persekitaran ekonomi serta politik.
Kerana LID adalah satu-satunya forum yang mana ia bukan bermatlamat politik. Ia lebih tertumpu kepada sosioekonomi dan pembangunan ekonomi untuk melahirkan rangkaian menang-menang antara negara-negara yang mengambil bahagian.
Kesemua pemimpin dari negara miskin, sedang membangun dan membangun mengakui, dialog perkongsian pintar melalui LID memberi mereka peluang belajar daripada pengalaman negara lain dalam usaha memajukan negara sendiri.
Bagi mereka, Malaysia ialah 'guru' dan role model keamanan, kemajuan dan pembangunan pesat yang patut dicontohi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan LID 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya memuji forum ini kerana berjaya meningkatkan perdagangan antara Malaysia dan negara-negara Afrika dengan ketara sejak ia ditubuhkan pada 1995.
Jelas konsep perkongsian bestari dalam LID perlu terus dikekalkan. Ia bukan forum bual-bual kosong yang dianggap oleh sesetengah pihak yang tidak faham apa tujuan diadakan LID.
Paling mendapat banyak manfaat program LID sebelum ini ialah beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta negara ini apabila diberi peluang membangunkan infrastruktur dan industri di negara peserta.
Sebagaimana kata Najib yang juga Menteri Kewangan bahawa dialog ini telah dan akan terus menjadi platform untuk kita menyuarakan pandangan dan berkongsi pengalaman mengenai pelbagai isu berkaitan perniagaan, ekonomi dan pembangunan.
Niat baik Malaysia yang mahu melihat kemakmuran ekonomi di kalangan negara terlibat, menjadi satu kelebihan kepada usahawan Malaysia untuk membuat pelaburan.
Jika kita uruti sejarah LID sehingga sekarang, mungkin masih banyak yang perlu dipelajari negara peserta daripada Malaysia. Kita pula sudah tentu mahu meluaskan lagi empayar perdagangan.
Kita yakin LID perlu diteruskan kerana ia adalah cara terbaik untuk mempromosikan Malaysia serta membina hubungan dan mengukuhkan jalinan dengan negara peserta.(Dipetik daripada Utusan Malaysia,20 Jun 2011).

Komen: 
PM Najib kata LID bagus kerana boleh promosi Malaysia ke negara-negara Afrika. LID masih relevan, katanya. Begitu juga pandangan mantan PM, Tun Mahathir Mohamad. LID masih relevan. LID berikutnya akan diadakan semula di Langkawi, iaitu tempat dialog asalnya, sempena nama Langkawi. Idea mengadakan LID juga timbulnya daripada Tun Mahathir. Yang tak setuju LID diteruskan ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Katanya, LID tak relevan lagi. Barangkali Khairy sudah kaji untung ruginya mengadakan LID sepanjang tempoh dialog ini diadakan. Tak tahu pula kalau ada sebab-sebab tertentu mengapa Khairy kata tak relevan lagi?

Menariknya dua PM kata masih relevan. Mereka seolah-olah sudah sepakat mengatakan LID masih relevan. Malah pada akhir sidang PM Najib berhasrat hantar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala ke Afrika membantu negara itu menerapkan kemungkinan mewujudkan perkongsian pintar antara Malaysia dengan negara-negara Afrika yang terlibat dalam Dialog ini. Nampaknya ramai perwkilan tepuk tangan apabila PM Najib sebutkan perkara ini. Malah secara berjenaka Njib sebut bahawa Idris dipinjamkan saja dan bukan "untuk dipinjam terus" atau kalau ikut istilah orang bola sekarang, "Idris is not for sale".

Soalnya betul ke negara-negara Afrika ini serius hendak minta bntuan Malaysia membangunkan smart partnership ini atau setakat kata pepatah Melayu "menanam tebu di bibir sahaja." Soalnya barangkali ada dalam kalangan negara-negara Afrika itu sendiri yang mempersoalkan relevan tidaknya LID ini lagi setelah sekian kali ia diadakan.  Kalau pasal perkongsian pintar, bukankah lebih bik mereka "berkiblat" ke negara-negara Arab yang bnyk duit atau ke negara-negara Eropah yang sudah maju? Atau mereka mendekatkn diri ke negara-negara di Asia Timur, seperti Jepun, Korea dan China. Kecuali dua PM ini tidak banyak yang kita dengar pandangan pemimpin Malaysia yang lain. Mantan PM Tun Abdullah hanya komen "berpuas hati" dengan perjalanan persidangan. Apalagi yang dapat diucapkn kecuali pendapat begitu dalam persidangan sebesar ini. 
Fikir punya fikir mesti ada sebab Khairy menentang arus berkenaan LID ini. Mesti ada sebab yang lebih serius. Masalah Untung rugi LID bagi Malaysia sudah barang tentu menjdi punca utama. Masalah penyertaan mungkin dipersoalkan. Mungkin tak banyak untungnya buat Malaysia. Kalau setakat hendak promosi Malaysia ke negara-negara berkenaan, ada banyak cara yang lebih berkesan boleh dilkukan. Malah apakah setelah lebih setengah abd merdeka Malaysia masih lagi berada pada tahap "promosi" sahaja. Sedangkan mempromosi Malaysia ke negara-negara Afrika ini sudah bermula ketika Singapura berada dalam Malaysia lagi. Umpamanya sektor pelncongan dan pelaburan boleh memainkan peranan tanpa perlu menganjurkan satu dialog yang bertaraf internasional begitu dan melibatkan kos yang relatif tinggi. 

Isu relevan atau tidaknya LID ini perlu dikaji lebih mendalam. Malah ada pihak yang kata soal perkongsian pintr ini sudah lama didengar tetapi masih juga "kita menyebutnya hingga ke hari ini. Seolah-olah selama ini ia hanyalah retorik semata-mata."
Tak tahulah apa sebenarnya seperti tidak wujud "common understanding" antara dua PM dengan Khairy. Kenapa ya? Implikasinya kepada UMNO sendiri, khususnya, dan kerajaan pusat umumnya, agak besar juga. Bagaikan tidak pernah ada keinginan untuk menyatukan semua kelompok yang berkepentingan dalam parti Melayu terbesar itu, kalau dilihat daripda sudut kepartianlah. Seolah-olah masalah perpecahan masih lagi belum dapat diselesaikan. Inilah impaknya !

1 comment:

  1. Khairy represents the young generation in UMNO. He has an independent mind, not necessarily in tune with the older generation. UMNO needs to clarify to the young members the benefits the nation received thus far from LID. If it is just for promotion exercise, that alone will not suffice and in fact not be justified.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGER'S CORNER

POLITICIAN GAZEBO

INTERACTIVE