Thursday, 30 December 2010

AYO KALAHKAN MALINGSIA DI STADIUM BUNG KARNO!


Poster di Stadium Bung Karno di Jakarta ini menunjukkan segala-galanya tentang semangat kesukanan penonton Indonesia.

Poster yang dipamerkan penonton Indonesia ketika berlagsungnya pusingan kedua Final Bola Sepak Piala Suzuki 29 Disember lalu di Stadium Bung Karno, Jakarta menunjukkan segala-galanya. Sepeti tidak ada seikit pun sikap kesukanan dan adab ssusila seperti yang diharapkan Presidennya, Susilo Bambang Yudhiyono ( SBY).

Poster yang memaparkan "Ayo .....kita kalahkan "Malingsia" jelas menghina. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang kurang mengerti kata "maling" itu pasti tersentak apabila mengetahui ia bermaksud "pencuri dari Malaysia."

Rakyat Malaysia kini berdepan dengan dua tetangga yang kurang akrab dari sudut persahabatan. Singapura di hujung tanah dan Indonesia jauh ke selatan. Apatah lagi Indonesia, terutamanya yang dianggap Malaysia dua bangsa serumpun dan berbudaya sama. Bahasanya mirip, budayanya mirip. Orang Indonesia makan nasi, orang Malaysia pun makan nasi. Orang Indonesia makan tempe, orang Malaysia pun makan tempe. Orang Indonesia majoritinya beragama Islam. Orang malaysia pun majoritinya beragama Islam.

Mengapa begini jadinya. Sejarah menunjukkan Malaysia dan Indonesia pada satu ketika di bawah naungan satu kesultanan Melayu. Bagi pelajar-pelajar Malaysia yang pernah menuntut di sana, mungkin susah mahu melupakan cara mereka diejek, terutama sewaktu tamatnya konfrontasi Ganyang Malaysia oleh Indonesia pada zaman Soekarno. Dikatakan Soekarno, presiden pertama Indonesai begitu dipengaruhi Pati Komunis Indonesia, pimpinan D.N. Aidit. Masih ingat era konfrontasi 1963 - 1965?

Bekas-bekas pelajar Malaysia yang kini sudah dikenali di Malayia, seperti Yahya Ismail, Dato' Baharuddin Zainal, Dato' M. Noor Azam, Tan Sri Mohamad Rahmat, Dato' Seri Dr. Sulaiman Mphamad atau yang sama waktu dengannya tidak begitu mudah melupakan kata-kata ejekan seperti "Rumah Sakit Korban Lelaki" (untuk hospital beralin) dan lain-lain. Tak sedap sangat bunyinya kalau mahu ditulis semua kata ejekan itu.

Dan apabila poster ini dibentangkan dalam stadium Bung Karno malam itu, apakah implikasinya kepada seluruh dua bangsa serumpun ini? Inikah semangat yang diinginkan SBY. Dan baru sahaja rakyat Malaysia dikejutkan dengan aksi baling najis di Kedutaan Malaysia di Jakarta tidak berapa lama dulu. Ini belum lagi reaksi rakyat Indonesia yang menuduh banyak amak rakyat mereka di dedera di negeri ini.

tetapi mahu dikatakan apa? Bukankah orang Malaysia terkenal dengan sikap mengalahnya, "Tak apalah, apa orang lain kata." Orang Malaysia juga kan terkenal dengan sikap "tolak ansur"nya. Apa sudah hubungan kerjasama akrab antara persatuan wartawan Indonesia dengan persatuan wartawan Malaysiahanya indah di atas kertas sahaja? Pengarah eksekutif The New Straits Time, Dato' Ahmad Talib mungkin ada jawapannya.

3 comments:

  1. tidak aneh kalau ada yang kata kita ini orang malingsia. Yang kata itu menunjukkan budi pekerti yang amat terpuji dari kacamata mereka sendiri.

    ReplyDelete
  2. fikir punya fikir bagus juga tanyakan siapa maling, siapa perampok dan siapa malingsia?

    ReplyDelete
  3. Geram juga bila tengok kain rentang di Jakarta yang bertulis Malingsia. begitu rendah ke mentaliti saduara kita di Jakarta itu. Tak tahu bersopan langsung. Ibu bapa saya keturunan Jawa. Meraka tahu apa erti maling. Sungguh tak sopan. rezeki cari kat Malaysia. Kemudian anggap orang sini maling. Siapa maling?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGER'S CORNER

POLITICIAN GAZEBO

INTERACTIVE