Seronok juga, selepas solat subuh kita dihidangkan dengan suara dari akhbar harian. Maksudnya penyiar media elektronik TV membacakan laporan berita pilihan yang termuat dalam pelbagai akhbar harian.
TV3, sebuah TV swasta menyiarkan berita terpilih-pilih dari jam 6.30 -7.00, dan disambung selepas buletin pagi setiap hari kerja. TV1 pula setiap hari mulai 7.00 pagi. Berita yang disiarkan terpilih-pilih. TV3 cenderung memberi keutamaan kepada akhbar-akhbar dari kumpulan yang sama, iaitu Berita harian, The New Straits Times dan Harian Metro. Manakala TV1 memberi liputan terpilih-pilih dari semua akhbar haria, terutama Utusan Malaysia dan Kosmo. Turut dipilih berita dari The Star dan Sinar Harian.
Bersasarkan pola pemiihan berita, ternyata TV1 cenderung menyentuh berita-berita politik, sementara TV3 mengelak daripada bercerita tentang politik, kecuali perlu. Mungkin pemilihan berita ini ada kaitannya dengan arahan pihak atasan. Menariknya, penyiar TV3 membaca berita pilhan sambil mengulas. TV1 hanya membaca laporan seperti yang ditulis tanpa tanpa ulasan. Sebarang ulasan dibuat di akhir laporan.
TV1 lazimnya membaca berita pilihan dalam bahasa Kebangsaan, tidak kira berita itu daripada akhbar berbahasa Inggeris, Cina atau Tamil. TV3 pula lain ceritanya. Kalau berita itu daripada akhbar berbahasa Inggeris, maka penyiar akan membacanya dalam bahasa Inggeris, mengikut bahasa akhbar. Kadang-kadang kedengaran janggal pula penggunan bahasa Inggerisnya. Ada kalanya penyiar seperti berlomba-lomba mahu tunjuk bahasa Inggeris siapa yang lebih Inggeris.
Bukankah elok rasanya ikut sahaja cara penyiar TV1 membaca berita pilihannya langsung dalam bahasa kebangsaan. Tidklah janggal sangat bunyinya kalau penyiar kurang petah berbahasa Inggeris. Atau kalau mahu juga membacanya ikut bahasa akhbar itu, pilihlah penyiar yang lebih petah bertutur. Tak ada slang, tak ada twang. Apatah lagi kalau slangnya seperti orang sedang bercakap Melayu saja.
Elakkanlah daripada penonton menjadi bosan mahu mengikuti laporan daripada akhbar. Bukan ramai suka "sarapan pagi" dengan juadah berita akhbar selepas solat subuh!
FRIDAY NOTES (20/12/2024) FROM THE QURAN - NO ONE KNOWS THE FUTURE, NO ONE
KNOWS THE UNSEEN
-
*Non-Muslims can skip this. But it is short and maybe useful. *
*Surah 31:34 **إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥ عِلْمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ
ٱلْغَيْثَ وَيَعْل...
1 day ago
Bercerita tentang akses brita ini teringat pula tentang penyiar media elektronik ini. Saya teruja untuk mengikuti pendirian Astro Awani. Buletinnya tidak memihak, memberi ruang buat BN dan PR. Mungkin empasisnya sedikit berbeza. Bolehkah media elektronik yang lain ikuti jejak yang satu ini. Ini baru berita, tidak sekadar berita baru.Barulah fair. Kita dapat akses berita yang pro dan yang kontra.
ReplyDelete