Ulasan bloger A. Kadir Jasin 2 Januari 2011, bahawa pengedaran akhbar arus perdana prokerajaan semakin menguncup dan kegiatan “channel switching” di kalangan penonton TV dan pendengar radio semakin sering ada juga benarnya.
Kadir memetik Perangkaan Biro Audit Pengedaran (Audit Bureau of Circulations/ABC) bagi tahun audit berakhir 30 Jun, 2010, bahawa penjualan The Star jatuh daripada 295,479 kepada 286,409 (-3.1 peratus), New Straits Times daripada 120,770 kepada 109,341 (-9.5 peratus), Utusan Malaysia daripada 181,346 kepada 170,558 (-5.9 peratus) dan Berita Harian daripada 183,187 kepada 160,597 (-28.7 peratus).
Jualan Utusan dan BH dikatakan “dicuri” oleh dua akhbar ringan iaitu Harian Metro dan Kosmo. Kosmo mencatatkan peningkatan paling tinggi (naik 32.9 peratus) daripada 129,633 kepada 172,252 manakala Harian Metro nak 11.8 peratus kepada 378,354 naskhah.
Sayang sekali statistik untuk akhbar bukan arus perdana, atau apa yang diistilahkan sebagai "akbar nyamuk" oleh banyak pihak tidak diketengahkan. jika ada tentu bagus dibuat perbandingan. Media mana satu yang paling digemari?
Apakah erti statistik ini kepada pembentukan pendapat umum rakyat? Satu yang jelas ialah rakyat sudah mulai bosan dengan sogokan maklumat bersifat propaganda seperti yang diebut Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hata Wahari, dan dipetik Temasek Review Singapura hari ini. Barangkali rakyat sudah muak dipertontonkan "asyik-asyik wajah yang sama setiap malam dan setiap hari di dada akhbar atau di rangkaian TV.
Bayangkan, di kaca TV, setiap malam dalam program buletin prime-timenya tidak ada wajah lain yang ditonton, sedangkan isu yang dikemukakan tidaklah begitu penting dan mendesak. Alangkah sayangnya waktu penting lagi prime-time itu tidak dimanfaatkan untuk menyiarkan isu-isu yang lebih pokok demi rakyat. Atau memang sudah menjadi dasar TV itu untuk menonjolkan tokoh berbandings isu?
Dalam kenyataannya Hata berkata, " The union also asks editors of mainstream media especially Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian and the The Star to play the role of disseminating information to the public and not as propaganda machinery of the government, political parties, or any individual.”
Tidak pasti ini kenyataan peribadi Hata, tetapi memandangkan beliau adalah presiden NUJ, maka beliau mewakili kesatuan wartawan. Apapun, bukankah lebih baik media arus perdana, tak kisahlah, cetakan atau elektronik, mula membiasakan diri dengan soal isu berbanding tokoh seperti yang telah dibudayakan oleh kebanyakan media Barat. Ini tentunya akan membuatkan rakyat lebih selesa dan informatif dan tidak lagi melakukan "channels switching" seperti yang dikatakan Kadir.
MAYBE RAFIZI IS BUSY PLAYING WITH THE COINS IN HIS POCKET?
-
*You can listen to the message here.*
5 hours ago
Berikanlah perhatian kepada masalah rakyat bawahan dan tidak berpropaganda dengan wajah-wajah pemimpin, tak kiralah siapa yang memimpin di atas. Masalah rakyat didahulukan, penyelesaian rakyat diutamakan. Baru fair! Statitistik itu adalah bukti jelas apa yang rakyat perlukan. Jangan mare!
ReplyDeleteLebih munasabah kalau masalah isu yang diberatkan, bukannya menonjolkan imej pemimpin. Bukankh lebih baik isu yang dibangkitkan dapat dimanfaatkan rakyat bawahan. Mereka wajib menerima yang terbaik daripada kerajaan yang memerintah.
ReplyDeleteTapi jangan lupa jumlah edaran sesuatu suratkabar belum tentu menunjukkan jumlah pembaca. Biasanya suratkabar Melayu jumlah pembaca per naskhah lebih ramai kalau dibandingkan dengan jumlah pembaca suratkabar bukan Melayu.
ReplyDeleteOleh kerana jumlah audien media baru dalam bentuk blog menjangkau puluhan ribu malah ratusan ribu, maka ada baiknya media tradisi seperti radio, tv dan suratkabar mencari pendekatan baru dalam menampaikan info mereka.
ReplyDeleteWalaupun kandungan blog dan kandungan meia tradisi sudah disepadukan di sesetengah media, tapi belum ada kesannya kepada majoriti pembaca.
Mungkin cara penyampaian blog lebih bersahaja,lebih agresif dan kasar tanpa memikirkan sangat tatsusila dan kesantunan berbahasa. Sedangkan untuk media tradisi sopan santun berbahasa masih menjadi satu yang perlu. Batas dan sempadan susila masih dijaga.
Contohnya, ada blog yang mengandungi tulisan yang berbentuk maki hamun dan kadang-kadang ada yang memuji melampau-lampau.Memang lumrah manusia sukakan cara begini. Yang sopan dan yang bersusila tak ramai yang membacanya!
Tak ada umph!
Sebagai wartawan, eloklah pegang etika profesion kewartawanan itu sendiri, iaitu tidk berpihak. Walaupun wartawan di negeri ini, seperti halnya di negara-nagara lain lazimnya wartawan perlu ikut telunjuk pemilik suratkabar tempat wartawan itu bekerja.
ReplyDeleteTidak jelas pegangan Presiden NUJ sama ada beliau ikut arahan pemilik suratkabar atau ada agenda tersembunyi peribadinya sendiri. Harap-harap beliau tidak mempunyai agenda tersembunyi peribadi!