Novel Interlok akan terus kekal menjadi teks wajib mata pelajaran kesusasteraan di peringkat SPM. Itupun setelah beberapa pindaan dibuat tanpa menjejaskan jalan cerita (story line)nya. Pengarang novel ini, Dato' Abdullah Hussein akan menerima berita ini mungkin dengan perasaan bercampur-campur (mixed feeling).Beliau yang senang dipanggil Bong Dollah oleh bekas rakan sekerjanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) barangkali teruja bagaimanalah nanti pindaan yang dicadangkan anggota jawatankuasa pengkaji novel ini. Bagaimanalah nanti pindaan itu dilakukan tanpa menjejaskan jalan ceritanya.
Tanyalah kepada sebarang pengarang fiksyen adakah mereka dengan mudah menerima pindaan kepada karya ciptaannya semata-mata kerana ingin "menenangkan" sekumpulan orang yang kurang senang dengan sebahagian daripada kandungan buku itu. Jika melihat pada sikap Bong Dollah agak sukar beliau menerima sebarang pindaan. Tetapi tak tahulah bagaimana sikap Bng Dollah ketika in, terutama apabila berita ini sampai kepadanya dalam keadaan kesihatan yang dialaminya sekarang.
Masih teringat cerita seorang pengarang yang manuskripnya mahu dipinda oleh editor sebuah penerbit terbear di negara ini. Pengrang itu, kini seorang profesor, memberi amaran kepada editor berkenaan, jangan ubah sebarang perkataan atau ayat dalam manuskrip yang mahu diterbitkan tanpa izinnya. Beliau menulis secara hitam putih kepada pihak pengurusan supaya hati-hati dengan manuskripnya.
Seorang lagi pengarang telah mengambil balik manuskrip yang mahu diterbitkan oleh sebuah penerbitan gara-gara penerbit itu mahu menggantikan satu perkataan dengan apa yang difikirkan oleh editornya lebih sesuai. Akhirnya manuskrip pengarang itu bersedia diterbitkan oleh satu lagi penerbit tanpa membuat sebarang perubahan.Dalam tak sampai setahun buku itu dicetak tiga kali.
Tak tahulah bagaimana Bong Dollah akan membuat keputusan,sama ada beliau setuju dengan pindaan atau menolaknya. Percayalah bagi seorang pengarang apa yang dicipta dan dilahirkan adalah "anak"nya yang walau hodoh atau cantik sekali paras wajahnya, ia tetap anak yang disayanginya.
Hanyalah kerana ingin memuaskan sesetangah golongan yang berkepentingan apakah sanggup sang anak boleh dibuat atau dilakukan sekehendak hati. Sedangkan dari sudut sejarah apa yang disebut dalam novel itu adalah sebuah tamadun besar dunia. Hayatilah perasaan seorang pengarang, terutama apa yang dihasilkannya itu diasaskan kepada ilham, inspirasi dan apirasi akal budinya.
MAYBE RAFIZI IS BUSY PLAYING WITH THE COINS IN HIS POCKET?
-
*You can listen to the message here.*
5 hours ago
Apalah agaknya perasaan Sasterawan Negara Dato' Abdullah Hussein apabila melihat karyanya mahu dipinda hanya kerana... Tak sampai hati aku nak teruskan kata-kata!
ReplyDeleteTerima sahajalah Dato' demi perpaduan dan politik negara. Interlok kan cuma karya rekaan.
ReplyDelete