Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Seminggu dua ini sibuk orang bercerita tentang cadangan MB Selangor nak pinda Perlembagaan Negeri yang berkait dengan kuasa perkenan Baginda Sultan dan nasihat MB Selangor.
Cerita berkisar kepada tafsiran jika Perlembagaan dipinda. Semuanya kerana kontraversi pelantikan SUK yang baru. Dato' Muhammad Khusrin. MB tak restui tetapi Sultan sudah berkenan. Teringat pula dengan pepatah orang tua-tua: Rumah dah siap tetapi pahat masih berbunyi.
Akibatnya, rakyat akar umbi Selangor pening lalat. Hingga ke saat ini MB Selangor tak berganjak untuk meneruskan pindaan . "masih ngotot terus, " MB kita ini, kata orang Jawa.
Rakyat diminta buat pilihan. Sokonglah pindaan untuk tunjuk kesetiaan kepada raja. Pembangknag pun kata kalau boikot sidang ia menunjukkan mereka setia kepada raja. Maknanya sokong pindaan atau boikot sidang rakyat tetap setia menyokong raja.
Inilah cakap di kedai kopi dan di warong. Tetapi ada pula yang kata tunggu dahulu dan lihat apa ada muslihat di sebalik pindaab. Kata mereka kaji dahulu sebab akibatnya jika pindaan mahu diakukan. Manalah tahu takut pisang berbuah dua kali. Mungkin mereka merujuk kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan tahun 1993 dahulu. Bagi mereka raja adalah ibarat payung rakyat dan perlu dipertahankan.Dikatakan ada kalangan rakyat yang kurang senang dengan pindaan tahun 1993 itu.
Rakyat pening kerana melalui pindaan itu perkenan raja diperlukan setelah mendapat nasihat MB, selaku ketua eksekutif dalam kerajaan yang memerintah. Baguslah, kalau nasihat MB bebas daripada pengaruh yang hanya ibarat "sokong membawa rebah". Apa sahaja boleh terjadi kepada nasihat MB, kerana MB bukan mahsum. Bukan tak mungkin MB boleh menerima bisikan yang boleh membawa rakyat lebih pening kepala.
Dipendekkan cerita, beginilah. rakyat akar umbi mahu jalan tengah jika pindaan mahu diadakan juga. Dalam pindaan semangat Perlembagaan negeri perlu dipertahan. Adakanlah sidang tergempar seperti yang dirancang. Berikanlah keyakinan kepada raja untuk mendapatkan perkenan Baginda. MB boleh beri nasihat, malah perlu, tetapi biarlah Baginda yang menentukan. Titah perkenan raja menjadi hak raja, with or without nasihat MB.
Dengan cara begini rakyat akar umbi tidak lagi pening kepala. Biarkanlah mereka tenang mencari rezeki harian mereka, tak kiralah apa pun kerja mereka!
Wakil rakyat Selangor bertindak bijaklah. Kan YB semua wakil rakyat kami. Sultan payung kami. Pertahankan institusi istana. Bertindak bijak.MB boleh nasihat tetapi biarlah sultan menjadi penentu.
ReplyDeleteMB Khalid akan menang besar kalau pindaan kepada perlembagaan diluluskan dalam sdiang tergempar DUN Selangor 24 Januari ini. Satu peristiwa bersejarah.
ReplyDeleteMakna kata MB Khalid dah tewaskan mantan PM Tun Dr. Mahathir yang mencadangkan pindaan perlembagaan perekutuan tahun 1993. Soal sama ada pindaan itu sah di sisi Perlembagaan persekutuan bukan soalnya.
MB Khalid dah berjaya mendapatkan persetujuan sebulat suara dalam DUN, dengan syarat wakil-wakil PAS dan DAP turut menyokong. Dan wakil rakyat BN tidak boikot sidang.
Paling penting MB Khalid gah di mata rakyat Selangor dan ahli-ahli PKR Selangor. Satu kemenangan buat MB Khalid dalam perebutan pengaruh antara beliau dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang sedang mengintai jawatan MB Selangor itu.
MB Khalid's refusal to budge on Khusairi's appointment as Selangor State Secretary was a blow to some people in Selangor especialy to those who still harbour the past colonial relics. One of them is the existing Malaysian Civil Service Department rules and regulations.
ReplyDeleteOn the other hand, to the mind of some Selangor citizens MB Khalid is just entertaining his own wishful thinking. Either way the people of selangor would have to bare the brunt of Khalid's infamous action, especially when it involves the palace.
Serahkan kepada masa untuk tentukan kedudukan SUK Selangor yang baru. Bagilah beliau peluang untuk bertugas demi rakyat Selangor. Orang politik buat kerja polirik. Orang pentadbiran buat kerja pentadbiran. Jangan campur-aduk politik dengan pentadbiran.
ReplyDeleteSelangor oh my Selangor! What is happening to you? Do something about it Tan Sri Khalid Ibrahim. You are our Menteri Besar. Do not leave us in the lurch.
ReplyDeleteSemoga selepas peristiwa perlantikan SUK Kerajaan Selangor, kepala semua ahli politik di negeri itu akan kembali dingin. Setelah itu bekerjalah untuk rakyat. Paling penting jagalah adab sopan, tata susila dan budi bahasa.
ReplyDeleteJadilah ahli poiitik abad 21 dan jangan sentuh hal-hal sensitif setiap kaum, khususnya dalam bidang agama dan rukun sosial.
Tak ada faedahnya menyakiti hati orang lain.
Alas! After more than two years in power, I have not seen the government making any real effort to fulfill what it promised in 2008 for the selangor rakyat. I presume something big and substantial will be coming our way. Stop politicking please. We, the people, are hungry for real developments. Keep the rhetorics to your small political community .
ReplyDeleteDYMM Sultan Selangor telah perkenan DUN Selangor mengadakan sidang tergemparnya 24 Jan ini. Tentunya sidang ini akan menarik minat seluruh rakyat di Malaysia. Apakah wakil-wakil rakyat daripada BN akan boikot atau hadir. Setakat ini mereka akan boikot.
ReplyDeleteElok rasanya mereka hadir dan cari kompromi dengan kerajaan terhadap usul yang akan dibentangkan yang ada hubunganya dengan pindaan Perlembagaan. Yang penting kuasa Sultan eloklah dikembalikan. Naihat MB? Ya terserah!
Makin tak sabar menunggu tarikh bersejarah itu.
What about the role of the wives of the Menteris Besar of the current Pakatan Rakyat state governments in Kelantan, Kedah and Selangor as well as the Chief Minister of Penang?
ReplyDeleteWhat about? ..and so what?
ReplyDeleteNice info Travel umroh murah Jakarta
ReplyDelete