Friday, 7 January 2011

DI ISTANA MEREKA BERKUMPUL: NAJIB-HADI-MUHYIDDIN-NIK AZIZ?!


Pemimpin PAS dalam satu majlis makan bersama.

Biasanya pertemuan pemimpin dua parti Melayu terbesar akan menjadi berita hangat dan panas apalagi dalam suasana politik sekarang ini. Kenapa tidak? Dilaporkan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengan Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan MB Kelantan Dato' Nik Aziz Nik Mat di Istana Terengganu Kuala Lumpur 24 Disember 2010 lalu.

Turut hadir Setiausaha Agung PAS Mustaffa Ali. Menurut ceritanya mereka hadir atas titah perintah  Yang Dipertuan Agong. Dikatakan juga mantan Presiden UMNO, Tun Abdullah Badawi dititahkan Yang Dipertuan Agong mengundang Nik Aziz ke istana.

Bagaimanapun, berita pertemuan ini tidak dibesarkan. Malah ia hilang sehari dua kemudian. Timbul pula misteri. Kenapa pertemuan yang dianggap amat signifikan dalam politik nasional dipandang sepi sahaja? Aau ada pihak tertentu yang cuba cover-up story.Tidak ada penjelasan daripada UMNO, sedangkan penjelasan PAS hanyalah sekadar mereka memenuhi dan menghormati titah undangan Yang Dipertuan Agong.

Pelik juga. Kalau hadir di istana semata-mata menghormati raja, takkanlah sampai pertemuan diadakan serentak dengan pemimpin UMNO pula. Suasana politik hari ini tidak memungkinkan pertemuan serentak dua parti bertelagah itu. Dan hebatnya pertemuan diadakan di Istana pula yang turut berangkat Baginda Yang Dipertuan Agong.

Tidakkah ini satu pertemuan misteri? Anehnya tak banyak bloger  yang "terhidu" cerita ini. Atau bloger buat-buat tak terhidu kerana ada pihak yang arahkan supaya mereka tak terhidu. Lucu juga ya! Bloger MSO ada buat cerita dalam blognya yang disiarkan hari ini. Dan alang-alang selok pekasam kenapa tak undang Presiden PKR sekali, Dato' Seri Wan Azizah Ismail atau pemimpin de-factonya, Dato' seri Anwar Ibrahim?

Kan ini satu pertemuan misteri? Hasil pertemuan tidak diumumkan. Takkanlah semua pemimpin besar yang hadir itu tak bercakap sepatah pun. Masakan mereka hanya saling berpandangan. Sedangkan turut berangkat mungkin  Yang Dipertuan Agong

Kan ini satu misteri? Mungkin kot mereka bincangkan bagaimana nak satukah orang Melayu. Dan selepas ini akan dipanggillah semua NGO Melayu untuk berbincang. Dan mungkin juga mereka berbincang tentang kemelut politik di Selangor dan Pulau Pinang yang banyak menyusahkan orang Melayu.

Yang jelas ialah  Yang Dipertuan Agong tanpa bertitah seribu bahasa. Najib dan Muhyiddin tidak bercakap seribu bahasa. Hadi serta Nik Aziz tak bercakap seribu bahasa.  Mantan Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi, jika turut hadir tanpa bercakap seribu bahasa. Hanya Nik Aziz bercakap dalam sidang media dua hari kemudian melalui teks yang telah disediakan. Beliau hadir untuk menghormati titah perintah Tuanku. Hadi pun berkata begitu. Manakala Mustaffa yang duduk di sebelah kelihatan seperti tersenyum.

4 comments:

  1. Dikirain, politik di Malaysia gak segawat politik di Indonesia. Kayaknya, Pak Najib senasib dengan SBY di Jakarta. Suhu meningkat terusssssss!

    ReplyDelete
  2. Nak jadi cerita kot. Dalam dunia politik, begitulah. Kemudian sibuklah menafikan. Salah kutiplah, tak tepat kutiplah.

    ReplyDelete
  3. Zakaria Mahmud, Seberang Jaya9:21 pm, January 07, 2011

    Saya percaya pertemuan pemimpin dua parti politik orang Melayu yang disaksikan Yang Dipertuan Agong 24 Disember lalu berkait rapat dengan kegelisahan orang Melayu.

    Mungkin orang Melayu tidak mahu Peristiwa Malayan Union berlaku lagi. Kalau dahulu Melayu berdepan dengan penjajah, sekarang orang Melayu berdepan dengan survival.

    Pendedahan Wikileaks tentang hubungan dua negara jiran melibatkan Malaysia dan Singapura menambah buruk keadaan.

    Ke mana Melayu akan pergi jika negara tanah tumpah darahnya dirobek lumat oleh konflik politik fatal yang akhirnya menjerumuskan negara ke lembah anarki.

    Apabila sampai masa itu Perlembagaan tidak punya erti apa-apa lagi.

    ReplyDelete
  4. Nampaknya komen PM Dato' Seri Najib, Dato' Seri Hadi Awang dan MB Kelantan Dato' Nik Aziz sama sahaja. Semuanya mahu menghormati undanngan Yang Dipertuan Agong ke Istana Terengganu.

    Tan Sri Muhyiddin belum bagi komen. Mungkin jawapan serupa dan nada sama. Saya percaya ini mesti ada kaitannya dengan isu ketuanan Melayu yang akhir-akhir ibi dihebohkan.

    Masakan pokok boleh bergoyang kalau angin tak tiup. Agaknya apalah pula yang difikirkan Dato' Seri Wan Azizah, Presiden PKR dan suaminya, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

    Saya lebih tertarik nak dengar komen Ahli Parlimen Kulim, YB Zulkifli Noordin. Nak tunggu juga komen bernas YB!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGER'S CORNER

POLITICIAN GAZEBO

INTERACTIVE