Monday, 10 January 2011

MENINJAU BAGAIMANA AGAKNYA LANSKAP POLITIK MALAYA DI AMBANG MERDEKA?

Khabarnya Ketua Pemuda Barisan Nasional, YB Khairy Jamaluddin, tidak akan mempertahankan jawatan wakil rakyat Rembau. Beliau nak belajar lagi. Dalam masa yang sama semua orang dah tahu Dato' Mukriz Mahathir yang kalah dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO dan kini timbalan menteri, telah dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Seorang lagi calon jawatan Pemuda UMNO yang kalah, Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo kini sedang berdepan dengan kes mahkamah dan telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Kemudian Tan Sri Mohd. Isa Abd. Samad, ADUN Bagan pinang, yang pernah dikenakan tindakan disiplin oleh UMNO Malaysia beberapa ketika dahulu kini dilantik menjadi Pengerusi FELDA menggantikan Tan Sri Yusoff Nor.Sementara Tan Sri Syed Hmid Albar dilantik pula menjadi pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Darat atau SPAD.

Perkembangan terbaru dalam UMNO ini menunjukkan perubahan ketara dalam lanskap poliik UMONO. Bagaikan pucuk pimpinan UMNO sedang bermain catur. Bagaikan pucuk pimpinan UMNO sedang merancang strategi dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang kini sedang hangat diperkatakan.

Namun ada yang kata pertemuan miteri dua pemimpin UMNO dan dua pemimpin PAS di Istana Terengganu di Kuala Lumpur yang dihadiri Yang DIpertuan Agong merupakan induk kepada semua persoalan dalam politik nasional hari ini. Peristiwa itu akan membawa kepada lanskap politik yang paling menentukan arah tuju politik nasioal dalam masa terdekat ini.

Persidangan Raja-Raja Melayu pertama diadakan di Kuala Kangsar tahun 1897.Foto Arkib.


Dalam pada itu apa pula peranan yang dimainkan mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam pertemuan ini. Denganya, Abdullah yang dititahkan Yang Dipertuan Agong menjemput MB Kelantan Dato' Seri Nik Aziz Nik Mat ke pertemuan di Istana itu.

Penganalisis politik cenderung berpandangan perkembangan politik sekarang ini menjurus kepada perkembangan politik ketika Malaya diambang kemerdekaan dahulu. Kalaulah ketika itu Malaya menerima cadangan Malayan Union, Malaya akan merdeka seperti halnya Indonesia merdeka atau India merdeka.

Di Indonesia, misalnya Soekarno menjadi Presiden Eksekutif Indonesia. Di India, Nehru menjadi Perdana Menteri Eksekutifnya, manakala di Malaya, besar kemungkinan Dato' Onn Jaafar, yang memimpin UMNO ketika itu akan menjadi Perdana Menteri Eksekutif Malaya. Seorang wakil Ratu Elizabeth II akan dilantik menjadi Gabenor-General Malaya sementara.

Menarik juga untuk direnungkan apakah yang mungkin terjadi dengan kedudukan raja-raja Melayu?

3 comments:

  1. Eloklah baca sejarah pembentukan Malaya dan pelajari cara penjajah Inggeris berfikir untuk menguasai anak jajahannya.

    Setelah itu pelajarilah bagaimana Singapura membentuk rakyatnya supaya berfikir tentang sejarahnya. Semuanya bermula ketika Inggeris menjajah di pulau itu pada tahun 1819.

    Sebelum itu catatan sejarah hanyalah ibarat sebuah mitos seperti halnya penjajah Inggeris melihat The Mlay Annals sebagai sebahagian besar kandungannya adalah mitos dan fiksyen.

    ReplyDelete
  2. Zulkarnain Zakaria, Bentong4:15 pm, January 10, 2011

    Hashim Mustafa mungkin tersalah eja. The Mlay Annals yang disebutnya dalam komennya itu sebenarnya The Malay Annals atau Sulalatus Salatin terbitan DBP.

    Izinkan saya menambah. Singapura pada mula dikuasai PAP, setelah disingkirkan dari Malaysia, memperalatkan masjid untuk menarik perhatian orang Islam. Sekarang bacalah pula cerita bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini berjinak-jinak dengan sejarah Islam sehingga seorang MB terpesona dengan puji-pujiannya.

    ReplyDelete
  3. Hei Brother The Malay Annala bukan terbitan DBP. Sullatus Salatin betullah. Jangan marah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

BLOGGER'S CORNER

POLITICIAN GAZEBO

INTERACTIVE