Tidak berapa lama dahulu puluhan pengamal media di Malaysia yang dipimpin Dato' Chamil Wariya daripada MPI berkunjung ke Bandung, Indonesia bertemu rakan-rakan sejawat mereka dari Indonesia. Khabarnya pelbagai program diadakan. Menariknya program bersama pengamal media dua negara serumpun ini dirasmikan seorang menteri dari Malaysia. Tidak jelas pula mengapa mesti menteri dari Malaysia yang merasmikan program dan tidak pula dari menteri dari Indonesia sendiri.
Walaupun yang hadir terdiri daripada pengamal media, tetapi tak banyak berita atau komentar yang disiarkan. Baik di Malsyaia mahupun di Indonesia. Barangkli belum tersiar kot kerana "saking' banyaknya berita yang menurut istilah Indonesia "lagi ngantri" dalam media masing-masing. Juga tidak pula dipastikan adakah turut hadir dosen dan pensyarah institusi pengajian tinggia dari kedua-dua negara dalam program Bandung itu.
Ramai juga ingin tahu apakah rumusan yang telah dicapai daripada program Bandung itu? Selama ini rakyat kedua-dua negara sering diberitakan tentang hubungan kurang selesa antara kedua-dua negara. Pengamal media a.k.a wartawan di kedua-dua negara dikatakan tidak begitu sensitif dan peka terhadap keinginan dan hasrat serta citarasa rakyat masing-masing. Apatah lagi pihak media sering sahaja menulis yang kurang serasi dengan keinginan rakyat masing-masing. Isu-isu "spele" atau remeh diperbesar-perbesar. Manakala isu yang sepatutnya diberikan tempat dipinggirkn.
Adakah isu-isu seperti ini dibangkitkan dalam program Bandung itu? Atau para peserta hanya menunggu program selesai untuk kemudian berebut-rebut ke tempat-tempat wisata atau ke Pasar Baru untuk membeli-belah. Harap sangat pengamal media yang hadir merancakkan rogram Bandung itu akan bertindak menyiarkan isu-isu yang positif demi keharmaonian dua negara serumpun. Terlalu banyak isu yang perlu dirangkum. Terlalu banyak isu yang perlu pembenahan pemerintahan kedua-dua negara. Dan ini hanya dapat dipertimbangkan kalau pengamal media memainkan peranannya masing-masing.
FRIDAY NOTES (20/12/2024) FROM THE QURAN - NO ONE KNOWS THE FUTURE, NO ONE
KNOWS THE UNSEEN
-
*Non-Muslims can skip this. But it is short and maybe useful. *
*Surah 31:34 **إِنَّ ٱللَّهَ عِندَهُۥ عِلْمُ ٱلسَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ
ٱلْغَيْثَ وَيَعْل...
1 day ago
Hasilnya: Pi mai pi mai tang tu.
ReplyDeleteDi Indonesia seorang itu akan dipanggil wartawan setelah mengnggotai badan profesional Persatuan Wartawan Indonesia (PWI). Di Malaysia seorang itu dipanggil wartawan hanya kerana bertugas di akhbar atau majalah. Tidak ada badan profesional seperti PWI. Yang ada hanya Kesatuan Sekerja Wartawan (NUJ), yang bukannya sebuah badan profesional, seperti halnya badan profesional PAM (Persatuan Akitek Malaysia).
ReplyDeleteOleh kerana perbezaan ini maka besar kemungkinan pengiktirafan sebagai wartawan di Malaysia berbeza dengan pengiktirafan sebagai wartawan di Indonesia.Walaupun tugasnya sama.
Biasalah tu!
ReplyDeleteDi Malaysia, hari ini kerja di akhbar, seorang itu sudah digelar wartawan. Di negara jiran yang serumpun hari ini kerja di akhbar seorang itu belum bisa digelar wartawan karena perlu menjadi anggota PWI dan patuhin segala macam prosedurnya.
ReplyDeleteBila lagi wartawan di Malaysia ini hendak tubuhkan satu persatuan wartawan yang bersifat profesional seperti PAM atau perstuan doktor dll. Yang ada hanya sebuah kesatuan buruh dan satu lagi dianggap sebagai sebuah kelab wartawan. Ada juga Persatuan Wartawan Melayu, tetapi tak banyak cerita yang kita dengar.
ReplyDeleteHarap lakukanlah sesuatu supaya wartawan pun boleh bernaung di bawah satu persatuan profesional dengan wujudnya satu etika dan pelbagai peraturan yang menjadi "the guiding principles" kepada setiap mereka yang menganggap dirinya wartawan.
Sesetengah yang menggelarkan dirinya wartawan di Malaysia, terutama yang bertugas di media elektronik ingin menonjolkan diri sebagai selebreti, sama taraf dengan artis. Ada yang berpakaian seperti memperagakan diri dalam pertunjukan fesyen (fashion show) dengan aksi yang kononnya menarik dan mempesonakan. Celoteh paginya pula bagaikan mahu mengajar dan menasihati penonton bukan menyebarkan info.
ReplyDeletetulis blog lgi baik. Tak payah ikut etika atau peraturan. Nak hentam individu atau orang politik tak jadi hal. Sekarang ini macam-macam orang tulis dalam blog. Siapa pun tak kisah. Menteri yang menjaga dan mengawas kandungan dalam blog pun baik-baik semua. Sebab kononnya tulisan dalam blog tak beri kesan seperti kalau tulis dalam suratkabar atau majalah. Kalau tak percaya tanyalah Menteri Hishamuddin atau Menteri Rais Yatim.Ini baru namanya kebebasan bersuara. Betul tak Beb!
ReplyDeleteHish.hish.hish. Awas! Wartawan biasanya sensitif. Jangan komen sembarangan.
ReplyDelete