Dato' Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Komunikasi, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Jom kita membeli-belah di Bandung diselitkan oleh seorang yang menggelarkan dirinya Mamat . Menurut berita, Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Kantor Berita Nasional Indonesia ( ANTARA) setuju untuk bekerjasama menerbitkan dokumentari untuk memperkukuh hubungan kerajaan, masyarakat dan budaya Malaysia dan Indonesia. Menurut sumber, “Patutnya perkara ini sudah lama difikirkan. Banyak hubungan positif yang boleh dijalankan.” (Berita Harian 14 Mac 2011).
Mengapa Mamat (orang dalam?) buat komen begini tak pasti. Adakah Mamat sudah jelak dengan cerita dan isu hubungan benci- tapi- rindu kedua-dua Negara yang tidak berkesudahan sejak dulu?. Atau sememangnya Mamat ini jujur dan ikhlas dengan komennya. Siapa tidak yakin buat masa ini Bandung adalah syurga membeli-belah buat rakyat Malaysia. Dengan kos pulang pergi yang munasabah murah pengunjung dari Malaysia boleh ke Bandung hampir setiap hari. Atau berkunjung seminggu sekali.
Memang pun cerita nak memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Indonesia ini sudah berjeman (kata orang kampong), sejak selepas konfrontasi tahun 1965 lagi. Tetapi dalam banyak hal ada sesetengah yang berkata hanya pihak Malaysia, terutama wartawannya sahaja yang bersungguh-sungguh hendak memperkukuh hubungan sedangkan di sebelah sana kelihatan tidak pula begitu.
Terlalu banyak isu yang ditimbulkan dan kononnya pihak Malaysia dipersalahkan.Ada isu Ambalat (pertikaian wilayah), ada isu amah (kononnya banyak dianiaya oleh majikan Malaysia) dan isu-isu yang “sewaktu dengannya”. Sedihnya masih terus juga wujud rasa syak wasangka, prejudis dan persepsi serta sikap kurang enak dalam hubungan dua Negara ini sehingga kekl jolokan bahawa hubungan adalah antara adik dan abang. Tentunya Indonesia adalah abang dan Malaysia adalah adik.
Dalam hal ini ada juga sesetangah kalangan orang buku yang mempersoalkan apa sudah jadi dengan usahasama penerbitan buku dua Negara melalui Fokeps (Forum Kerjasama Penerbitan Serantau) yang perjanjiannya dilancar dan dimeterai di Johor Bahru lebih satu dekad lalu. Ketika itu Malaysia diwakili Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sementara Indonesia diwakili Ikatan Penerbit Buku Indonesia (IKAPI). Barangkali setelah sekian banyk judul buku diterbitkan dan keuntungannya sudah diraih bersama. Dengar khabar melalui perjanjian, DBP diberi tanggungjawab mebiayai sejumlah besar kos terbit manakala Indonesia mengedarkannya di Negara abang itu.
Sekarang ini timbul pula kisah hendak mengadakan penerbitan filem dokumentari dengan tujuan yang sama, iaitu antara lain untuk memperkukuh hubungan. Setelah berita itu disiarkan di akhbar-akhbar Malaysia ada pula yang gatal-gatal tangan mahu mencari berita itu di koran-koran Indonesia, baik di Jakarta mahupun Bandung. Mereka dakwa tidak menemui sebarang berita walaupun dalam bentuk pengisi ruang (filler).Sehingga timbul soalan apakah Malaysia sahaja yang begitu bersungguh-sungguh hendak menperkukuh hubungan sedangkan orang di sana tak kisah pun.
Belum lama dulu diberitakan sejumlah besar wartawan Malaysia mengadakan pertemuan dengan wartawan Indonesia di Bandung dan pertemuan itu dirasmikan oeh seorang menteri dari Malaysia. Apa Rumusannya dan juga follow-upnya? Barnagkali masih tersimpan dalam laci. Maka benarlah seperti kata Mamat: Jom kita membeli-belah di Bandung! Usaha seperti ini secara tidak langsung akan tetap memperkukuh hubungan kedua-dua Negara sambil itu sempat pula berhibur dengan filem-filem dokumentari. Malaysia akan membiayai kos pengeluaran dan Indonesia akan mengedarkannya lewat versinya sendiri. Kalau tidak nanti dikhuatiri audien Indonesia mungkin tidak akan mengerti. Ya toh?
Mungkin juga ya Mamat! Kita ke Bandung Yok! Ke Pasar Baru untuk belanja. Makan murah, barang murah dan segala-galanya murah Kok!
MAYBE RAFIZI IS BUSY PLAYING WITH THE COINS IN HIS POCKET?
-
*You can listen to the message here.*
9 hours ago
Pakaian murah lho di Pasar Baru. Ayoh kita rami-ramai beli-belah di pasar yang dahulunya hanyalah menjual buah-buahan.
ReplyDeleteMember-member wartwan dan bloger, sekarang tiket MAS lagi murah. Kita pergi Bandung Jom. Nak roti canai pun ada. Tak perlu cari berita. Berita cari kita.
ReplyDeleteSenaraikanlah kegiatan yang boleh memberi manfaat dan lebih menguntungkan kepada kedua-dua belah pihak. Contohnya adakan pertukaran wartawan semua cabang media secara berkala, bukan bila teragak nak ke Pasar Baru di Bandung atau ke Mangga 2 di Jakarta. Kalau perlu program pertukaran ini hendaklah disertai wartawan veteran dan tokoh akadamik dalam bidang media. Dan yang lebih penting bila pulang tulislah laporan dan analisis, bukan sekadar berita. Tulislah dengan jujur, ikhlas dan dalamilah punca masalah sehingga boleh menghilangkan rasa syak. Cerita hubungan klise adik-abang ini eloklh dikikis lumat dan buangkan jauh-jauh. Wartawan juga jangan cepat melatah, emosional dan cenderung memihak.Paling penting wartawan tidak menjadikan dirinya wartawan amplop.
ReplyDeleteBuat pertukaran pun tak guna, biar beratus kalipun dan sekerap manapun. Kalau wartawan tulis macam mana baik dan berkesan sekalipun, kalau editor atau redaktur pelaksananya punya kecenderungan memihak, laporan yang disiarkan itu menjadi tak keruan juga. Sia-sia jadinya.
ReplyDeleteBukankah wartawan kena tulis seperti yang digariskan majikannya. Yang penting bukan tukang tulis a.k.a. wartawan tetapi tukang suruh a.k.a pemilik media. Manakala editor atau redaktur pelaksana hanyalah sekadar tukang tapis. Benar gak Pak?
Agaknya berapa ramailah yang akan tertarik untuk menonton filem dokumentari yang disponsor ANTARA dan BRNAMA jika ditayangkan nanti di televisi Indonesia dan Malaysia. Biasanya orang tertarik nonton filem yang ada konfliknya, yang ada elemen yang banyak unsur human interestnya, seperti masalah pembangunan dan efeknya kepada kehidupan rakyat. Bimbang nanti akan wujud lagi filem-filem ala propaganda hanya untuk kepentingan politik pemerintah masing-masing negara. Duit habis tapi tujuannya pimai pimai tang tu gak!
ReplyDeleteMau nanya ni. Di Malaysia ada gak yang apa dinamakan organisasi profesional untuk gologan wartawannya. Kalau di Indonesia mah, kami punya PWI yang profesional. Kalau mau dipanggil wartawan harus registrasi sebagai anggota.
ReplyDeleteUntuk menjawab Wartawan Negara jiran Jakarta, di Malaysia wartawannya menganggotai apa yan disebut Kesatuan Wartawan Nasional atau National Union of Journalists (NUJ). Walaupun bukan organisasi profesional seperti Persatuan Akitek Malaysia (PAM) tetapi fungsinya juga samakan, iaitu antara lain menjaga kepentingan wartawan. Agaknyalah! Saya pun tak pasti.Kenalah tanya wartawan atau bekas wartawan, seperti Dato' Chamil Wariya atau Dato' A. Kadir Jasin.
ReplyDeleteUlang tayang sahaja program Jejak Bahasa terbitan DBP-TV3 yang pernah disiarkan awal tahun-tahun 2000an dahulu.Tayangkan di TV di Indonesia dan di TV di Malaysia. Kalau boleh semua TV kerajaan dan swasta. Nanti tengok macam mana response.
ReplyDeleteKerjasama bikin filem dokumentari untuk memperkukuh hubungan dua negara Indonesia Malaysia sememangnya dialu-alukan. Cuma nanti jangan BERNAMA tanggung kos, ANTARA bikin skrip. Jangan nanti ANTARA tayang filem BERNAMA tanggung kos pengedaran. Tanya orang DBP tentang kerjasama penerbitan buku FOKEPS antara Malaysia Indonesia. Apa sudah jadi dengan program penerbitan bersama itu? Agaknya sudah beratus tajuk buku diterbitkan dan sudah sama-sama memanfaatkan untungnya oleh kedua-dua negara! Mari kita tanya mantan Ketua Pengarah DBP, Dato' Aziz Deraman yang terlibat dengan projek ini dulu bersama Ikatan Penerbit Buku Indonesia IKAPI.
ReplyDeleteDato' Rais must be joking. It's not that easy to work out a deal to produce documentaries between ANTARA and BERNAMA unless both countries are dead serious,especially when it comes to workable deals. Past and recent events proved the rakyat of both countries are not that willing to trust each other on many issues, notably social and cultural. Look what happened to the maid issue. As of late the issue is yet to be settled.They could not even come to terms with the economic problem of supply and demand. I wonder who would gain if such film making effort takes off the ground. In terms of cost I mean.
ReplyDeleteDato' Rais, be extra-careful when dealing with effort to make film documentaries by ANTARA and BERNAMA as suggested recently. Consider the merits and demerits and the cost-effect of such a joint-venture. Will the cost of producing such documentaries be born by both government news agencies equitably or it is left to BERNAMA alone
ReplyDeleteAku dah jelak dengar hubungan kerjasama antara dua negara yang kononnya serumpun ini. Sampai le ini apapun projek tak pernah menguntungkan. Hanya satu pihak sahaja. Tanyalah orang Dewan Bahasa, tanyalah orang Kementerian Luar Negeri, tanyalah orang Kementerian Dalam Negeri dan tanyalah orang Kementerian di Jabatan Perdana Menteri. Adakah projek usahasma yang pernah dibuat menguntungkan atau apa yang orang sekarang sebut menang-menang. Apa yang orang Malaysia dapat. Kutuk, demonstrasi dan kos tanggung sendiri. Kalau betul dua negara jiran ini ikhlas dan jujur letak semua opsyen atas meja dan kita kira untung rugi dulu. Setuju baru bikin. Ini Dato' Rais sibuk pula nak buat filem dokumentari. Untuk siapa? Fikirlah habis-habis Dato'. Dato' masih tak ingat apa pembaca suratkabar dia orang tulis tentang kes Dato' baru-baru ini. Mereka di sana menulis seenak-enaknya tanpa usul periksa.Pakai hentam-kromo saja.
ReplyDelete