Monday, 2 April 2012

APA IMPAK SUDUT MALAYSIA DI UI KAMPUS DEPOK JAKARTA?


Penggambaran Jejak Bahasa di Pejabat Timbalan Bupati Solok, Sumtera Barat pada 13 November 2000 bersama pengacara Azura Abd. Karim (membelakangi kamera).


Cakap-cakap tentang hubungan Indonesia-Malaysia ini "sudah berjeman hngga lidah pun dah jadi kelu." Ini kata pencinta mesra hubungan dua negara. Sejak tahun 1972 apabila ejaan Indonesia-Malaysia disamakan, pelbagi cara, kaedah dan program dilakukan untuk menjalin kemesraan antara dua rayat yang sememangnya serumpun. Terakhir Mac lalu Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyampaikan ucaputama di Majlis Pelancaran Sudut Malaysiadi Universitas Indonesia. (Lihat "Hubungan Malaysia-Indonesia" Dunia Tiger, 8 Mac 2012 di bawah ini.)

Namun apakah ada kesan-kesan menyeluruh daripada kegiatan ini, baik oleh pemimpin dan rakyat Indonesia maupun pemimpin dan rakyat Malaysia. Kalau kita tanyakan kepada anggota PAPTI (Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia) yang pernah belajar di negara jiran dan yang khabarnya sudah mencecah ribuan graduan, banyak yang akan kata tak banyak kesannya dalam menngkat hubungan mesra itu. Malah PAPTI sendiri mempunyai agendanya sendiri untuk meningkatkan hubungan antara rakyat dalam bidang pendidikan, terutamanya. Tetapi keaannya belum juga dilihat banyak.

Di Indonesia, masih lagi kita dengar ramai rakyatnya mencari dan mencipta kata-kata yang kaddang-kadang menyakitkan telinga mendengarnya. Terakhir kita mendengar kata "Malingsia" dilemparkan kepada rakyat Malaysia gara-gara tim kesebelasan sepakbola Indonesia kalah di tangan Malaysia dalam satu perlawanan antarabangsa. Malingsia dan bukannya Malaysia. Maling dalam bahasa Indonesia bererti perompak atau pencuri. Nampaknya sebahahian rakyat di sana mengenali Malaysia sebagai Malingsia. Kata Malingsia ini mengingatkan kita kepada zaman regim Soekarno ingin menggaynyang Malaysia pada tahun-tahun 1960an dahulu.Tika itu kita mendengar kata seperti "rumahsakit korban lelaki (hospital bersalin)  dan banyak lagi.

Kita juga dengar bagaimana mereka melayan kunjungan Timbalan Perdana Menteri ketika itu ke Indonesia, En. Abd. Ghafar Baba. Ada akhbar perdana di negara itu menasihatkan Ghaffar agar "berlaku sopan ketika berada di negara Indonesia." Entah di mana silapnya sehingga hubungan dua negara ini hanya dianggap mesra di peringkat teori sahaja, tetapi realitinya kemesraan itu seperti sesuatu yang jauh di sudut hati. Apabila ditanya hubungan mesra itu apakah benar wujud, ada yang menjawabnya, "Ya!" tetapi tak bertitik.

Tak pasti adakah Rais mampu memberi impak dengan perasmian Sudut  Malaysia di universitas tertua di Jakarta itu. Kita lihat kesannya enam bulan akan datang. Suatu ketika dahulu Dewan Bahasa dan Pustaka pernah menubuhkan Galeri Ilmu di Jakarta dengan harapan menjalin kemesraan dalam bidang perbukuan dan penerbitan. Akhirnya galeri itu "berkubur" begitu sahaja. Ada yang bertanya apakah impak daripada penubuhan Sudut Malaysia di universiti? Apakah tidak lebih baik sekiranya Sudut Malaysia itu diadakan di tengah-tengah jantung dan nadi kota Jakarta sendiri. Misalnya sudut itu diadakan di tempat yang memboleh interaksi antara rkyat kedua-dua negara daripad semua lapisan.  Sebabnya, di peringkat rakyat inilah bermulanya semua masalah. Penciptaan "Malingsia" adalah dirasakan dicipta oleh masyarakat banyak, atau paling-paling oleh kumulan yang tidak mahu melihat hubungan berbaik-baik dua negara.

Betul, hubungan antara pemimpin dua negara memang baik dan lunak. Kalau pun ada rasa tegang itu hanya mainan politik belaka yang sebahagian besarnya  untuk tujuan konsumsi dalam negeri. Di kalangan rakyat inilah punca masalah. Hubungan tidak akan dapat dipinggirkan dengan hanya memberi nasihat dan seruan agar berbaik sangka. Sudut Malaysai seperti yang dilancar Rais juga tidak akan membawa banyak kesan. Mungkin belum lagi kot! Apakah mungkin PAPTI boleh mencelah mengusahakan yang terbaik untuk menjalin hubungan mesra ini?

Kita tunggu dan lihat sahaja!



Dunia Tiger 8 Mac 2012 HUBUNGAN MALAYSIA INDONESIA

JAKARTA : Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim akan menyampaikan ucaptama di Majlis Pelancaran Sudut Malaysia di Universiti Indonesia, pagi ini.
Ucapan bertajuk Demi Hubungan Erat dan Mesra Rakyat Malaysia-Indonesia menyentuh pelbagai usaha yang sudah, sedang dan akan dilakukan oleh kerajaan bagi mempereratkan hubungan di antara kedua-dua negara serumpun.
Selain itu, ucaptamanya juga dijangka memaparkan hubungan rakyat dengan rakyat yang semakin relevan kerana ia menentukan degupan jantung dan penentu kemanusiaan dengan rangkaian kehidupan yang tidak terbilang banyaknya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGER'S CORNER

POLITICIAN GAZEBO

INTERACTIVE