Tuesday 29 March 2011

HUBUNGAN BILATERAL INDONESIA-MALYSIA IBARAT LAYANG-LAYANG DITIUP ANGIN


Menteri Pendidikan Indonesia, Bapak Muhammad Nuh (kiri) di majlis penyampaian Anugerah Kesarjanaan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru oleh Tuanku Pro-Canselor Sultanah Johor, DYMM Tuanku Raja Zarith Sofeah

"KITA boleh memilih sahabat tetapi tidak boleh memilih tetangga!"
Itulah antara bait kata-kata Menteri Pendidikan Nasional Indonesia Bapak Profesor Dr. Ir. HK Muhammad Nuh, ketika memberi ucapan penerimaan Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan Pendidikan daripada Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), DYMM Raja Zarith Sofia pada 26 Mac lalu.

Kehadiran tetangga adalah takdir, sesuatu yang kita perolehi secara tanpa diduga dan sering kali tidak dapat direncana. Hal ini termasuklah dalam soal kenegaraan dan kejiranan dalam konteks geopolitik.

Dalam keadaan sedemikian, tetangga perlu diterima dengan hati terbuka. Paling baik ialah melayani tetangga dengan keramahan dan sinergi dalam segala lapangan, terutama dalam politik dan pendidikan.

Memang suasana politik sukar diduga yang didorong pelbagai persekitaran yang sukar dikawal. Kadang kala atas nama kepentingan politik, maka dua entiti bergeseran.
Namun "geseran politik" yang kadang kala timbul tidak harus menghangatkan semua lapangan lain antara dua tetangga berjiran.

Dalam keadaan sedemikian, hubungan pendidikan, khususnya pada tahap jaringan kesarjanaan selalunya menenang dan mendamaikan.

Justeru hubungan kesarjanaan perlu terus diperteguh menerusi forum, kerjasama akademik, pertukaran mahasiswa, wacana kesarjanaan, penerbitan dan aktiviti akademik lain secara bersama.

Itulah yang telah dilaksanakan Prof. Muhammad Nuh beberapa tahun sebelum menjadi Menteri Nasional sejak 2007.
Demikian juga antara intipati ucapan beliau pada Majlis Konvokesyen Ke-46 UTM di hadapan lebih 3,000 hadirin.

Nama Prof. Muhammad Nuh adalah nama besar dalam konteks kenegaraan di Indonesia ketika ini. Mencecah usia 51 tahun, beliau dilahirkan di Surabaya, Jawa Timur, pada 17 Jun 1959, merupakan anak ketiga daripada 10 orang adik beradik.

Ayahnya H. Muchammad Nabhani, adalah pengasas Pondok Pesantren Gununganyar Surabaya. Mendapat ijazah sarjana muda pada tahun 1983 dalam jurusan kejuruteraan elektrik di Institut Teknologi Surabaya (ITS). (Dipetik dari Utusan Malaysia, 29 Mac 2011)

Komen
Muhammad Nuh perkukuh hubungan kesarjanaan dua negara
Oleh PROF. ZAINI UJANG,Naib Canselor UTM. Ini adalah catatan beliau.

Artikel seperti ini tidak akan ditemui dalam mana-mana media di Indonesia. Percayalah. Sehingga rakyat di negera itu sendiri mungkin tertanya-tanya bagaimana hubungan dua negara dapat ditingkatkan kalau isu berbangkit seperti ini hanya mainan kata-kata orang media di Malaysia sahaja. Jarang sekali malah tidak ada reaksi responsif dan resiprokal dari pihak media jiran tetangga.

Memang indah dan lunak cadangan dan saran Menteri Pendidikan Indonesia ini. Beliau inginkan hubungan bilateral ditingkatkan. Malah keinginan ini sudah dalam agenda pelbagai pihak di kedua-dua negara sejak berakhirnya era konfrontasi Presiden Soekarno tahun 1965.Namun masih ternyata belum ada kesan yang diharapkan. Keruhnya air di hilir masih belum dapat dijernihkan akibat perkocakan "air di hulu."

Hubungan bilateral ini berada akrab di puncaknya ketika Menteri Penerangan Malaysia, Dato' Mohammad Rahmat (Tok Mat) mengunjungi Menteri Penerangan Indonesia, Bapak Ali Murtopo pada tahun 1980 di rumah sakit d Jakarta. Tok Mat ketika itu sedang dalam rangka kunjungan persahabatan di Indonesia bersama anggota rombongan Persatuan Alumni Perguruan Tinggi Indoneia (PAPTI). Turut dalam kunjungan itu Timbalan Presiden PAPTI, Dato' Prof. Abu Bakar Hamid dari Universiti Malaya. Tok Mat adalah Presiden PAPTI ketika itu.

Sehingga saat ini belum ada apa-apa berita atau laporan yang disiarkan dalam sebarang media negara tetangga itu tentang kunjungan dan penerimaan anugerah kesarjanaan Menteri Pendidikan Indonesia ini di Malaysia, tetapi yakinlah, andainya tersiar laporannya besar kecenderungan ia bakal kurang disenangi untuk dibaca oleh orang awam tempatan di negara tetangga Indonesia itu.

2 comments:

  1. Nothing to shout about. One should understand the attitude of Indonesian journalists whose sense of patriotism to the nation is deep-rooted.

    ReplyDelete
  2. Wartawan Malaysia apa kurangnya. Sentimen kenegaraan kurang. Yang tebal sentimen ikut kaum. Sampaikan medianya pun ikut bahasa kaum masing-masing.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGER'S CORNER

POLITICIAN GAZEBO

INTERACTIVE