Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi
KEPUTUSAN kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ibarat pepatah api padam, puntung berasap.
Di sebalik keputusan itu, golongan yang taksub dengan mitos bahasa Inggeris sebagai bahasa sains dan matematik tidak mengenal penat untuk ‘mendesak’ kerajaan kembali kepada dasar terbabit dengan apa saja cara termasuk memberi pilihan kepada ibu bapa.
Mereka menggunakan apa saja alasan termasuk dengan memetik tinjauan Newsweek tentang 100 negara terbaik di dunia pada tahun lalu yang menyenaraikan Finland, Korea Selatan, Kanada, Singapura, Jepun, Switzerland, Estonia, United Kingdom, Ireland dan Belanda sebagai 10 terbaik dalam konteks pendidikan.
Ironinya, hanya Singapura yang tidak menggunakan bahasa ibunda, manakala sembilan negara lain adalah negara yang berpegang teguh dengan konsep pendidikan berlandaskan bahasa ibunda seperti ditegaskan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Desakan mereka itu juga turut disiarkan dalam akhbar bahasa Inggeris dari semasa ke semasa seolah-olah menjadi pandangan umum, sedangkan PPSMI dimansuhkan sebelum ini adalah kehendak majoriti rakyat yang menggunakan pelbagai cara termasuk seminar dan memorandum.
Mantan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Datuk (Dr) Baharudin Zainal atau lebih dikenali sebagai Baha Zain berkata, pihak yang melakukan desakan itu mahu memerangkap Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri yang bakal berdepan dengan pilihan raya.
“Mereka melihat tindak-tanduk pemimpin politik khususnya UMNO yang terpaksa mengambil hati pelbagai kelompok termasuk pengundi atas pagar. Golongan elit ini mengambil kesempatan daripada situasi dan realiti politik baru untuk membuat desakan berbentuk ugutan secara tersirat ini,” katanya kepada Sastera di kediamannya di Gombak, baru-baru ini.
Pada masa sama, Baha Zain turut menyelar pihak terbabit kerana mendesak kerajaan memberi pilihan dalam pelaksanaan PPSMI yang secara tidak langsung menunjukkan sikap memandang mudah kepada sistem pendidikan dan perkara main-main yang boleh diubah sesuka hati. (Baca seterusnya dalam http://bharian.com.my tulisan Nazmi Yaakub 11 April 2011)
Komen:
Ternyata belum pun sempat PPSMI dimansuhkan telah kedengaran suara-suara yang mahu PPSMI diteruskan. Tidak kira bagaimana caranya. Yang penting kedua-dua mata pelajaran itu akan diajar dalam bahasa Inggeris. Banyak pejuang bahasa sudah mengagak bahawa belum pun sampai waktunya memansuhkan PPSMI akan ada suara-suara begini. Dan suara ini semkin meningkat momentumnya. Dan adalah dirasakan orang yang pertama akan berbesar hati melihat penerusan PPSMI ini tak lain dan tak bukan advokatornya mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dalam pada itu BERNAMA hari ini melaporkan dari Besut bahawa Pakar dan pendidik bahasa Melayu membantah sebarang usaha untuk melaksanakan semula Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China Beijing, Profesor Dr Awang Sariyan berkata kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak sewajarnya berganjak daripada keputusan yang telah diambil pada tahun 2009 untuk memansuhkan PPSMI.
"Keputusan itu bertepatan dengan hasrat mengembalikan martabat dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara seperti yang telah diasaskan oleh Jawatankuasa Razak 1956 dan kemudian menjadi undang-undang negara dalam Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya dalam pindaan Akta Pendidikan 1996.
"Langkah kembali kepada sistem dua aliran (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) meskipun dalam subjek-subjek bidang Sains dan Matematik, hanya meruncingkan keadaan dan kedudukan Dasar Bahasa Kebangsaan yang menjadi salah satu asas kenegaraan dan pembinaan negara," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata peningkatan penguasaan bahasa Inggeris sebagaimana yang telah berkali-kali ditegaskan oleh ahli bahasa dan ahli pendidikan yang mendukung perjuangan bahasa kebangsaan tidak akan dapat diatasi dengan pelaksanaan PPSMI.
"Usaha itu hanya boleh dilakukan melalui peningkatan dalam pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri dan bukan melalui PPSMI," tegasnya.
Katanya Kementerian Pelajaran sendiri telah mengumumkan program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan rancangan itu perlu dilaksanakan dengan berkesan tanpa mengganggu perancangan memartabatkan bahasa Melayu.
Presiden Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM), Profesor Madya Dr Hashim Othman pula berkata tidak perlu PPSMI diadakan semula semata-mata berdasarkan desakan sesetengah pihak.
Katanya PPBMM menyokong bahasa Inggeris diajar kepada pelajar sekolah dan pernah mendesak agar mata pelajaran itu diwajibkan lulus dalam peperiksaan awam di negara ini.
Bagaimanapun katanya, usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar tidak patut dilakukan dengan mengorbankan kedudukan bahasa Melayu dengan perlaksanaan PPSMI.
Menurutnya, PPBMM secara tegas membantah sebarang usaha bagi mengembalikan PPSMI tanpa kompromi.
"Kita harap kerajaan memikirkan secara mendalam sebelum melayani desakan golongan tertentu untuk mengembalikan semula PPSMI kerana ia boleh membawa banyak implikasi buruk kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu," katanya. (BERNAMA 14 April 2011)
Beginilah nasib bahasa Melayu yang kononnya adalah bahasa kebangsaan di negara ini. Ada sahaja masalahnya. Ada sahaja halangannya untuk dimartabatkan. Barangkali ia dikaitkan dengan jumlah dan sikap penutur bahasa itu yang tidak sepenuhnya diamalkan seperti halnya bahassa Indonesia di Indonesia.
Malaysia memiliki bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tersergam indah 30 tingkat tingginya di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Tetapi nampaknya ia hanyalah satu bangunan yang tidak memberi makna apa-apa kepada pemartabtan bahasa Melayu. Ia malah menjadi mainan politik pelbagai lapisan orang politik yang mempunyai
agenda sendiri-sendiri, terutama oleh lapisan yang masih mendewakan bahasa Inggeris. Laporan Newsweek di atas menarik perhatian.
Tuesday 12 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BLOGGER'S CORNER
-
-
NUBE takes 3 unions to task for siding with HR Minister on duit raya for bank employees - *Updated: *In *NUBE on a warpath against HR Minister Steven Sim*, writer/seeker/teacher *TheRealNehruism* highlighted the National Union of Banking Emplo...1 week ago
-
HARGA BUFFET RAMADHAN - SUDAH pasti mereka yang menjamu selera sambil berbuka puasa menerusi hidangan buffet adalah dalam rangka beramal kerana harga yang perlu dibayar adalah ma...1 month ago
-
-
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan - Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik yang and...5 months ago
-
-
Perubahan apa Bang Non? - Bulan lepas China tutup lgbt centre yang terakhir di negara itu yang selama ini menjadi rumah selamat untuk geng pelangi..dan perkahwinan sesama jenis te...6 months ago
-
เปิดประวัติ นักกีฬา ‘ กอล์ฟหญิง ’ ไทย -คว้าแชมป์ได้หลากหลายทัวร์นาเม้นต์ - หากจะกล่าวถึงนักกีฬา‘ กอล์ฟหญิง ’ ที่สามารถทำผลคะแนนกอล์ฟออกมาได้ดีนั้นคงจะหนีไม่พ้นกลุ่มสาวๆเหล่านี้เป็นแน่ๆ ไม่ว่าจะเป็น โปรเหมียว – โปรเม – โปรโม- โปร...1 year ago
-
Kembalikan Kuasa Mutlak Raja - Kita kembali kepada asalSistem Raja Berperlembagaan sudah tidak relevan. Kita sudah boleh kembali kepada sistem Raja dengan kuasa mutlak atau Beraja Mutlak...1 year ago
-
Sidang Media Terakhir Hamid Bador, Peperangan Antara Dr Mahathir Dengan Mahiaddin Atau Hamid Bador Dengan Hamzah Zainuddin? - Sidang media terakhir TS Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara berjaya mendapat perhatian seluruh negara. Mungkin bagi sesetengah pihak yang masih lagi ...2 years ago
-
-
Cakap serupa bikin? - Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin is at a crossroad to put money where his mouth is, in the perspective of integrity and proper governance. The ...3 years ago
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI - Lama aku tak update blog, rindu pulak rasanya, memang best platform BLOG, lagi best dari FACEBOOK milik Mark Zuckerberg yang kuat mengampu Donald Trump y...3 years ago
-
SKANDAL TABUNG HAJI: MUJAHID BAGI ALASAN KENAPA BELI MAHAL MENYEBABKAN PAKATAN KENA JUAL MURAH HARTA-HARTA UMAT ISLAM ITU!!! - Apabila Najib Razak mempersoalkan tentang rasional pelupusan lebih 76% aset Tabung Haji melibatkan tanah perladangan, menteri yang paling banyak cakap, pal...4 years ago
-
20+ Fantastic Ideas African Queen Latest Afro Hairstyles 2019 - If you are looking for *African queen latest afro hairstyles 2019* you've come to the right place. We have collect images about African queen latest afro...4 years ago
-
Tiga Pengumuman Tergempar Dato Seri @NajibRazak Buat Rakyat Malaysia - Tiga Pengumuman PM Buat Malam Ini 1) Rakyat Malaysia berusia 26 tahun ke bawah tidak dikenakan cukai pendapatan. Malah cukai yang telah dibayar tahun lep...5 years ago
-
Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina - Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina *BANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina boleh bin kepada bapa' yan...6 years ago
-
Seni dan Politik - Laundering: Real Estate and ArtTheir laundering functions replicate a fund which in 1MDB’s balance sheet is deemed as investments. Once the London mansion ...7 years ago
-
PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA - Seorang pekerja seks di Peru, Angela Villion Bustamante bertanding dalam pilihan raya umum negara itu pada tahun ini. Pekerja seks selama 30 tahun itu me...8 years ago
-
JANGAN KENA TIPU LAH DGN PROPA DAP. - http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/01/dapmalaysia-cuba-menipu-rakyat.html?m=19 years ago
-
MH370: Krisis komunikasi seperti isu kangkung - Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan P...10 years ago
-
Kajang O Kajang: Kipas vs Kelapa Muda dan Teropong Bambu: Mana yang lebih berbisa? - *Suddenly, Kipas menjadi senjata ampuh calon PKR di Kajang dan Bomoh yang dikatakan dihantar DSAI ke KLIA menjadi cerita panas*. Di mana sahaja calon PKR...10 years ago
-
Akramsyah: Proud son of NEP - 'I Am The Son Of New Economic Policy And Proud Of It' *Malaysia Digest* Monday, 23 September 2013 08:20 *KUALA LUMPUR:* Akhramsyah Muammar Ubaidah S...10 years ago
-
Penasihat PM Harus Dipecat-Tun Daim Zainuddin - Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sew...10 years ago
-
Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 64) - *Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 64)* *Tan Sri Abdul Gani bin Patail* Apa dah jadi.... Semua yang dibuat dan dirancang tak menjadi? Letak jawatan adala...11 years ago
-
Ramuan Untuk UMNO Menang Di Dalam PRU. Mereka Tidak Perlu Terlalu Dominan Dalam BN…. - Salam semua®… Penulis amat bersetuju dengan pendapat Dr Mohd Khir Toyo (Khir) bahawa adalah perlu bagi BN memperkukuh MCA, MIC dan Gerakan dengan memben...12 years ago
-
-
We should have a clear goal and don't go off tangent! - "You should have a clear goal and don't go off tangent. With a better sense of direction, I am sure many of you will be successful" said Deputy Prime Mini...17 years ago
-
-
-
-
-
-
POLITICIAN GAZEBO
-
Affidavit vs counter affidavit.The truth is butchered - 1. Reading between the lines, T. Zafrul seems to suggest that Zahid lied about the existence of an addendum that allowed Najib to serve the remainder of hi...2 hours ago
-
Karpal Singh a towering Malaysian — Malaysia needs more towering Malaysians - Karpal Singh is a towering Malaysian whose commitment and dedication to justice, the rule of law and good governance must be borne by the new generation of...20 hours ago
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online - Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini tak ...6 months ago
-
万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 - 万恒娱乐官方网站-河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 河南实行省内黄河流域环境资源案件集中管辖 新华社郑州8月17日电(记者双瑞)记者从河南省高级人民法院获悉,自2020年9月1日起,河南将...3 years ago
-
LAFAZ AMPUN MAAF AHLI PPBM - Kami, ahli-ahli UMNO telah mendengar permintaan kamu dan di bawah ini kami drafkan LAFAZ AMPUN MAAF untuk dibacakan oleh Tun Dr Mahathir dan ahli-ahli Ppbm...4 years ago
-
Jho Low's Capture Could Mean Early End of Najib - What former Inspector-General of Police (IGP) Mohamad Fuzi Harun could not do in 1 year since the new government took over, it seems the new IGP Abdul Ha...4 years ago
-
Suzuki Kembali Pamerkan Mesin Turbo buat Motor - sewa motor di pontianak sewa motor pontianak Rental motor di pontianak Rental motor pontianak Ojek motor pontianak Ojek Online pontianak Suzuki memang suda...5 years ago
-
AL-AQSA MENANGIS DARAH! - *Bersama Syeikh Yusuf Abu Sunainah - Imam Masjid Al-Aqsa As-Syarief, Baitula-Maqdis* *AL-AQSA MENANGIS DARAH!!!** *Al-Aqsa* *Bumi para anbiya* *Kelahiran...8 years ago
-
Catatan Di Belakang Tirai Besi - Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas...8 years ago
-
Homestay Pak Lang 2 - Tuisyen Inggeris - *Kelas tuisyen bahasa inggeris* *untuk pelajar sekolah rendah,akan mula pada 4 okt 2015…* *Tempat : Homestay Pak Lang 2* * 16 Taman Jaya ...8 years ago
-
Tak payahlah kita rasa malu.. Sesetengah kawasan di Penang tak kibar pun JALUR GEMILANG - Sungguh memalukan ! Pulau Pinang di bawah kerajaan Lim Guan Eng dan DAP menghalalkan pesta tak bermoral di negeri ini? Inilah yang hangat diperkat...9 years ago
-
Will Razaleigh replace Anwar? - *ALLAH ISSUE*': *Anwar has fallen out of favour with Pas, says MP* KUALA LUMPUR: TALKS about Pas enticing Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah to lead the...11 years ago
-
-
Tactegau dychryn ac y grefft o rhyfel - Ofn a phryder wedi bod yn elfen hanfodol mewn unrhyw strategaeth gyffredinol ers y wawr o amser. Roedd yr ymerodraeth Asyriad a ffurfiwyd yn ôl pob sôn drw...12 years ago
-
-
-
-
Dah dijangka mesti berubah punya. Selagi ramai orang UMNO tidak lagi kembali kepada perjuangan bangsa Melayu selagi itulah ia mengamalkan politik blak-blak
ReplyDeletePedih mata akibat terkena gas pemedih mata FRU dalam demonstrasi anti PPSMI tahun lalu belum lagi hilang dan kerajaan dah buat u-turn. Apa cerita ini?
ReplyDeleteSuara anti-PPSMI bergema lagi, kali ini dari Beijing ke Putrajaya. Orang UMNO ini tak serik-serik buat janji kemudian simpan dalam laci. Kata orang Pakatanlah yang tak tunai janji. Nampaknya orang politik ini, baik UMNO mahupun Pakatan 2 x 5 dan sama saja.
ReplyDeleteDo not insult our intelligence. Wake-up UMNO leaders!
Orang Malaysia berpolitik dan politik orang Malaysia ada beza tak?
ReplyDeleteOrang Melayu berpolitik dan politik orang Melayu ada beza tak?
Orang Cina berpolitik dan politik orang Cina ada beza tak?
Orang India berpolitik dan politik orang India ada beza tak?
Orang Kadazan berpolitik dan politik orang Kadazan ada beza tak?
Orang Iban berpolitik dan politik orang Iban ada beza tak?
Orang Melanau berpolitik dan politik orang Melanau ada beza tak?
Orang Sarawak berpolitik dan politik orang Sarawak ada beza tak?
Dan...
Orang UMNO berpolitik dan politik orang UMNO ada apa-apa perbezaan?
Setelah baca semula apa yang aku tulis ini aku jadi ketawa sendiri. kah, kah, kah!
PPSMI Oh PPSMI, apa nak jadi dengan nasib kamu. Nyatanya bahasa yang kamu gunakan lebih disukai oleh golongan elit di negeri ini. Semoga berbahagialah engkau dengan kehebatan bahasamu.Biarkanlah pejuang-pejuang anti-PPSMI menjerit dan berteriak bagaikan anjing menyalak gunung.
ReplyDelete