Saturday 22 January 2011

DEBAT: ANTARA SENTUHAN ANWAR DAN SEMANGAT NAJIB

Tan Sri Mohd. Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak: Mngkinkah PRU Sarawak diadakan serentak dengan PRU Ke-13 sebelum Julai 2011 ini?

DS Najib Tun Razak kata tak perlulah debat. DS Anwar Ibrahim kata perlu debat dan secara terbuka. Najib kata buat apa kalau tak ada hasil? Anwar kata ini baik untuk amalan demokrasi. Nanti biar rakyat menilai. Najib kata debat hanya membuang masa. Najib kata Anwar sepatutnya laksanakan pelan 16 September 2008nya dulu.Anwar kata nak debat juga. Dan seterusnya...dan seterusnya.

Ketua Pemuda BN, YB Rembau Khairy Jamaluddin pun mencelah. Kata Khairy debat dengannya. Tak payahlah debat dengan bosnya. Lalu Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar pun masuk mencelah. Biar Khairy debat dengannya. Tak perlulah debat dengan bosnya. Dan seterusnya..dan seterusnya. Akhirnya Najib kata kepada Anwar, jangan cabar. Beliau PM nanti takut ada yang demam dan terlondeh semua. Anwar kata dia nak juga dan udah pun hantar surat rasmi.

Cerita saling mencabar debat ini pun berterusan. Padahal tak ada debat pun tak apa. Bukankah Anwar boleh gunakan saluran lain untuk memperkenalkan pelan 100 harinya kalau berjaya mengambil alih Putrajaya. .Masalahnya betulkah pelan Anwar ini wujud dan sudah dikonkritkan? Bimbang nanti ia cuma ogahan sahaja seperti halnya pelan 16 September 2008 yang belum mnjadi-jadi sampai sekarang.

Anwar maklum kesan debat ini besar. Beliau akan publisiti meluas, Saham politik Anwar akan menaik semula yang eperti kata seetengah kalangan sedang merudum. Heboh-heboh politik pun akan berpanjangan hingga menjelang PRU Ke-13. Najib pula tanpa debat boleh jimatkan masanya untuk menemui rakyat untuk menjelakan pelan sepanjang masanya. Tidak hanya setakat 100 hari ke Putrajaya.  Anwar anggap pelan ini memang penting.

Tapi Anwar boleh jelaskan kepada rakyat pelan 100 hari dengan pelbagai cara dan saluran. Ada media tradisi dan ada media baru dalam bentuk blog dan web. Manfaatkanlah semua ini. Hanya pertama-tapi  Anwar kena umumkan Kabinet Bayangannya sbagai calon PM dari  Pakatan Rakyat. Nak tanya sudah ada ke belum?

Kalau ada bolehlah  umumkan ketika kempen PRK Tenang yang mua berlengsung hari ini. Kempen boleh diteruskan nanti ke Merlimau nanti setelah sah kerusinya terkoong. Kemudian ia diteruskan lagi ke Pelabuhan Kelang di Selangor. Mana tahu kerusi DUN kawasan itu rasmi terpaksa dikosongkan juga. Orang tahu ceramah pekarangan ke pekarangan rumah individu tak mnjadi hal lagi buat PR, terutama dari kalangan pemimpin PAS. Perbanyakkan cara ini, kali ini oleh PKR juga. Dan DAP. Jadi tak perlu debatlah.

Anawar kena percepatkan modus operandi ini. Beliau semakin kesuntukan masa. Sebabnya, Najib semakin hari semacam tidak sabar hendak umumkan tarikh PRU Ke-13nya. Ada yang kata beliau sedang menghetong hari. Sudah keluar pertanda PRU Ke-13 mungkin diadakan serentak dengan PRU Sarawak; bererti sebelum Julai tahun ini.

Hanya kali ini Anwar kena seriuslah. Kata mat saleh 'walk the talk'. Elakkan daripda melakukan  seperti yang selalu disebut YB Kulim Zulkifli Noordin 'cakap tak serupa bikin'. Umumkan segera kabinet bayangan. Putrajaya mesti nak tahu. Anwar masih punya sentuhan. Auranya masih ada Manfaatkanlah bakat yang ada, terutama dalam berpidato. Ini magnet Anwar.

Najib pun apa kurangnya sekarang. Pidato Najib kini lebih kemas, bertenaga dan penuh bersemangat. Masih ingat bagaimana Tun Musa Hitam berpidato satu ketika dahulu. Dengar Musa berpidato dan kemudian dengar Najib berpidato. Ada mirip kah atau tak ada mirip? Kata orang Najib memang banyak belajar daripada Musa. Wallauaklam!

6 comments:

  1. Tenang-Not-So-Peaceful Voter2:08 pm, January 22, 2011

    Let's start with the Tenang by-election campaign. DS Anwar could start the ball rolling by announcing his Shadow Cabinet at the Tenang state constituency, probably in-front of the local crowd, amidst the most thunderous and deafening silence. He..he..he!

    ReplyDelete
  2. Yeahh.. For a while, let's put our focus on the by-election.

    ReplyDelete
  3. Kerja politik memang kerja tak habis-habis. Sampai bila-bila pun selagi orang masuk politik itu mahukan ganjaran. Saya rasa tak ada siapa dalam dunia ini kalau masuk politik masuk saja-saja.

    Kalu tak percaya coba tanya jiran sebelah rumah kita.Kalau tak dapat jadi wakil rakyat nak kan projek. Kalau tak dapat projek nak kan jadi apa-apalah asal masuk fulus. Ya kan!

    ReplyDelete
  4. Agaknya apalah yang sedang difikirkan oleh dua tokoh Najib dan Anwar ini apabila mereka hendak berdebat. Kita boleh agaklah. Najib akan pinjam kata isterinya Rosmah, iaitu tak payah debatlah kerana ia hanya memghabihkan boreh ajo. Sedangkan Anwar pula yang mahukan debat mungkin fikir, iaitu it's much ado about everything!

    ReplyDelete
  5. apolitical man in the street8:21 pm, January 22, 2011

    Wouldn't it be correct to say that over-ambitious political leaders are in fact doing a disservice to the community they are supposed to serve. What say u brothers and comrades?

    ReplyDelete
  6. I agree totally with what Kerja Sambilan said,we should focuss on the Tenang By-election. Hear what the rakyat want. Walk the talk or talk the walk.

    I hope the voters in Tenang would not be as tenang as they seem to think in deciding whom should they vote. Tenang jer!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGER'S CORNER

POLITICIAN GAZEBO

INTERACTIVE