Wednesday 12 January 2011

PRU KE-13 DAN JIKA PUTRAJAYA BERTUKAR TUAN

Tim PR Presiden PAS, Dato' Seri Abd. Hadi Awang (kiri), Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Semacam tak sabar pengundi menunggu Piliahanraya Umum Ke-13. Pelbagai andaian telah dibuat.. Barisan Nasional (BN) dengan agenda pembangunannya. Pakatan Rakyat (PR) dengan janji 100 harinya, jika tampuk Putrajaya dikuasai.  Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd. Njib Tun Razak kata kalau janji 100 PR mampu ditunaikan, alamat negara akan menjadi satu lagi negara Greece. Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim kata agenda 100 hari di Putrajaya mampu dilakukan. Dan Anwar mahu debat terbuka dengan Najib supaya beliau dapat membentangkan hujahnya.

Nampaknya YB Rembau, Khairy Jamaluddin sedia menyahut cabaran Anwar untuk berdebat. Mungkin fikirnya, tak payahlah Najib berdebat dengan Anwar. Anwar pula  mungkin memperlekeh cabaran Khairy kerana Anwar melihat Khairy bukan tandingannya. Mana mungkin Anwar berdebat dengan Khairy  yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam Kerajaan BN. Khairy hanyalah Ketua Pergerakan Pemuda BN. Mungkin hanya setanding dengan Ketua Pemuda PKR.

Khairy bersama barisan pemudanya.

Ramai , terutama dalam kalangan bloger, berfikir  tak payahlah adakan debat. Membuang masa sahaja.  Cukuplah sekadar menggunakan  media yang masing-masing kuasai. BN ada media perdananya, PR ada media partinya. Kemudian setiap pihak (kerajaan dan pembangkang) boleh manfaatkan laskar atau kafilah bloger masing-masing. Kafilah ini bolehlah  canangkan agenda  100 hari yang pertama bagi pemerintahan masing-masing. Ceritakan selengkap-lengkapnya. Dan beri ruang untuk rakyat membuat komen atau menyatakan pendapat.

Apabila sampai PRU nanti, pengundi, iaitu rakyat sudah bersedia membuat keputusan: Mengundi dengan lapang dada. Kerajaan yang ada dikekalkan atau perlu diganti, di peringkat pusat dan negeri. Pengundi boleh pilih dengan penuh yakin siapa mereka hendak untuk mewakili mereka di Parlimen atau DUN. Dan mereka pun mula berfikir seperti pengundi di Amerika Syarikat berfikir. Atau pengundi di Peranchis, Britain, Jepun dan negara-negara lain yang telah maju budaya politiknya berfikir. Dan tradisi politik negara maju pun mulalah  membudaya di Malaysia.

Najib Tun Razak mempengerusikan kabinet pertama tahun 2011.

Di Amerika Syarikat sering didengar Kerajaan bertukar tangan antara Parti republikan atau Parti Demokrat. Di Britain, Kerajaan  Parti Konservatif silih berganti dengan Parti Buruh. Begitu juga di Australia, Jepun dan  Korea Selatan. Alangkah seronoknya jika pengundi Malaysia mampu pula berfikir begitu. Pengundi menukar Kerajaan antara BN dengan PR. Hai seronoknya jika fikiran pengundi di Malaysia sudah sampai ke tahap begitu!

Syaratnya, pengundi jangan dibebankan dengan politik adu domba atau politik melampau yang hanya akan meruntuhkan benteng demokrasi rakyat. Maksudnya benteng  demokrasi suara rakyat, bukan benteng demokrasi memperalat rakyat untuk agenda parti atau kepentingan peribadi.

9 comments:

  1. Debat ini mungkin baik sebagai satu exercise untuk mencari ketepatan fakta, walaupun belum tentu ia berhasil dalam usaha mencari kebenaran.

    ReplyDelete
  2. khairy budak bijak, lulusan Oxford University lagi. Anwar Ibrahim veteran bijak, pintar pidato lagi. Kalau dua orang ini diajak berdebat, oklah juga. Cuma mungkinkah bijak berilmu lebih pintar daripada bijak berpidato dan berpengalaman.

    Menarik untuk kita dengar debat dua insan ini. Tentunya kalau debat menjadi, masing-masing cuba memperluas pengaruh.

    Ketua BN, Najib dah kasi lampu hijau. Najib tidak akan berdebat, biar rakyat tentukan siapa lebih umph dari segi tambah nilai. Debat hanya membuang masa. Hasil tak ada, kata Najib. Biarlah rakyat menilai program.

    ReplyDelete
  3. Lebih baik cari pengaruh politik tidak melalui debat.

    ReplyDelete
  4. Sudahlah tu buat kerja untuk rakyat lagi baik. Lebih baik tolong angkat sampah tepi longkang. Bersih juga kampung kita.

    ReplyDelete
  5. Badri Rahmat, Kulai7:20 pm, January 13, 2011

    Ada ke tokoh AMK PKR yang boleh menandingi Khairy untuk berdebat fasal 100 hari PR mengambil alih Putrajaya. Shamsul Iskandar mungkin boleh kot> Ada juga saya dengar beliau berceramah. Bunyi macam orang sedang khutbah saja. Mungkin saya silap.

    Sepatutnya carilah seorang tokoh PR daripda kabinet bayangan Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan bakal PM Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti siapa ya...?

    ReplyDelete
  6. Seronok kalau debat antara Anwar dengan Najib ini di-moderator-kan oleh Profesor Ulung kita, Prof. Dato. Dr. Shamsul Amri Baharuddin dari UKM.

    ReplyDelete
  7. Jawapn kepada cabaran Khairy Jamaludin sudah dijangka. Anwar tidak akan melayan surat Pemuda UMNO. Anwar hanya mahu Najib sebagai lawan debatnya, Anwar yakin beliau akan menang secara ilmu retorika.

    ReplyDelete
  8. Rakyat Marhaen, Bukit Mertajam7:59 am, January 14, 2011

    PM Najib dah kata negara muflis kalau janji Anwar Ibrahim selaku PM ditunaikan selepas 100 Pakatan Rakyat memerintah. Ini cerita debat belum berlaku antara PM dan PM Bayangan.

    Agaknya apalah kata Anwar jika kerajaan BN telah 100 hari menguasai Putrajaya. Apakah Malaysia juga akan menjadi Greece kedua?

    ...dan rakyat pun pening kepala. Mana satu hendak diundi dalam PRU Ke-13 nanti. Tak kisahlah ada debat ke tak ada debat!

    ReplyDelete
  9. Saadiah Sameon Mersing9:42 am, January 14, 2011

    Semoga politik akomodatif atau bi-partisan politics akan mula menjadi budaya politik orang Malaysia menjelang PRU Ke-13. Waktu itu sistem whip baik dalam sidang parlimen mahupun dalam sidang DUN dirombak memberi kebebasan kepada wakil rakyat menggunakan budi bicara masing-masing untuk menyokong atau menolak sebarang usul.

    Ini semuanya akan menyenangkan rakyat terbanyak. Ini baru betul-betul rakyat didahulukan. Amacam bloger yang arif?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGER'S CORNER

POLITICIAN GAZEBO

INTERACTIVE