Wednesday 19 January 2011

SIDANG DHAKA: APA ADA PADA GELARAN?

Masa depan Asia, agenda Rosmah seterusnya di Dhaka
BERNAMA - about 8 hours 9 minutes ago
Oleh P. Vijian

DHAKA, (Bernama) - Bangladesh yang sedang dihimpit kemelut ekonomi, akan mengorak langkah pada tahun ini untuk masa depan Asia, menjemput para intelektual dari seluruh dunia untuk membahaskan mengenai kemiskinan, keselamatan, tadbir urus dan alam sekitar -- tema utama yang dihadapi rantau berkenaan.

Di Dhaka, ibu negara Bangladesh, isteri Perdana Menteri Malaysia Datin Seri Rosmah Mansor akan menyertai kumpulan tokoh-tokoh terkemuka seperti bekas Wanita Pertama Jepun, Akie Abe dan Cherie Blair, peguam hak asasi manusia terkemuka Britian, untuk membincangkan mengenai masa depan rantau itu.

Beliau akan menyampaikan ucaptama pada simposium anjuran Asian University for Women (AUW) bertema "Imagining Another Future for Asia: Ideas and Pathways for Change" (Bayangkan Satu Lagi Masa Depan Asia: Idea dan Jalan Bagi Perubahan).
"Objektif kami ialah untuk menarik perhatian terhadap perbezaan besar di Asia dan mendapatkan kerjasama lebih luas di kalangan negara-negara Asia..."
(Dipetik daripada Bernama, 18 Januari 2011)


Komen:
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ternyata semakin aktif menjalani kerja-kerja "kebajikan" di peringkat global. Beliau tidak lagi setakat menjadi pendamping suami dalam tugas rasmi dan tak rasmi PM kita itu.

Kurang jelas apakah Rosmah akan menyampaikan ucaputamanya di Dhaka itu sebagai isteri perdana menteri atau sebagai "wanita pertama." Soalan ini timbul kerana yang bakal hadir di simposium itu nanti termasuklah bekas Wanita Pertama Jepun, Akie Abe. Juga akan ikut serta Cherie Blair, isteri mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair. Bernama tidak pula menyebut kehadiran Cherie Blair atas kapasiti apa: isteri mantan Perdana Menteri Britain Tony Blair atau sebagai bekas wanita pertama.

Barangkali pula Rosmah akan menyampaikan ucaputamanya sebagai isteri perdana menteri Malaysia. Istilah Wanita Pertama di Malaysia ini masih kabur kerana tak jelas lagi adakah panggilan Wanita Pertama itu ditujukan kepada isteri perdana menteri atau Raja Permaisuri Agung. Pernah juga terbaca tulisan beberapa bloger akhir-akhir ini tentang tafsiran gelaran Wanita Pertama ini, tetapi semuanya masih samar-samar.

Elok juga kalau kerajaan Melaysia mengeluarkan definisi rasmi berhubung gelaran wanita pertama ini supaya masyarakat tidak keliru. Juga kehadiran Rosmah nanti akan lebih disenangi. Tidak timbul rasa serba salah bagaimana hadirin nanti mahu menyebut nama beliau.

7 comments:

  1. Gampang sih kalau di Indonesia. Wanita pertamanya untuk isteri Bapak Presiden SBY.

    ReplyDelete
  2. Apa ada pada nama? Ya, apa ada pada gelaran? Jika orang ramai dapat tumpang semangkuk dan boleh bagi sama rata, sama rasa apa aalahnya. Ada apa pada nama. Jangan makan sorang sudah. Bagi-bagilah kepada banyak orang. Nama atau gelaran hanya sebuah NAMA yang membezakan aku, kau dan dia.

    ReplyDelete
  3. Nak tanya sikit. Sejak isteri perdana menteri pertama hingga ke isteri perdana menteri sekarang, yang mana satu yang aktif menyumbang kepada kepentingan dunia sejagad? Ini soalan cepumas ya!

    ReplyDelete
  4. Bagi saya jawapan kepada soalan cepumas di atas mudah sahaja. Tugas utama isteri adalah untuk mendampingi suami. Tugas kedua baru kerja-kerja sosial. Kalau isteri bekerja itu saya tak boleh jawab. Mungkin saya ini kolot sikit. Tapi yang lebih penting apa pun isteri perlu minta izin suami kalau nak buat apa-apa. Tak kiralah sama ada suaminya perdana menteri atau suaminya seorang nelayan, atau suaminya tukang beca.

    Saya yakin isteri perdana menteri tentu telah mendapat izin suaminya. Saya minta maaf kepada anonymous di atas kalau bukan ini jawapan kepada soalan cepumas anda.

    ReplyDelete
  5. Isteri Orang Kampung di Mersing6:52 am, January 21, 2011

    Bercakap tentang peranan isteri perdana menteri ini, saya lebih senang membaca cerita sejarah tentang peranan yang dimainkan isteri mantan PM Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abd. Razak, Tun Hussein Onn dan isteri mantan PM Tun Mahathir Mohamad.

    Peranan mereka sebagai pendamping suami dahulu.Peranan yang lain lihat keadaan.

    ReplyDelete
  6. Bagaimana pula dengan Allahyarham Kak Hendon, isteri mantan PM sebelum PM sekarang? Isteri Orang Kampung di Mersing tak sebut pun dalam komennya.

    ReplyDelete
  7. Isteri Orang Kampung di Mersing8:07 am, January 21, 2011

    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Amin!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGER'S CORNER

POLITICIAN GAZEBO

INTERACTIVE