Saturday 25 December 2010

SEMOGA SLOGAN 1MALAYSIA TAK TINGGAL SLOGAN SAJA!


Dato' Seri Najib Tun Razak (tengah) dalam satu sidang media.


Laporan AFP menyebut hampir 2/3 rakyat Malaysia menentang cadangan membina 100 tingkat menara mega, membuatkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak semakin pening kepala. Inilah hasil kajian Pusat Merdeka yang bebas. Daripada 1,005 reponden yang ditemui, 65% berpuas hati dengan pencapaian Najib, berbanding 72% Mei lalu. Jatuh 7%.


Barangkali prestasi menurun Najib ini disebabkan kerajaan memotong subsidi petrol dan gula. Najib pula tetap mahu meneruskan projek Warisan Merdeka. Tun Mahathir Muhamad, mantan perdana menteri pun tak setutu projek menara itu diteruskan. Sebabnya tak pasti, baik tersurat mahupun tersirat.


Ada cakap-cakap bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah mula bersikap cakap tak serupa bikin. Satu ketika yang belum lama, kerajaan berjanji tidak akan naikkan harga petrol hingga akhir tahun. Tiba-tiba belum pun berakhir tahun 2010 harga petrol pun naik. Harga gula pun naik. Kata kerajaan kenaikan tidak memebebankan dan seperti biasa kerajaan membuat perbandingan harga dengan beberapa negara jiran. Alasan yang sudah dijangkakan. Apalah lima sen dan apalah 20 sen! Bukankah kepada rakyat wang 5 atau 20 sen itu besar ertinya.


Rakyat lebih suka kalau wang sebesar yang akan dibelanjakan itu digunakan untuk mengekal atau menaikkan subsidi. Iru akan lebih memberi manfaat kepada rakyat terbanyak. Di samping wang itu boleh digunakan untuk tujuan pendidikan, kesihatan dan pengangkutan awam. Bukankah itu akan lebih menguntungkan rakyat. Sedangkan lebih banyak wang keluar, lebih cenderung orang melakukan rasuah.


Baru sahaja rakyat disajikan dengan konsep 1Malaysia, ciptaan Najib. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Harap-harap ia tidak tinggal konsep sahaja. Masih ingat konsep Bersih, Cekap dan Amanah yang diperkenalkan kerajaan gandingan Tun Mahathir dan Tun Musa Hitam pada awal tahun 1980 dahulu?

2 comments:

  1. Sdr. A.F. Yassin,

    Ungkapan "cakap tak serupa bikin" dalam perenggan ketiga tulisan sdr. itulah yang menyebabkan timbulnya ungkapan "cakap politik", seolah-olah apa-apa yang keluar dari mulut orang politik tidak dapat dipercayai sepenuh-penuhnya. Para pemimpin perlu membuktikan bahawa ungkapan itu palsu, dengan mengotakan apa yang dikatakan.

    Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat mestilah dihormati dengan memenuhi amanah dan janji. Usahlah sampai saatnya "sudah terantuk baru tengadah", atau setidak-tidaknya hilang penghormatan dan kehormatan daripada rakyat yang memberikan amanah. Yang bebih besar lagi ialah amanah kepada Allah yang menghitung setiap perkatan dan perbuatan kita di Yaumil Akhir kelak.

    ReplyDelete
  2. Nama pun telah menunjukkan sikap dan keutamaan orang politik.Hanya dalam melaksanakan falsafah matlamat menghalalkan cara orang politik tidak mampu membezakan antara yang positif dengan yang negatif.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BLOGGER'S CORNER

POLITICIAN GAZEBO

INTERACTIVE